Tak Masuk Akal Anthony Loke Lebih Popular Berbanding Anwar


 
Sebuah kaji selidik terbaru dilaporkan mendapati Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai menteri paling popular sekali di kalangan rakyat.
Kaji selidik secara dalam talian itu digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro AWANI, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.
Lebih 36,000 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan selama 10 hari itu.
Dapatan kaji selidik itu menyaksikan Anthony Loke memperolehi 49 peratus undi.
Undi yang diperolehinya melebihi berbanding Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang sekadar mendapat 40 peratus undi.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berada di tempat ketiga dengan 39 peratus undi.
Dua lagi dalam senarai Top 5 menteri paling popular diisi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan 34 peratus undi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman yang memperoleh 33 peratus undi.
Beberapa lagi menteri yang turut menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan pilihan rakyat ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (30 peratus), Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu (28 peratus) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub (27 peratus).
Dapatan kaji selidik bagi populariti lain-lain menteri barangkali tidak menimbulkan persoalan sangat, tetapi menjelmakan Anthony Loke lebih popular berbanding Anwar, bukan saja ternampak tidak munasabah, malah sama sekali tidak masuk akal.
Sejak terbentuknya kerajaan perpaduan dengan Anwar sebagai Perdana Menteri, di mana-mana kita dapat menyaksikan beliau sentiasa dikerumuni rakyat, tak kira kecil besar atau tua muda.
Semua ingin berdekat, bersalam dan kalau boleh berselfie dengannya.
Hakikatnya, sekurang-kurangnya setakat hari ini, Anwar adalah paling popular sekali di kalangan rakyat dan tiada mana-mana menteri mampu mengatasi populariti beliau.
Ada Anthony Loke dikerumuni rakyat ke mana-mana beliau pergi sebagaimana yang berlaku kepada Anwar?
Selain itu, bukankah langkahnya memperkenalkan tidak perlu menampal pelekat cukai jalan baru-baru ini banyak dipertikaikan orangramai kerana dilihat tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat, cuma sekadar menunjukkan suatu “kegilaan digital” semata-mata?
Agak-agaklah kalau ia pun nak buat kajian untuk mencetuskan kontroversi? – ShahbudinHusin 26/02/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/cuba-baca-dulu-tentang-potongan-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sedang Pertimbang Perbaharui Lesen Memandu Selama 10 Tahun Anthony Loke

Kerajaan Sedang Pertimbang Perbaharui Lesen Memandu Selama 10 Tahun Anthony Loke

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 175 hits
Boleh dikatakan isu mengenai perbaharui lesen memandu sebelum tiba tarikh luputnya sering menjadi perdebatan dikalangan para pengguna Susulan itu Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke memaklumkan ketika ini banyak perkara yang sedang dibi...
Sikap Pendendam Anwar Lebih Teruk Daripada Tun M

Sikap Pendendam Anwar Lebih Teruk Daripada Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 244 hits
Fahmy A Roslifahmy azril bh com myKUALA LUMPUR Datuk Awang Hashim menyifatkan sikap pendendam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ...
Bersama Pas Lebih Banyak Konflik Berbanding Bersama Umno Bn

Bersama Pas Lebih Banyak Konflik Berbanding Bersama Umno Bn

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 238 hits
Bersama Pas lebih banyak konflik berbanding bersama Umno BNPosted By on February 13 2023Ungkapan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa akan berlaku konflik sekiranya Pakatan Harapan bekerjasama dengan Umno BN untuk menyertai Pil...
Top 10 Menteri Pilihan Rakyat Anthony Teratas Anwar Kedua

Top 10 Menteri Pilihan Rakyat Anthony Teratas Anwar Kedua

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 222 hits
MUKHRIZ MAT HUSINKeratan akhbar muka hadapan Sinar Ahad bertarikh 26 Februari 2023 SHAH ALAM Kaji selidik berhubung tinjauan rakyat telah menyenaraikan 10 menteri paling rakyat berpuas hati sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk...
Prabowo Dan Surya Paloh Setuju Penundaan Pemilu Tak Masuk Akal

Prabowo Dan Surya Paloh Setuju Penundaan Pemilu Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 168 hits
Menurut Prabowo putusan PN Jakpus ini masih dapat dikoreksi oleh pengadilan di tingkat atasnya
Anwar An Old Friend Of Singapore Says Republic S Minister

Anwar An Old Friend Of Singapore Says Republic S Minister

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 286 hits
Anwar Ibrahim with Singapore foreign affairs minister Dr Vivian Balakrishnan in January Anwar is expected in Singapore for a leaders retreat later this year PETALING JAYA Singapore s foreign affairs minister Dr Vivian Balakrishnan has descr...
Kelebihan Kerajaan Anwar Tidak Menjual Aset Seperti Kerajaan Mahathir

Kelebihan Kerajaan Anwar Tidak Menjual Aset Seperti Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 245 hits
Jika hendak di ikutkan kepada data kerajaan Anwar lebih berkedudukan parah kerana mewarisi kerajaan peninggalan Muhyiddin Yassin Muhyiddn Yassin mewarisi kerajaan peninggalan Tun Mahathir Ismail Sabri pula sekadar menjadi Perdana Menteri ba...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Sah Jatuh Talak 3 Siti Jamumall Amp Aiman Tak Boleh Rujuk Semula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persediaan Menghadapi Exam Psra Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Di Flyhigh Education Centre

Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

Cara Jual Emas Harga Tinggi Dapat Duit Tunai

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

003 Percutian Di Kota Kinabalu Sabah Terukir Pesona Kenangan Yang Membahagiakan