Tak Mahir Komputer Jadi Punca Ramai Guru Bersara Awal Nutp


Imej hiasan
PETALING JAYA – Bebanan tugas pendidik selain sistem pendigitalan secara dalam talian yang tidak mampu dikuasai ter­utama dalam kalangan guru lama antara faktor ramai warga pendidik memohon untuk bersara awal.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, perkara itu antara isu yang sekian lama diperkatakan selain pernah diutarakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

“Faktor terbesar memang beban tugas sebab mereka sudah tak sanggup berdepan dengan kerja-kerja tersebut. Kita tak boleh sekat mereka untuk bersara, tapi yang penting ada usaha mengurangkan beban tugas guru ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bahawa guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara yang pa­ling ramai memohon bersara awal berdasarkan rekod KPM sepanjang 2021 dan 2022.

Menurut Fadhlina, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu (2,862), Bahasa Inggeris (1,146), Mate­matik (1,015), Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483).

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pada masa ini diakui KPM mempunyai inisiatif dalam mengurangkan bebanan ditanggung oleh guru, namun keberkesanannya mungkin belum dapat dilihat lagi.

“Sudahlah bebanan tugas ditambah, tekanan guru-guru dengan sistem pendigitalan turut menjadi faktor,” katanya.

SISTEM pendidikan masa kini banyak berasaskan kepada teknologi maklumat. – Imej hiasan

Di Kuala Terengganu, Tereng­ganu, seorang bekas guru Bahasa Melayu nekad bersara awal setelah tidak mampu menguasai teknologi bagi tujuan pengajaran.

Bekas guru sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 58, berkata, dia menyedari tidak berupaya mengikut kehendak pengajaran semasa ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya mengakui tidak begitu mahir menggunakan komputer dan gajet lain sedangkan ia tuntutan pengajaran di dalam kelas pada masa kini.

“Saya akur untuk mengundur diri daripada profesion perguruan yang saya cintai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ramli berkata, dia memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan perguruan pada tahun 2018.

Tambahnya, dia rela mengorbankan kerjayanya walaupun berpendapat pengajaran Bahasa Melayu lebih berkesan dengan kaedah konvensional.

“Saya tidak mahu mengecewakan harapan tinggi KPM dan pengurusan kanan sekolah,” katanya.

Di Langkawi, Kedah, seorang guru Bahasa Melayu yang bersara tahun lalu dikenali Rohani, 57, berkata, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek dengan waktu mengajar terbanyak.

“Kebiasaannya jumlah guru yang mengajar subjek lain adalah kira-kira separuh daripada jumlah guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Jadi pastinya saban tahun jumlah guru bahasa yang pencen juga adalah lebih ramai berbanding guru subjek lain,” katanya.

Rohani yang sebelum ini mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Shah Alam memberitahu, dia memilih untuk pencen awal kerana rasa beban mengajar yang meningkat berikutan peredaran zaman.

Jelasnya, murid generasi sekarang memerlukan cara pembelajaran yang banyak menggunakan teknologi yang tidak pernah digunakannya semasa dia masih di maktab perguruan.

“Saya agak sukar untuk mengajar dengan menggunakan teknologi sepenuhnya kerana gaya dan caranya jauh berbeza berbanding cara yang saya diajar dahulu,” ujarnya.

Di Kota Bharu, Kelantan, bekas guru, Noriha Yusoff, 56, berkata, dia sepatutnya bersara wajib dua tahun lagi, namun bersara pada tahun ini selepas tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi maklumat.

Menurutnya, semua pembelajaran PdP ketika ini perlu disampaikan kepada murid-murid menggunakan rujukan menerusi komputer dan peranti elektronik.

“Saya perlu menggunakan komputer untuk setiap sesi pembelajaran. Keadaan itu menyebabkan saya agak tertekan apabila tidak dapat mengikuti perkembangan pengajaran kaedah tersebut.

“Saya boleh mengajar subjek Bahasa Inggeris dengan baik tanpa menggunakan komputer atau peranti. Apabila menggunakan alat bantuan mengajar itu, ia seolah-olah mengehadkan kemampuan saya untuk mengajar,” katanya.

Noriha memberitahu, kaedah pembelajaran yang hanya menggunakan buku sebenarnya sudah cukup untuk memberi kefahaman kepada murid-murid terutamanya di peringkat sekolah rendah.

Katanya, beliau mengakui bahawa penggunaan komputer dan peranti semasa sesi PdP memberi lebih kefahaman selain pengetahuan kepada murid-murid.

“Cuma, kaedah itu tidak sesuai untuk saya. Jadi, lebih baik saya bersara awal untuk berehat selain dapat menguruskan keluarga sementara badan masih sihat,” katanya.

Sumber berita: Kosmo!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/tak-mahir-komputer-jadi-punca-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Bm Bi Paling Ramai Bersara Awal Sepanjang Tahun 2021 2022

Guru Bm Bi Paling Ramai Bersara Awal Sepanjang Tahun 2021 2022

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 173 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara yang paling ramai memohon bersara awal berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan sepanjang 2021 dan 2022 Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ia diikuti oleh guru Ma...
Acryl Sani Bersara Awal Kerana Ada Tawaran Lain Kata Laporan

Acryl Sani Bersara Awal Kerana Ada Tawaran Lain Kata Laporan

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 206 hits
Acryl Sani bersara awal kerana ada tawaran lain kata laporan Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jun 2023 11
Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 199 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Selain kemiskinan antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Mohd Azizee Hasan berkata p...
3 Printer Laser Hitam Putih Pilihan Untuk Guru

3 Printer Laser Hitam Putih Pilihan Untuk Guru

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 168 hits
Printer laser monokrom adalah jenis printer yang menggunakan teknologi laser untuk mencetak dokumen dalam warna hitam dan putih Printer ini mempunyai beberapa kelebihan yang sesuai untuk keperluan guru seperti kelajuan kualiti dan kecekapan...
Mengenang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Mengenang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 194 hits
Adrian Lim Chee AnnSebab apakah sepanjang 33 bulan PAS berkuasa tidak pernah dibuat apa apa untuk mengangkat semula nama seorang Tok Guru yang telah pergi buat selama lamanya Sama ada menyatupadukan keluarga ATGNA ke ataupun pun buat progra...
Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dapat Gelaran Tan Sri

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 236 hits
Arwah Tuan Guru Nik Aziz dapat gelaran Tan Sri Bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di Pertuan Agong har...
Baiki Tandas Segera Sebelum Minta Murid Hargainya Nutp

Baiki Tandas Segera Sebelum Minta Murid Hargainya Nutp

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 347 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kerajaan perlu menyegerakan pemberian peruntukan kewangan untuk kerja kerja penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Aminuddin Awang berkata usaha me...
David Teo Bersara Bangga Hasilkan Lebih 100 Filem

David Teo Bersara Bangga Hasilkan Lebih 100 Filem

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 217 hits
CEO Metrowealth David Teo mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri hiburan selepas berkerja selama 18 tahun sebagai penerbit drama dan filem Bagaimanapun David Teo 59 atau nama sebenarnya Teo Chew Huat bukanlah terus cuci t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih