Tak Dilantik Semula Seperti Noraini Ini Kata Shamsul Anuar
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Ahli MT UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar  Nasarah tidak dilantik dalam Kabinet baharu, sebaliknya Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melatik semula Ketua Wanita UMNO Datuk  Seri Noraini Ahmad.
															 																					 									 							 					 						Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar  Nasarah hari ini secara tidak langsung mengakui peranannya menumbangkan  kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri  Muhyiddin Yassin.
Ketika mengulas pelantikan barisan Kabinet baharu Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, Ahli Parlimen Lenggong itu  bangga kerana turut berperanan meletakkan kembali UMNO untuk menerajui  Kerajaan Malaysia.
Umum mengetahui Shamsul Anuar adalah menteri Kabinet pertama dalam  Kerajaan PN yang meletak jawatan dan menyertai kem Presiden UMNO Datuk  Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 13 lagi Ahli Parlimen (MP) parti itu  menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.
Beliau meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos,  sebelum disusuli Ahli Parlimen Parit Sulong, yang juga Ketua Wanita  UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, pada 6 Ogos.
Akibat tindakan 15 MP UMNO termasuk Shamsul Anuar dan Noraini itu,  kerajaan PN dan Muhyiddin hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.  Muhyiddin kemudian mengambil keputusan meletak jawatan Perdana Menteri  pada 16 Ogos lalu.
Parti komponen PN berjumlah 50 MP dan empat MP Bebas kemudian memberi  sokongan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO untuk menjadi  Perdana Menteri ke-9, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,  sebelum mengangkat sumpah jawatan pada 22 Ogos lalu.
Hari ini Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinetnya, tetapi tidak  melantik Shamsul Anuar ke jawatan menteri, sebaliknya Noraini dipilih  untuk kembali memegang portfolio lamanya sebagai Menteri Pengajian  Tinggi.
Dalam kenyataan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri di atas  pelantikan barisan Kabinet hari ini, Shamsul Anuar berharap Jemaah  Menteri baharu itu melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat.
“Saya rakamkan ucapan tahniah diatas pembentukan barisan kabinet oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia. Harapannya pasukan ini akan melakukan  yang terbaik untuk negara dan rakyat kerana itulah yang ditunggu oleh  semua.
“Saya pastinya bersyukur kerana UMNO BN kembali menerajui Kerajaan.  Dan saya dapat sedikit menyumbang hingga UMNO kembali menerajui serta  membentuk Kerajaan,” katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/tak-dilantik-semula-seperti-noraini-ini.html