Tak Pawer Trend Sekarang Warna Bulu Ketiak
Apa apa lah dengan trend manusia sekarang ini. Abang Pawer dah cukup tergamam dah dengan trend warna rambut separuh kepala, inikan pula warna bulu ketiak. Setakat ni Abang Pawer belum jumpa lagi manusia tunjuk bulu ketiaknya yang warna warni. Bersyukur.
Trend kecantikan yang baru-baru ini merebak di seluruh dunia memang sedikit aneh dan menggelikan. Sejumlah wanita mempamerkan foto selfie mereka yang memaparkan bulu ketiak yang di warnai dengan warna-warna cerah seperti biru dan merah. Mereka berkongsi foto-foto tersebut di media sosial dengan hashtag #dyedpits.
Roxie Hunt, seorang pendandan rambut yang bekerja di salon terkemuka Seattle Vain, California, merupakan salah satu orang yang memulakan idea mewarnai bulu ketiak ini. Ia menegaskan bahawa para wanita seharusnya mencintai bulu ketiak mereka, bukannya malah menyembunyikan atau mencukurnya.
"Bukan rahsia lagi bahawa beberapa dari kita memilih untuk tidak mencukur bulu ketiak. Dan semakin hari saya semakin sering bertemu wanita yang memilih untuk tidak menyerah pada tekanan sosial daripada menggesekan pisau cukur di atas kulit tubuh mereka "kata Roxie.
Roxie meminta bantuan daripada rakan-rakannya di salon untuk menguji teknik mewarnai bulu ketiak. Ia juga memberikan tips dan nasihat kepada setiap wanita yang ingin mencuba trend mewarnai bulu ketiak tersebut.
"Saya selalu ingin mewarnai bulu ketiak seseorang. Saya meminta rakan kerja saya, Rain, apakah ia mengizinkan saya mewarnai bulu ketiaknya dengan warna biru untuk sepadan dengan warna rambutnya dan dia setuju "tulisnya dalam blog peribadinya.
Dan ternyata Roxie bukan satu-satunya pelopor trend ini. Di YouTube, Destiny M., seorang blogger menjelaskan dalam videonya bagaimana ia membuat keputusan untuk mewarnai bulu ketiaknya dengan warna biru cerah, selepas bertahun-tahun cuba menyembunyikan bulu ketiak tersebut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceritapawer.blogspot.com/2014/12/tak-pawer-trend-sekarang-warna-bulu.html