Tak Perlu Pergi Jauh Ini Restoran Makanan Korea Wajib Singgah Sekitar Lembah Klang
Mesti korang pernah menonton adegan K-Drama di mana mereka makan makanan Korea dengan cara yang begitu menggiurkan sehingga membuatkan korang teringin nak cuba kan?
ARTIKEL BERKAITAN
Nikmati Ayam Goreng Korea Ranggup Dan 'Juicy' Di 8 Kedai Ini, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!
Korang tidak perlu pergi ke Korea semata untuk makan makanan mereka kerana di sekitar Lembah Klang juga ada restoran yang menyajikan makanan Korea yang sedap.
Gangnam Station
Restoran Korea halal ini adalah tempat yang sering menjadi tumpuan bagi penggemar bulgogi. Daging bulgogi yang ditawarkan oleh Gangnam Station sangat lazat dan berkualiti. Selain itu, saiz hidangan yang disajikan juga sangat besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Selain bulgogi, pelbagai hidangan Korea lain turut disajikan kepada pelanggan, seperti kimchi jigae dan ayam bakar yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Lokasi: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Papafry
Antara yang menjadi pilihan ialah Papafry yang terletak di Lalaport. Bagi sesiapa yang tidak suka tempat yang ramai orang, korang boleh cuba menikmati makanan Korea di sini. Menu kegemaran ramai ialah spicy and garlic fried chicken, mereka menyediakan makanan panas-panas. Korang pesan dahulu dan baru pekerja di sana goreng ayam menjadikan masakan itu fresh dari dapur.
Lokasi: LG1-FH-44, Mitsui Shopping Park Lalaport KL @ BBCC 2, Jalan Hang Tuah Bukit Bintang, City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Godubab
Pelbagai jenis makanan yang disediakan di sini. Pemilik Godubab merupakan orang Korea dan makanan yang disajikan dijamin halal jadi korang tidak perlu risau. Elakkan datang semasa waktu makan tengah hari pada hari bekerja kerana korang mungkin kena menunggu lama. Saiz hidangan sangat banyak dan mengenyangkan.
Lokasi: 100-P2.045,Block J, The School, Jaya One No.72A, Jalan Universiti Godubab Cafe Jayaone mall, P2, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Taeyang Island
Terletak agak jauh dari bandar Kuala Lumpur, tetapi semua jeni makanan yang ada pastinya tidak akan buat korang menyesal. Bibimbap di sini sangat sedap dan saiznya cukup untuk membuat semua yang kenyang. Korang disyorkan untuk bawa keluarga makan di sini kerana makanannya sangat kena dengan tekak rakyat Malaysia. Harga berpatutan dan parking pun senang.
Lokasi: P3-17 Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
Koryo-won
Koryo-Won menawarkan masakan barbeku asap terbaik dan pelbagai makanan Korea asli, yang disajikan segar dan disediakan mengikut cita rasa hidangan yang berbeza. Koryo-won mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur, jadi korang boleh sahaja menggunakan aplikasi waze dan pilih lokasi yang terdekat dengan rumah.
Lokasi: Level 4, Shop 418 Suria Klcc, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tak sabar nak mencuba.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Tak Perlu Pergi Jauh, Ini Restoran Makanan Korea WAJIB Singgah Sekitar Lembah Klang first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tak-perlu-pergi-jauh-ini-restoran-makanan-korea-wajib-singgah-sekitar-lembah-klang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tak-perlu-pergi-jauh-ini-restoran-makanan-