Tak Lena Tidur Kena Ada Bau Mama Sebab Itulah Banyak Baby Suka Mengempeng


Mungkin rasa susu badan sangat istimewa sehinggakan si manja tidak mahu melepaskan puting ibunya. Ada masanya anak sudah tidur ketika disusukan, tetapi terjaga semula apabila ibu menarik keluar puting payudara dari mulutnya. Dek kerana anak suka mengempeng, sukar untuk ibu melakukan kerja-kerja lain. Sudahnya, ibu pun terlelap sama. Jika anda mahu berhenti menyusukan bayi, cubalah cara ini.
Artikel Menarik: [Jangan Bagi Anak Makan Kicap, Nanti Parut Hitam. Eh, Betul Ke?]

Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Bayi suka mengempeng mengikut usianya. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payudara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini:
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Artikel Menarik: [Air Putih Bagusm Tapi Tak Perlu Sampai 7 Liter Sehari. ‘Terbeban’ Buah Pinggang]
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.

PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM BERHENTI MENYUSUKAN
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.

CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Artikel Menarik: [Pam Hari Ini, Stok Untuk Esok. KEnapa Susu Sikit? Kaunselor Laktasi Beri Penjelasan]
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu. Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.

Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/tak-lena-tidur-kena-ada-bau-mama-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adam Suka Bau Baby

Adam Suka Bau Baby

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 295 hits
Adam suka bau baby Sebenarnya bukan Adam sahaja yang suka bau baby Anis dan Amal pun suka bau baby Cuma Adam sangat obvious Adam pergi sekolah akan cium adik dulu Balik sekolah cari adik dan gomol Dia kalau mommy tak tengok sampai merah pip...
Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 434 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan menicum bayi b...
Tilam Yang Empuk Bukan Jaminan Tidur Yang Lena

Tilam Yang Empuk Bukan Jaminan Tidur Yang Lena

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 422 hits
Suatu pagi sekitar jam 4 00 pagi aku yang tidak boleh lena dan suami yang baru terjaga dari tidur keluar berdua untuk melawat kawasan Begitulah kami sesekali bila mata tidak mahu lena kami akan keluar dengan menaiki kereta untuk melihat sua...
Pening Betul Anak Suka Ulang Balik Apa Yang Kita Cakap Elakkan Memberi Banyak Arahan

Pening Betul Anak Suka Ulang Balik Apa Yang Kita Cakap Elakkan Memberi Banyak Arahan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 417 hits
Echolalia adalah situasi di mana kanak kanak mengulang semula apa yg mereka dengar Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu 1 Ciri ciri yang ditunjukkan oleh kanak kanak autism perlu dapatkan penilaian dan nasiha...
Anak Suka Sangat Makan Roti Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba Senang

Anak Suka Sangat Makan Roti Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba Senang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 567 hits
Bukan semua anak anak kita suka makan nasi Ada juga anak anak yang suka makan roti berbanding nasi Makan roti kosong pun dah cukup sedap pada anak kita Bagi mama yang mempunyai anak yang terlebih suka makan roti apa kata kali ini mama tak p...
Sebelum Mengandung Suka Bau Suami Bila Pregnant Dia Dekat Je Kena Halau

Sebelum Mengandung Suka Bau Suami Bila Pregnant Dia Dekat Je Kena Halau

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 406 hits
Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para isteri untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isteri mengada ngada Sebenarnya ia terjadi sendiri dan di luar kawalan wanita mengandung Bayangkan makanan ya...
Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 1021 hits
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan mungkin sebab rasa rimas pana...
Menurut Kajian Mandi Lewat Malam Buat Tidur Lebih Lena

Menurut Kajian Mandi Lewat Malam Buat Tidur Lebih Lena

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 278 hits
Susah nak tidur atau kerap terjaga pada waktu malam Mungkin ada di antara anda yang mengamalkan pengambilan ubat dan lazimnya ubat batuk atau selesema untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak Tahukah anda mandi sebelum tidur sebenarnya sa...
Adui Segan Rasanya Kawan Rakam Senyap Senyap Haqiem Mengaji Saat Orang Lain Tidur Lena

Adui Segan Rasanya Kawan Rakam Senyap Senyap Haqiem Mengaji Saat Orang Lain Tidur Lena

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 333 hits
Nyanyi sedap baca Al Quran pun sedap Inilah dia Haqiem Rusli seorang penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tergantung Sepi baru baru ini tersebar satu video yang dikongsikan rakannya yang menunjukkan Haqiem sedang membaca Al Quran Dalam ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri