Tak Kiralah Berapa Kali Bersalin Masuk Je Labour Room Terus Seram Sejuk


Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama. Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain.
Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran. Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.

Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin. Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula.
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Tidak. Bukan begitu.
Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu. Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Artikel Menarik: [Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah]
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar. Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan. Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat. Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini. Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.

Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi. Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Artikel Menarik: [Sebelum Bersalin, 3 Barang Ini Mama Wajib Sediakan. Barulah Tak Kelam-Kabut]
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.

Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama. Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Artikel Menarik: [Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang. Banyak Virus Yang Boleh datang Dari Kita, Jangkit Pada Dia]
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini.
Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan. Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
The post Tak Kiralah Berapa Kali Bersalin, Masuk Je Labour Room Terus Seram Sejuk! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-kiralah-berapa-kali-bersalin-masuk-je-labour-room-terus-seram-sejuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 Mp Umno Berapa Kali Nak Kena Patuk Ular Dahhhh

17 Mp Umno Berapa Kali Nak Kena Patuk Ular Dahhhh

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 356 hits
Orang otang tua dah pesan jangan biarkan diri kita dipatuk oleh ular dalam lubang yang sama Sekali tertipu boleh dianggap silap tapi kalau dua kali tertipu dengan orang yang sama tu bukan silap namanya tapi BANGANG Sekarang nie dah kecoh de...
Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 395 hits
Bagi ibu yang pertama kali hamil dan bakal melahirkan semuanya pasti rasa kekok dan janggal Pengalaman pertama dalam melalui Sembilan bulan tempoh kehamilan pastinya sesuatu yang cukup indah untuk dilalui Setiap orang ada cabaran dan dugaan...
Pemimpin Amk Terus Bertelagah Kali Ini Isu Kehadiran Mesyuarat

Pemimpin Amk Terus Bertelagah Kali Ini Isu Kehadiran Mesyuarat

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 373 hits
MALAYSIAKINI Kontroversi berhubung isu perasmian Kongres Tahunan Pemuda PKR 2019 terus berlanjutan apabila Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman pula mendakwa Muhammad Hilman Idham gagal menghadiri mesyuarat bagi memberi penjelas...
Pemandu Axia Rempuh Pemandu Lori Sampah Masuk Hospital

Pemandu Axia Rempuh Pemandu Lori Sampah Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 317 hits
Pemandu wanita yang merempuh pemandu lori sampah dalam kemalangan di Jalan Anson pagi tadi telah dikesan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala Wanita berusia 29 tahun it...
Laptop Dan Notebook China Paling Banyak Masuk Indonesia Sepanjang Oktober 2019

Laptop Dan Notebook China Paling Banyak Masuk Indonesia Sepanjang Oktober 2019

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 373 hits
Badan Pusat Statistik mencatat nilai impor laptop dan notebook Indonesia mencapai USD 80 46 juta pada Oktober 2019 Laptop merupakan salah satu komoditas non migas yang secara keseluruhan impornya bernilai USD 13 02 miliar
Jangan Risau Kalau Dah Beli Car Seat Bagi Car Seat Yang Masuk Sebelum 1 Januari 2020 Tak Perlukan Kelulusan Cta

Jangan Risau Kalau Dah Beli Car Seat Bagi Car Seat Yang Masuk Sebelum 1 Januari 2020 Tak Perlukan Kelulusan Cta

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 500 hits
Penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak diwajibkan menjelang 1 januari 2020 namun timbul kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang sudah membeli kerusi keselamatan kanak kanak namun tiada surat kelulusan komponen yang bermaksud kerusi kesela...
Syukur Calvin Thoo Masuk Islam

Syukur Calvin Thoo Masuk Islam

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 776 hits
Tedi nampak banyak blogger duk post Alhamdulillah Calvin Thoo masuk Islam Rata rata mereka mengucapkan syukur Ada juga yang berdoa semoga ramai artis non muslim masuk Islam Tedi teringat apa Master kata Apabila orang masuk Islam kita serbu ...
Sentimen Ahok Masuk Bumn Bantu Rupiah Tak Melemah Tajam

Sentimen Ahok Masuk Bumn Bantu Rupiah Tak Melemah Tajam

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 227 hits
Nilai tukar Rupiah ditutup melemah tipis berada di posisi Rp14 087 di pasar spot Rupiah tercatat tertekan 0 06 persen atau melemah 9 poin Isu pengangkatan Ahok menjadi Direktur Utama PT Pertamina membawa sentimen positif bagi laju Rupiah Se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025