Tak Perlu Jadi Hero Viral


Dr Zalmizy Hussin


SEJAK wabak pandemik Covid-19 melanda di serata dunia, negara dikejutkan dengan satu wabak penyebaran maklumat salah dan berita tidak benar. Berita palsu dianggap sebagai maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. Maklumat palsu disebar dengan tujuan untuk menipu netizen. Berita palsu juga dikatakan suatu berita sindiran atau meniru berita tulen ditulis dengan tujuan utama untuk hiburan dan sarkastik. Melalui kemudahan dan kelajuan Internet, lahir 'wartawan rakyat' begitu rajin dan aktif yang tidak bertauliah. Hanya menekan butang share (kongsi), berita palsu sudah dapat mencetus suasana huru-hara dan panik.

Wartawan rakyat yang menularkan maklumat palsu dan tidak sahih ini memberi kesan ketakutan psikologi atau psychological fear yang parah. Ketakutan melalui pemikiran yang bersifat prejudis dan kebimbangan yang melampau. Contohnya, syak wasangka orang sekeliling pembawa virus dan takut dijangkiti virus berkenaan. Ketakutan psikologi ini boleh diatasi dengan mengawal minda atau pemikiran untuk mengawal ketakutan yang boleh menyumbang kepada panik. Tidak terlalu mempercayai sepenuhnya maklumat daripada media sosial juga satu jalan yang berupaya mengawal ketakutan dan kebimbangan yang melampau.

Barangkali disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak lama, maka wartawan rakyat yang mempunyai telefon pintar atau laptop menjadi sahabat setia di rumah. Maka, tercetus di benak fikiran dan mencipta idea dan hobi untuk melakukan satu aktiviti rutin yang dianggap tidak menjejaskan keselamatan negara dan sebagainya. Dalam masa negara bergelut menghadapi wabak ini, ramai netizen juga terbelenggu dengan sikap mudah mempercayai maklumat yang ditular.

Ketidakpastian mengenai sesuatu maklumat menyebabkan kita membiarkan diri dipengaruhi berita tidak sahih. Ini adakalanya amat menakutkan. Di tengah-tengah penularan wabak ditambah dengan permainan psikologi yang dibina atas dasar pemikiran tidak logik, contohnya, berlaku pembelian panik.

Menjadi wartawan rakyat di 'jabatan netizen negara' ini bukan suatu normal baharu dalam komuniti alam maya. Kajian terhadap komuniti alam maya di Malaysia menunjukkan hampir 81.9 peratus mendapat informasi mengenai wabak Covid-19 diperoleh daripada platform media sosial. Ia boleh didapati dalam kumpulan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Telegram dan YouTube.Namun, sejauh mana wartawan rakyat ini menjadi tukang penyebar berita terawal di media sosial? Kajian mendapati sebanyak 87.9 peratus berpendapat berita palsu tersebar oleh wartawan rakyat lebih cepat daripada pandemik Covid-19 di Malaysia. Ini membuktikan wartawan rakyat ini adalah individu yang mempunyai tabiat penyebar berita terawal (breaking news syndrome) yang serius dan membimbangkan.

Kajian mendapati sebanyak 78.5 peratus yang bersetuju berita palsu mudah disebarkan kerana si tukang penyebarnya tidak tahu undang-undang kesalahan. Mungkin juga tabiat sindrom penyebar berita terawal itu yang sukar diubati. Perlu diingat individu yang mengeluarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 505, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Banyak persoalan timbul apabila wujudnya wartawan rakyat di komuniti alam maya. Di sebalik perkongsian berita palsu yang tidak sahih pada pengikutnya; pada masa sama segala tuduhan, provokasi, ejekan dengan kata-kata kesat, menghasut muncul di ruangan komentar platform media sosial. Maka timbul persoalan: Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk mengenal pasti berita palsu di media sosial?

Hasil kajian menunjukan 74.2 peratus individu yang bernama wartawan rakyat yang perlu bertanggungjawab apa yang yang mereka lakukan. Malah, ada juga yang menyalahkan masyarakat yang terburu-buru mempercayainya tanpa semak dan imbang sesuatu berita.

Realiti sosial di alam maya, pelbagai interaksi netizen apabila berhadapan dengan berita palsu ini.Kajian membuktikan hampir 91.3 peratus netizen pernah menerima berita palsu dari platform media sosial. Ada juga yang pernah memadam atau membuat laporan polis apabila menerima berita palsu.

Ada yang pernah komen, suka atau tidak suka. Malah, ada yang pernah kongsi sesuatu berita tanpa selidik kesahihannya. Walau apa pun bentuk interaksinya, ketahuilah warga netizen perlu selidiki terdahulu kesahihan sesuatu berita. Agar wartawan rakyat ini terputus rantaian berita palsu penularannya.

Media sosial bukan suatu platform untuk menjadi hero viral. Bukan juga tempat untuk menyebar maklumat palsu atau tidak sahih. Media sosial adalah satu platform baharu untuk terus berhubung di alam maya. Media sosial bukan juga penjara sosial alam maya. Ia cuba mendekatkan diri kita kebersamaan tanpa batasan ruang dek kerana kemajuan dan kelajuan rangkaian Internet. Namun, keterbukaan di ruangan media sosial bukan satu wadah untuk kita bebas ekspresi pemberontakan jiwa. Kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita mahu tularkan, dipuji kerana menjadi insan terawal disiarkan dan menjadi bahan perkongsian oleh warga alam maya.

Pastinya apa yang kita selidiki berita akan kesahihannya tidak merugikan kita. Tidak juga merugikan kita andai kita bersikap sabar, tenang dan tidak perlu panik apabila mendepani sebarang berita palsu. Satu kaedah dicadangkan bagi mengekang penularan berita palsu.

Kaedah S.U.R.E iaitu Source (Sumber), Understand (Kefahaman), Research (Kaji-selidik) dan Evaluation (Penilaian). Ketahui sumbernya, fahami isi kandungannya, kaji kesahihannya dan nilaikan kebaikan dan keburukan berita itu. Hanya kewarasan akal fikiran yang positif menjadi hakim kepada kekangan penularan berita palsu yang berada di radar alam maya. Jika kita sangsi, maka tidak usahlah kita kongsi.

*Penulis Pakar Kriminologi di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tak-perlu-jadi-hero-viral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Bujang Resipi Jejari Kentang Viral

Dapur Bujang Resipi Jejari Kentang Viral

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 562 hits
ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS Alhamdulillah harini aku nak berkongsi satu resipi yang simple nak mampus untuk korang semua try Aku rasa resipi ni bukan hanya untuk golongan orang yang expert memasak sahaja bahkan orang bujang macam aku ni ...
Viral Saya Teringin Nak Baca Apa Ada Dalam Al Quran Ustaz Individu Non Muslim

Viral Saya Teringin Nak Baca Apa Ada Dalam Al Quran Ustaz Individu Non Muslim

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 386 hits
Hantaran PU Azman di Instagram miliknya SHAH ALAM Pendakwah Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah Azman berkongsi kisah seorang individu beragama Kristian yang menyatakan hasrat untuk membaca al Quran PU Azman memuat n...
Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 596 hits
Tidak dinafikan walaupun puasa baru memasuki minggu pertama namun ada ibu yang sudah mula buntu untuk sediakan juadah berbuka buat anak anak dan suami Ada juga anak anak yang gemar makan pasta tetapi tidak ketinggalan juga yang hanya makan ...
Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Step By Step Penyediaan Yang Mudah Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Step By Step Penyediaan Yang Mudah Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 603 hits
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu Rasanya yang manis bertelur menjadi kegemaran orang muda Warna kuih ini sedikit gelap dan sesuai un...
Viral Di Wa Mesin Atm Tempat Tertinggi Penularan Virus Corona Penjelasan Idi Langkah Aman

Viral Di Wa Mesin Atm Tempat Tertinggi Penularan Virus Corona Penjelasan Idi Langkah Aman

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 297 hits
Di WhatsApp beredar pesan berantai hingga jadi viral mesin ATM jadi tempat tertinggi penularan virus Corona berikut penjelasan IDI dan langkah aman gunakan ATM Beredar pesan berantai di WhatsApp yang memperingatkan bahayanya mesin ATM karen...
Viral Video Lelaki Tertidur Lelah Di Tepi Jalan Sambil Tunggu Jualan Tilamnya Dibeli

Viral Video Lelaki Tertidur Lelah Di Tepi Jalan Sambil Tunggu Jualan Tilamnya Dibeli

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 287 hits
Seorang ayah ialah tulang belakang keluarga yang sanggup melakukan apa sahaja biarpun berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak anaknya yang tercinta Perkara ini telah dibuktikan satu video tular memaparkan s...
Viral Teleponan Sama Crush Sampai 264 Jam Begini Respons Warganet Bucin Nggak Masuk Akal

Viral Teleponan Sama Crush Sampai 264 Jam Begini Respons Warganet Bucin Nggak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 418 hits
Ngobrol di telepon satu jam aja udah bingung mau ngomongin apa Kalau 264 jam itu sidang skripsi atau gimana sih
Whatsapp Memperlihatkan Pengurangan Penghantaran Mesej Viral Sebanyak 70 Peratus Selepas Peraturan Baru Diperkenalkan

Whatsapp Memperlihatkan Pengurangan Penghantaran Mesej Viral Sebanyak 70 Peratus Selepas Peraturan Baru Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 246 hits
Pada awal bulan ini WhatsApp telah mengetatkan peraturan menghantar mesej viral dimana pengguna hanya dibenarkan menghantar mesej kepada setiap masa untuk membendung gejala maklumat dan berita palsu Langkah tersebut nampaknya berjaya kerana...
Viral Masker Tak Lagi Langka Makin Murah Penimbun Rugi Miliaran

Viral Masker Tak Lagi Langka Makin Murah Penimbun Rugi Miliaran

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 396 hits
Sebuah kabar gembira tengah viral di media sosial Kebutuhan utama memerangi virus korona baru COVID 19 yakni masker dan hand sanitizer tidak lagi langka dan harganya mulai turun Stok dan harga masker yang kembali normal itu dicuitkan akun d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus