Tak Nak Kencing Membisu Sejak Balik Sekolah Bila Ditanya Jawapan Budak 3 Tahun Ini Omg Semoga Dijauhkan




Seorang doktor, Dr Farhanah Ibrahim menceritakan pengalamannya menangani mangsa c @bul berusia seawal 3 tahun di tempat yang tidak disangka-sangka.

Hari tu, luarbiasa ramainya pesakit kat klinik. Masa menunggu dah hampir sama macam kat klinik kerajaan, cecah 3-4jam.

Menjelang maghrib, ada sepasang ibu ayah bawak anak perempuan masuk.

Ibu ni dah biasa datang, boleh kata regular customer. Dia baru bersalin anak ke3, sebelum ni check up meng @ndung pun kat klinik kami. Kali ni dia bawa anak ke2.

Kakhana greet dia, ucap sorry terlebih dulu. “Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai skit hari ni”

Si ibu pun jawab “takpa Dr, bukan senang kami nak jumpa Dr”

Yelah, kakhana pun lokum bukannya selalu.

“Ok ibu, ada siapa-siapa yang tak sihat ka?”

Ibu ni pun jawab “ni Dr, dari tadi balik sekolah takmau kencing” sambil tangannnya tarik si anak perempuan menghampiri Dr.

“Umur berapa ni?”

“Masuk 3 tahun 3 bulan Dr”

“Oh, 3 tahun dah sekolah ya?”

“Dialah yang paling kecik kat tadika tu Dr, dia sorang je 3 tahun”

Kakhana pun cuba sembang dengan anak kecil ni.

“Ada rasa nak kencing tak sekarang?”

Diam.

“Kalau kencing sakit dak?”

Diam lagi.

“Ada sakit perut? Sini sakit dak?” (sambil pegang perut dia)

Sayangnya, si anak masih membisu tanpa respon

“Dia memang macam ni Dr, kalau dengan orang tak kenal payah nak bercakap. Kat rumah boleh pulak cakap tak benti”

Ok takpa, actually I need to get this child to pee. Nak cek sama ada kencing kotor, sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki.

Jom kita baring dulu, cek perut skit.

Perutnya memang kembung, pundi kenci ngnya cekang.
Bila scan tudiaa, air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak ke ncing.

Pengalaman lampau mengajar kakhana untuk lebih detail korek history.

So masa si anak ni tengah baring di katil pemeriksaan, kakhana pun tanya soalan cepucemas.

“Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.

Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, angguk perlahan.

“Siapa pegang?”

Tak jawab.

“Cikgu?”

Geleng.

“Kawan?”

Angguk.

“Kawan perempuan?”

Geleng.

“Kawan lelaki?”

Angguk.

Kakhana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi, wajahnya berubah.
Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.

"Siapa yang pegang adik?"

Menggeletar suara si ibu.

Pastinya hancur harapan parents ni. Hantar anak ke tadika islam seawal usia 3 tahun, tinggi harapan mereka nak didik anak perempuan kecil ni dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tapi lain pula jadinya.

Astaghfirullah, nauzhubillah.

Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua, tapi dah banyak kali kakhana jumpa.

Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah, dan kali ni pelakunya kanak-kanak tadika.

Sebelum ni kakhana pernah kongsi juga kisah kanak-kanak 6 tahun yang dic @bul jiran pengasuh.

Kali ni kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected.

But it seems that no place on earth is safe anymore.

Macamana kes ni boleh berlaku? Macamana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai menc @bul?

Antara puncanya, proses GROOMING.

Mana datangnya grooming untuk budak bawah 5 tahun yang kadang-kadang masih berpampers dan berbotol susu ni?

1. YOUTUBE

Parents, jom pantau anak-anak kita. Jangan ingat anak-anak innocent kita cuma tengok Ryan's toy review dan Upin Ipin saja.

Kadang-kadang dia boleh klik kartun-kartun mengarut.
Pernah sekali anak kakhana tekan kartun spiderman, agaknya dia ingatkan spiderman lawan orang jahat.

Rupanya kartun spiderman kawin dengan Elsa lepas tu buat Elsa mengandung.
Mula-mula kartun, lama-lama terklik video yang tak kartun, nauzhubillah.

Ini grooming, tuan-tuan dan puan-puan.


2. KARTUN

Jangan tak tau, banyak sangat fairytale yang ada kisah cintan cintun. Princess kawin dengan putera raja, last-last ada adegan ci@ um.

Even Ultraman yang sepatutnya cerita lawan-lawan raksasa tu pun ada je adegan romantik. Terus kami bann@ed. Kadang-kadang ada aksi si perempuan jahat yang se@ ksi pakai c@ oli besi tengah lawan dengan kuncu-kuncu ultraman.

Ini grooming, tuan-tuan dan puan-puan.


3. DRAMA

Drama Melayu kita sekarang pun dah makin berani dan melampau.
Adegan pegang tangan, peluk-peluk, lentok atas bahu, sembam atas d@d a. Tu belum cerita adegan di atas ranj@ ng.
Oh ya, belum lagi masuk drama/filem Hollywood, Bollywood, Koreawood.

Ibu ayah pulak tonton drama dengan anak-anak, family time katanya.
Rupanya si anak kecil memerhati.
Esok aku nak try buat adegan sama dengan kawan sekolah, detik hati.

Ini grooming, tuan-tuan & puan-puan.


4. STORYBOOK

Hati-hati juga pilih storybook.
Scan dulu gambar-gambar di dalam.
Kadang tu stories untuk kanak-kanak tapi ada storyline, gambar dan adegan-adegan yang tak sepatutnya.
Sama macam kes kartun tadi.

Ini pun grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

.
5. IBUBAPA

Tanpa sedar kadang-kadang kita juga menyumbang pada proses grooming tadi.

Ibu-ibu ada yang berpakaian sedikit s @e k si di rumah.

Ayah-ayah pulak nak bermesra dengan ibu tu biarlah berpada-pada. Nak tunjukkan kasih sayang tu boleh tapi yang lebih-lebih tu jangan tayang depan anak-anak please.

Ada juga ayah-ayah yang kaki game, main pulak game yang ada perempuan se k s|.
Lur@ h dendam sana sini tersembul.
Anak-anak pun tertengok sama.

Ibu-ibu pulak kaki tengok drama korea sambil lipat kain, dengan anak-anak sekali tertengok. Macam-macam adegan ada, tak payah cakaplah kan.

Ini semuanya grooming, tuan-tuan dan puan-puan.


Walaupun anak-anak kecil ni belum pandai main game. Belum reti baca novel atau baca manga yang ada adegan luc @h.

Tapi 5 sumber grooming di atas pun dah cukup membawa padah.
Dah cukup mengundang resah.

Grooming ini sebenarnya salah satu jalan yang boleh musnahkan masa depan anak-anak kita. Sampaikan puan Sharifah Zahidah namakan grooming ni sebagai TEROWONG KE NERAKA.

Budak 4-6 tahun mumaiyyiz pun belum, ibu ayah. Mereka tak bersalah. YANG BERSALAH ialah kita, ibu ayah yang GAGAL MELINDUNGI MEREKA!

PANTAU anak-anak kita.
APA YANG MEREKA BACA.
APA YANG MEREKA LIHAT.
APA YANG MEREKA DENGAR.
DAN APA YANG MEREKA RASA.

Jadi bestfren anak-anak, supaya mereka percaya pada kita dan TAK BERAHSIA dengan kita.

Dan sebagai tambahan, ibu ayah yang ada anak-anak lelaki, ajarkan supaya jangan buat 3 benda ni pada orang perempuan!


1. JANGAN TENGOK SEMBARANGAN

- Anak lelaki ni tinggi hormon testosteronnya. Cepat terangsang kalau terlihat @urat terdedah walau sekecil-kecil benda

- Ajar anak kita tundukkan pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak se nonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV


2. JANGAN SENTUH SEMBARANGAN

- Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.

- Selama ni kita asyik ajar anak-anak supaya jerit dan lari kalau ada orang nak sentuh bibir, d@d@, far@j dan pun ggung, tapi jangan lupa ajar jugak anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya kawan perempuan.


3. JANGAN BERKASAR PADA PEREMPUAN

- Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat daripada anak perempuan.

- Ajarkan anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan sebagai hero untuk melindungi, bukannya menindas dan menyakiti perempuan.

Paling penting, ibu ayah jadilah teladan terbaik.
Nak didik anak-anak jadi generasi yang beriman dan baik akhlak, nak bentuk anak-anak jadi pemimpin masa depan.
Tapi ibu ayah pun habiskan masa tengok drama lagha dan main game berunsur lucah.

Nauzhubillah
Maaf jika terkasar, jom muhasabah bersama.
Nasihat terutama untuk diri sendiri.

Kakhana,
A terrified mother

Tambahan:
Semalam lalu kat newsfeed, sorang founder share video anak-anak tadika menyanyi sambil berlakon bagi bunga la, putus cinta la.
Allahu akbar.
Yang dalam video kemain seronok tengok, bersorak gembira, feeling sama.

Tapi hati kakhana menangis hiba.
Berjaya sungguh grooming di alaf baru.

Sayu tengok anak-anak.
It's a challenging world out there.
May you boys become qowwam yang soleh dan musleh in future.
And may Allah protect us from all evils
Ya Allah, bantulah kami mendidik amanah dariMu

© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/tak-nak-kencing-membisu-sejak-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahan Kencing Balik Sekolah Dan Berdiam Diri Rahsia Terbongkar Anak 3 Tahun Dianiayai Rakan

Tahan Kencing Balik Sekolah Dan Berdiam Diri Rahsia Terbongkar Anak 3 Tahun Dianiayai Rakan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 437 hits
Kes membabitkan gangguan seksual ke atas kanak kanak kini menunjukkan tahap membimbangkan Semakin banyak kes dilaporkan namun tidak kurang juga kes yang didiamkan kerana kekurangan bukti selain menutup aib pihak terbabit Perkongsian dari se...
Bijak Suami Pergunakan Aku Hampir 3 Tahun Suami Brbohong Pergi Balik Kerje Nampak Terlalu Baik

Bijak Suami Pergunakan Aku Hampir 3 Tahun Suami Brbohong Pergi Balik Kerje Nampak Terlalu Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 563 hits
Gambar Sekadar Hiasan 7 Tahun Kelakuan Suami Pergi Balik Kerja Normal Sgt Hinggalah Dapat 1 Mesej Pecah Segala Rahsia Suami Ceritanya sepertu di bawah Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin Kami bahagia dikurniakan sepasang cahaya mata beru...
Cadangan Senarai Keperluan Sekolah Buat Anak Anak Tahun 1

Cadangan Senarai Keperluan Sekolah Buat Anak Anak Tahun 1

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 874 hits
CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK TAHUN 1 Sudah Bersedia Hujung tahun sudah tiba Arreessa tahun depan dah masuk tahun 3 Rasa rindu Nak tunggu anak seterusnya Maryam lambat lagi nak darjah 1 Ni yang tak best bila anak jarak jauh s...
Setelah 2 Tahun Baru Nak Guna Teko

Setelah 2 Tahun Baru Nak Guna Teko

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum Pagi pagi lagi duk upload gambar teko ni dalam Instagram Gigih sangat baru nak guna teko baru tapi dalam masa yang sama stok teko bertahun di dalam almari Hahahha Kisahnya Teko ni memang betul beli dah lama Usia teko ni pun ...
20 Tahun Terkena Tetesan Air Kencing Tetangga Dan Bisikan Kalimat Syahadat

20 Tahun Terkena Tetesan Air Kencing Tetangga Dan Bisikan Kalimat Syahadat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 383 hits
Imam Hasan Al Bashri tinggal di sebuah rumah susun sederhana Ia bertetangga dengan seorang Nasrani yang tinggal di lantai atas rumahnya Tetangganya ini memiliki toilet yang letaknya persis di atas kamar tidur Sang Imam Dia tidak tahu jika t...
Kementerian Pengangkutan Bakal Laksanakan Proses Pemutihan Bas Sekolah Pada Tahun Hadapan

Kementerian Pengangkutan Bakal Laksanakan Proses Pemutihan Bas Sekolah Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 303 hits
PUCHONG Kementerian Pengangkutan bakal melaksanakan proses pemutihan kepada semua pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar selewat lewatnya pada tahun hadapan Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foo isu berkenaan bas sekolah ya...
Tapak Erph Sekolah Rendah Semua Mata Pelajaran Tahun 1 Hingga Tahun 6

Tapak Erph Sekolah Rendah Semua Mata Pelajaran Tahun 1 Hingga Tahun 6

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1811 hits
Tapak eRPH Sekolah Rendah Semua Mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah tapak eRPH sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan untuk semua mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat admin kumpul...
Kpm Sasar Buku Teks Digital Untuk Semua Pelajar Sekolah Tahun 2022

Kpm Sasar Buku Teks Digital Untuk Semua Pelajar Sekolah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 549 hits
KUALA LUMPUR 6 Dis Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022 Timbalan menterinya Teo Nie Cheng berkata pada tahun hadapan kementerian bercadang me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba