Tak Jadi Kahwin Kami Berdua Pembawa Gen Talasemia Takut Risiko Pada Anak Anak Bila Berkahwin Kelak


Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita.
Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Sebelum mendirikan rumah tangga, anda dan pasangan dinasihatkan untuk membuat ujian talasemia untuk memastikan anda serta pasangan bebas dari penyakit talasemia.
Sama seperti pasangan ini, setelah melakukan ujian talasemia mereka bersetuju untuk berpisah kerana mendapati mereka adalah pembawa gen talasemia.
“Selepas tiga tahun bercinta, Kami mendapati yang kami adalah pembawa gen talasemia selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Hal ini sama sekali akan mendatangkan risiko kepada anak-anak jika berkahwin kelak.”

“Setelah lama berbincang, kami terpaksa berpisah dan masing-masing bersetuju untuk ‘meraikan’ hari terakhir sebagai pasangan kekasih.”
“Please spread awareness about thalasemia”

Sekiranya anda dan pasangan adalah pembawa talasemia, risiko untuk mendapat anak dengan talasemia major/intermedia adalah 25%. Sekiranya anda seorang pesakit dan pasangan adalah pembawa, risiko untuk mendapat anak dengan talasemia major/ intermedia adalah 50%. Anak dengan talasemia major akan mengalami salah satu keadaan berikut:
Bayi dilahirkan sihat tetapi akan beransur pucat dan untuk terus hidup dia memerlukan transfusi darah setiap 2 hingga 4 minggu sepanjang hayatnya. Ini bermaksud anak perlu ke hospital berulang kali untuk rawatan transfusi dan rawatan susulan (sekurang kurangnya 2 kali sebulan) untuk memantau pembesarannya serta memantau komplikasi-komplikasi penyakit dan transfusi darah yang akan berlaku. 2. Bayi yang menghidapi alpha talasemia major tidak akan hidup dan akan mati di dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Ibu yang mengandung dengan anak alpha talasemia major berisiko tumpah darah semasa bersalin atau mengalami pre-eclampsia (tekanan darah tinggi) yang boleh mengancam nyawa ibu.

Talasemia boleh diklasifikasi kepada tiga iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor), penyakit talasemia intermedia dan penyakit talasemia major. Pembawa gen talasemia adalah sihat, yakni tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah. Pesakit talasemia major menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai dari umur 6 hingga 18 bulan, manakala pesakit talasemia intermedia menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya dari remaja hingga ke dewasa.
Talasemia major mempunyai tahap hemoglobin yang sangat rendah, biasanya kurang daripada 4 g/dL. Tanda dan gejala talasemia major adalah:
Keadaan pucat yang semakin ketara Sentiasa lemah dan resah Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas Jaundis Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa Tumbesaran terbantut Terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka apabila kanak-kanak semakin membesar Talasemia intermedia pula mempunyai tahap hemoglobin yang tidak begitu rendah, dalam lingkungan 7 hingga 10 g/dL yang dapat menampung hidup tanpa transfusi darah. Walaubagaimanapun, ia boleh menimbulkan berbagai masalah dan komplikasi bila usia meningkat seperti osteoporosis, pulmonary hypertension (right heart failure), pembengkakan limpa dan pembengkakan korda tunjang tulang belakang yang boleh menyebabkan lumpuh. Dengan ini pesakit talasemia intermedia memerlukan pemantauan yang rapi dan sekiranya terjadi tanda-tanda awal komplikasi, rawatan transfusi darah susulan akan dimulakan.
Rawatan
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit. Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting kepada pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau oral. Pilihan lain adalah dengan melakukan pembedahan membuang limpa yang bergantung pada situasi tertentu. Sekiranya ada adik-beradik yang sesuai, rawatan pemindahan sum-sum tulang juga boleh dilakukan.
Pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit talasemia major biasanya menggunakan sum-sum tulang dari adik beradik yang sama HLA (HLA-matched sibling donor) kerana kejayaannya yang tinggi. Pemindahan tali pusat dari penderma bukan adik beradik (unrelated cord blood) untuk pesakit talasemia major mempunyai banyak masalah seperti primary graft failure dan chronic graft versus host disease (GVHD). Jadi, kejayaan dengan kaedah ini sangat rendah. Buat masa ini kaedah ini tidak disyorkan di Malaysia.
Kredit: szasaccount, MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
 
The post “Tak Jadi Kahwin, Kami Berdua Pembawa Gen Talasemia” Takut Risiko Pada Anak-Anak Bila Berkahwin Kelak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-jadi-kahwin-kami-berdua-pembawa-gen-talasemia-takut-risiko-pada-anak-anak-bila-berkahwin-kelak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masing2 Pembawa Gen Talasemia Pasangan Kekasih Menangis Terpaksa Break Up

Masing2 Pembawa Gen Talasemia Pasangan Kekasih Menangis Terpaksa Break Up

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 337 hits
Lebih baik sakit hati sekarang drpda sakit di kemudian hari selain faktor keturunan faktor lain perlu jg dipertimbangkan contohnya kewangan dan masalah rumahtangga Pasangan kekasih pembawa talasemia menangis terpaksa putus enggan risikokan ...
Berkahwin Secara Islam Anak Gadis Bill Gates Selamat Jadi Isteri Jutawan Muslim

Berkahwin Secara Islam Anak Gadis Bill Gates Selamat Jadi Isteri Jutawan Muslim

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 236 hits
Siapa tak kenal dengan Bill Gates pemilik Microsoft dan tersenarai sebagai salah seorang orang terkaya di dunia Memulakan usaha bisnes pada usianya 17 tahun Bill Gates terus unggul dalam pencapaiannya Bagi yang tidak mengetahui Bill Gates m...
Suami Terkejut Isteri Tak Takut Lipas Aku Kahwin Dengan Dar4h Pahlawan Ke

Suami Terkejut Isteri Tak Takut Lipas Aku Kahwin Dengan Dar4h Pahlawan Ke

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 254 hits
Sesetengah orang menganggap lipas adalah antara haiwan yang paling ditakuti walaupun saiznya cuma kecil sahaja tetapi haiwan tersebut mampu terbang sehingga digervni ramai orang Tetapi tidak semua orang takut terhadap lipas malah ada yang b...
Ingatkan Video Anak Kahwin Rupanya Emak

Ingatkan Video Anak Kahwin Rupanya Emak

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 238 hits
Ingatkan video anak kahwin rupanya emak Umur 50 tahun tapi masih awet muda Kalau dah jodoh tak ke mana Itulah ungkapan yang sering kali kita dengar bila berbica soal jodoh Seperti satu video yang tular di laman TikTok menceritakan seorang w...
Berkahwin Rezeki Bertambah Anak Pun Bertambah Tapi Bayar Cukai Pula Berkurang

Berkahwin Rezeki Bertambah Anak Pun Bertambah Tapi Bayar Cukai Pula Berkurang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 373 hits
Perasan tak masa bujang kita asyik meminjam je duit kawan kawan bila tengah bulan walaupun dah ada gaji Sedangkan komitmen masa itu mungkin ada satu kereta kongsi duit bayar sewa rumah bagi pada ibu ayah di kampung dan belanja untuk keperlu...
Anak Bill Gates Dilapor Kahwin Dengan Pemuda Muslim

Anak Bill Gates Dilapor Kahwin Dengan Pemuda Muslim

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 441 hits
Anak perempuan pengasas Microsoft Bill Gates iaitu Jennifer Gates baru baru ini melangsungkan perkahwinan bersama suaminya Nayel Nassar dalam majlis bercirikan Islamik lapor The National News Kedua dua pasangan mempelai itu meraikan hari ba...
Video Alahai Anak Daddy Maryam Ajar Fizo Omar Cara Pakaikan Cincin Kahwin

Video Alahai Anak Daddy Maryam Ajar Fizo Omar Cara Pakaikan Cincin Kahwin

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 643 hits
Teka teki mengenai pernikahan Fizo Omar akhirnya terjawab apabila beliau disahkan melangsungkan pernikahan dengan gadis yang berasal dari Sarawak yang diberi nama Fazeera Nazri Aziz Walaupun banyak teka teki mengenai status perkahwinan mere...
Ciuman Terakhir Mama Buat Not Anak Perempuan Safura Ya Cob Meninggal Dunia

Ciuman Terakhir Mama Buat Not Anak Perempuan Safura Ya Cob Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 423 hits
Pelakon dan penyanyi Safura Ya cob pada petang Isnin berkongsi khabar duka apabila anak perempuannya telah meninggal dunia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah