Tak Habis Habis Cabar Tekan Butang Najib Hanya Menyusahkan Lagi Ismail Sabri


 
Sepanjang minggu lalu, selain berbalah dan berbalas serangan dengan Mahiaddin Md Yasin, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga beberapa kali menyindir Bersatu dan pimpinannya berkaitan isu tekan butang terhadap kerajaan.
Sindiran dan sikap sinis Najib berkaitan tekan butang yang berulang kali itu seolah-olah mencabar Mahiaddin, Bersatu dan PN agar segera berbuat demikian.
Dalam salah satu postingnya di media sosialnya hari ini, Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah berkaitan kes SRC International dan sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, sekali lagi mencabar Bersatu berkenaan tekan butang atau menjatuhkan kerajaan.
Katanya, jika Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan ingin tahu siapa “poster boy” BN pada PRU15 akan datang, suruhlah Mahiaddin cepat-cepat menekan butang atau dalam erti kata lain, segera menjatuhkan kerajaan supaya pilihanraya dapat diadakan.
Kenapakah beliau terus menerus berbuat demikian?
Adakah Najib sekadar memberi “cabaran manja” kerana sedar Mahiaddin, Bersatu dan PN mungkin tidak berani berbuat demikian atau beliau benar-benar mahu butang ditekan dan seterusnya menyebabkan Ismail Sabri Yaakob jatuh sebagai Perdana Menteri?
Bagaimana jika Mahiaddin benar-benar sedia melakukannya?
Tetapi, apa pun pertimbangannya, sikap dan dan perlakuan Najib itu jelas lagi nyata amat menyusahkan Ismail Sabri yang kini mewakili UMNO mentadbir negara selaku Perdana Menteri.
Apa lagi, tindakannya yang berulang kali menyindir, mencabar dan meminta Mahiaddin, Bersatu atau PN menekan butang itu sepertinya beliau tidak mahu melihat Ismail Sabri berada lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri.
Harus disedari, meskipun BN dan PN, UMNO serta Bersatu sedang berbalah dalam politik, khususnya menghadapi PRN Johor, namun kedua-dua parti itu saling bekerjasama membentuk kerajaan di peringkat persetukuan dengan persetujuan bersama meletakkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menterinya.
Kenapa setelah berjaya meletakkan Ismail Sabri, seorang pemimpin UMNO sendiri sebagai Perdana Menteri selepas Mahiaddin dijatuhkan yang mana Najib adalah salah seorang yang bertindak menarik sokongan terhadapnya, tetapi dalam masa yang sama beliau masih tak habis-habis dengan cerita tekan butang?
Sampai bila Najib mahu berperangai begini?
Bukankah Najib selaku bekas Perdana Menteri, sepatutnya lebih berperanan mengukuhkan kedudukan Ismail Sabri sebagi Perdana Menteri daripada UMNO dan mahukannya kukuh dengan lama berada di situ daripada mencucuk serta menggoncang kedudukannya?
Apa faedahnya kepada Najib dan UMNO jika Ismail Sabri dijatuhkan dan PRU15 diadakan dalam waktu terdekat?
Apakah benar-benar terjamin UMNO dan BN mampu membentuk kerajaan secara sendirian?
Apakah jika PRU15 diadakan dalam waktu terdekat ini, maka Najib boleh bertanding lagi?
Adakah Najib sebenarnya sedang mengalami “jiwa kacau” selepas rayuannya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini ditolak, lalu sementara tarikh rayuan di Mahkamah Persekutuan belum lagi ditetapkan, beliau lebih rela melihat segala-galanya rosak binasa dan Ismail Sabri terus susah kerananya, meskipun yang mengetuai kerajaan sekarang ialah UMNO?
Jika bukan itu sebabnya, susah sangatkah Najib sebagai pemimpin UMNO dan bekas Perdana Menteri untuk bersikap lebih bijaksana dengan membantu dan memastikan Ismail Sabri berada lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 06/02/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/tak-habis-habis-cabar-tekan-butang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ugut Tekan Butang Najib

Jangan Ugut Tekan Butang Najib

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 185 hits
Jangan ugut tekan butang Najib Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar tekan butang sekarang supaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan pimpinannya jatuh Mantan Perdana Menter...
Sudah Ada Ismail Sabri Najib Sudah Tidak Relevan Lagi

Sudah Ada Ismail Sabri Najib Sudah Tidak Relevan Lagi

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 175 hits
Menjelang PRN Johor tidak lama lagi dan mungkin disusuli PRU15 selepas itu pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang membangkitkan persoalan siapakah calon Perdana Menteri yang akan ditonjolkan UMNO Beliau juga menimbulkan persoalan apakah Najib R...
Bersatu Dan Pas Hanya Sembang Kari Mustahil Betani Tumbangkan Ismail Sabri

Bersatu Dan Pas Hanya Sembang Kari Mustahil Betani Tumbangkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 179 hits
Dengan mengingatkan tentang sokongan bersyaratnya kepada Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Bersatu dan Pas secara jelas sedang memberi ugutan mahu menjatuhkan kerajaan Ugutan itu dibuat ketika rasa tidak senang kedua dua parti buka...
Pm Ismail Sabri Keluarga Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan

Pm Ismail Sabri Keluarga Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 186 hits
PM Ismail Sabri Keluarga Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu selepas terperangk...
Pm Ismail Sabri Extends Condolences To Family Of Moroccan Boy Who Died After Being Trapped In Well For Five Days

Pm Ismail Sabri Extends Condolences To Family Of Moroccan Boy Who Died After Being Trapped In Well For Five Days

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 194 hits
Medics and people inspect the body of five year old child Rayan Awram as they stand near an ambulance near Chefchaouen northern Morocco February 5 2022 Reuters picKUALA LUMPUR Feb 6 Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has expresse...
Ismail Sabri Tidak Perlu Layan Desakan Partinya

Ismail Sabri Tidak Perlu Layan Desakan Partinya

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 192 hits
PANDANGAN Ismail Sabri tidak perlu tunduk dengantekanan POLEMIK dan perdebatan tidak henti kini mengenai masa bilakah pilihan raya umum ke 15 akan diadakan dan perlukah Piraum diadakan dan sejauh mana kewajaran diadakan Memahami MoU ditanda...
Prnjohor Saya Keluar Parti Lepas Dun Bubar Sebab Muhyiddin Tidak Tekan Butang

Prnjohor Saya Keluar Parti Lepas Dun Bubar Sebab Muhyiddin Tidak Tekan Butang

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 211 hits
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin Datuk Mohd Izhar Ahmad menganggap mereka yang mengkritik keputusannya keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana tidak faham dengan tindakannya itu Bekas Exco Pelaburan Pembangunan Usahawan Koperasi...
Ismail Sabri Is Umno Bn S Pm Lah Wan Saiful

Ismail Sabri Is Umno Bn S Pm Lah Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 206 hits
If Umno drops Ismail Sabri and changes PM again it will be bad for them You do not change PMs once a year PMs need at least five years to get the job done properly Covid 19 is still not settled The economy is still bad Inflation and the cos...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life