Tak Dapat Period Selepas Suntikan Depo Provera




“Dr Imelda, kenapa selepas suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga, saya tak dapat period?”
Terlalu ramai netizen tanya soalan ini.
Mai chek nak habaq.
Jika chek beri anda semua ilmu pengetahuan percuma, syaratnya ialah anda semua gunakan ilmu pengetahuan ini untuk tambah ilmu secara am saja. JANGAN MINTA CONSULTANCY PERUBATAN ATAU PENDAPAT PERUBATAN PERIBADI DI RUANG KOMEN. Sebab chek tak buat clinic di media sosial.
Anda yang ada masalah tentang merancang keluarga pergilah ke klinik berjumpa doktor dan jangan tanya di media sosial. Jika anda post soalan tentang masalah peribadi di ruang komen dan acik bawang mai jawab soalan anda di sini. 
Chek akan delete terus tau, sebab chek tak mahu menggalakkan budaya acik bawang tak bertauliah cuba menjawab soalan perubatan dan cuba jadi doktor dengan alasan ‘ilmu Allah ini luas’ padahal dia tak ada ilmu tetapi bersangka dia ada ilmu, kemudian bagi jawapan yang salah di laman chek. Penat chek nak delete nanti. Janganlah menyusahkan chek nak delete satu-persatu naaaaa.
Ceritanya macam ni. Apa fungsi kaedah merancang keluarga berhormon ialah:
1) Menipiskan dinding rahim supaya kehamilan tidak boleh berlaku2) Menebalkan lendir cervical mucus di pangkal rahim seperti GAM yang tidak membenarkan sperma lelaki masuk ke dalam rahim dan ini mengurangkan keputihan. 3) Sekiranya kaedah merancang keluarga hormonnya DOS nya TINGGI, ia juga menghentikan ovulasi dan merehatkan ovari buat sementara waktu.
Untuk pil berhormon progestogen saja, alat intrauterine device di dalam rahim berhormon seperti Mirena dan susuk implanon berhormon, di dalam setiap 5 wanita yang menggunakannya:
A) Satu dalam lima wanita tak dapat haid, B)Satu dalam lima wanita kadang-kadang ada bulan yang dapat haid dan ada bulan yang tak dapat haid. C)Tiga dalam lima wanita dapat haid setiap bulan.
Semua kaedah di atas menggunakan SATU saja jenis hormon, iaitu progestogen.
Tetapi tak payah bimbang sebab bila dinding rahim nipis, tiada darah yang berkumpul kat dalam tu dan tak ada apa yang perlu keluar.
Hormon progesterone tu bukan saja mencegah kehamilan secara sementara, ia juga melindungi rahim dari kanser dinding rahim. Satu bonus kaedah merancang keluarga berhormon ialah risiko mendapat kanser dinding rahim dan kanser ovari dikurangkan.
Suntikan depo provera pula mengandungi hormon berdos paling tinggi sekali supaya bertahan dalam badan untuk 12 minggu. Maka hanya perlu suntikan 4 kali setahun. Dalam setiap 10 orang yang gunakan kaedah ini:
A) Satu dalam 10 wanita tak ada haid pada 3 bulan pertama menggunakannya.B)Lima dalam 10 wanita tak ada haid selepas 6 bulan menggunakannya.C) Lapan dalam 10 wanita tak ada haid selepas 12 bulan menggunakannya.
Sebabnya lebih ramai wanita tak ada haid dengan kaedah suntikan ialah dosnya paling tinggi dan kebanyakan ovari berehat, iaitu tiada ovulasi. Ini ialah kaedah yang sangat bagus untuk wanita yang memang ada kekurangan darah merah seperti Thalassaemia supaya tidak dapat haid yang boleh memberi lebih masalah kekurangan darah. 
Tetapi ini ialah kaedah yang chek tak akan berikan kepada wanita yang berusia 45 tahun ke atas sebab mereka hampir menopos. Menopos ialah penyebab kepadatan tulang mula menjadi rendah. 
Suntikan depo-provera juga mengurangkan kepadatan tulang, jadi chek mahu sesiapa yang menggunakannya berhenti kaedah ini beberapa tahun sebelum menopos supaya kepadatan tulang kembali normal sebelum menopos. Bukan berhenti merancang keluarga sebelum menopos tetapi TUKAR kaedah merancang keluarga ke kaedah yang bukan suntikan sebelum menopos. 
Cara lain untuk membantu menguatkan tulang ialah kurangkan minuman kopi bercaffein, dapatkan cukup cahaya matahari sekurangnya 30 minit sehari, bersenam dengan kerap dan pastikan pemakanan anda ada sekurang-kurangnya 1200mg calcium sehari, atau dapatkan suplimen calcium dan vitaminD.
Untuk susuk implanon pula, ini mengandungi dos hormon paling rendah sekali. Walaupun boleh bertahan 3 tahun, ia hanya slow-release sedikit saja setiap 24 jam. Tetapi disebabkan jenis hormon etonogestrel sangat berkesan, maka ini ialah kaedah merancang keluarga yang paling berkesan sekali. 
Dapat dos Hormon paling rendah tetapi ia paling berkesan. Tetapi, kos ia juga paling mahal sekali. Kalau tak boleh dapat di klinik kesihatan sebab tak cukup budget untuk diberikan kepada wanita yang berisiko rendah jika hamil, anda boleh dapatkannya jika boleh bayar di klinik swasta. Jangan kata hanya dibenarkan untuk wanita yang berisiko tinggi untuk kehamilan saja. 
Hakikatnya semua wanita yang mahukan kaedah susuk implant sebagai kaedah merancang keluarga boleh menggunakannya tetapi klinik kesihatan tak dapat budget dari kerajaan untuk memberi susuk implant kepada semua wanita, jadi jika anda boleh bayar sendiri, boleh dapatkannya di klinik swasta.
Chek nak berpesan kepada jururawat, jangan suruh patient ambil suntikan depo-provera dulu kalau nak tahu susuk implant ini sesuai untuk patient, sebab HORMON PROGESTERONNYA BERLAINAN dan DOS BERLAINAN. 
Anda kena tahu ini. Ia kaedah yang TIDAK SAMA. Tak guna cuba suntikan dulu kalau nak tahu implant itu sesuai ke tidak. Sebab ini dua kaedah yang berlainan.
Untuk alat dalam rahim Mirena Intrauterine System pula, dos hormon pun sedikit saja dan masuk direct kepada dinding rahim. Maka ini bukan saja kaedah merancang keluarga yang berkesan, tetapi ia juga digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah haid yang banyak. 
Ia paling baik untuk perlindungan rahim dari kanser dinding rahim dan boleh digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah dinding rahim tebal (iaitu endometrial hyperplasia) yang ada risiko tinggi untuk mendapat kanser dinding rahim.
Jadi, tak payah lah bimbang jika tak dapat period atau period yang hanya sedikit bila anda menggunakan kaedah merancang keluarga yang berhormon.
Satu lagi maklumat yang anda perlu tahu ialah kaedah suntikan mempunyai dos hormon paling tinggi maka anda mesti membenarkan lebih masa selepas berhenti sebelum period kembali seperti normal. Ada yang mengambil masa 3 bulan atau 6 bulan atau 12 bulan selepas berhenti suntikan sebelum period kembali seperti normal. 
Untuk kaedah yang lain, kesuburan akan kembali selepas berhenti menggunakannya tetapi untuk kaedah suntikan, anda perlu berikan lebih masa untuk kesuburan kembali. Maka kaedah ini kurang sesuai untuk anda yang mahu conceive cepat-cepat selepas menjarakkan kehamilan 2 tahun, tetapi lebih sesuai untuk wanita yang rasa kalau lambat sedikit conceive selepas menghentikan suntikan pun dia tak bimbang sebab masih muda atau ada ramai anak.
Hanya kaedah pil perancang DUA HORMON combined oral contraceptive pil saja kebanyakan wanita dapat pendarahan setiap bulan secara regular dan boleh atur bila tak mahu pendarahan untuk pergi umrah. 
Tetapi doktor pakar gynae tak panggil ini period, ini sebenarnya ialah ‘pil withdrawal bleeding’ sebab berhenti makan pil 7 hari sebulan untuk membenarkan pendarahan, tetapi hakikatnya ovari masih berehat dan tiada ovulasi jika anda hanya berhenti tidak lebih dari 7 hari. 
Pil DUA HORMON ini tidak sesuai untuk wanita yang menyusukan bayi sebab ia boleh mengurangkan susu. Ia juga tidak sesuai untuk wanita yang ada risiko penyakit jantung seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi sebab darah menjadi lebih pekat sedikit. 
Ia juga kurang sesuai untuk wanita yang ada sejarah keluarga kanser payudara atau wanita berusia 40 tahun ke atas yang ada lebih risiko barah payudara, kecuali anda rajin buat mammogram setiap 2 tahun dan semua wanita juga digalakkan rajin memeriksa payudara sendiri setiap bulan.
IUCD pula ialah alat dalam rahim yang tiada hormon tetapi ada tembaga copper yang menyebabkan sperma tidak boleh berfungsi. Dapat period setiap bulan, tetapi mungkin periodnya lebih banyak dan lebih sakit dari kebiasaannya, maka kurang sesuai untuk wanita yang memang selalu dapat period pain atau senggugut.
1 di dalam 1000 wanita boleh dapat komplikasi ia tertembus dinding rahim dan masuk ke dalam ruang abdomen. Walaupun ini boleh berlaku, ia jarang berlaku. 1 di dalam 100 wanita, IUCD boleh terjatuh keluar.
Untuk membantu anda membuat keputusan kaedah mana nak pakai, anda harus buat penilaian kesihatan dengan doktor dulu dan anda perlu tahu maklumat ini:
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan ingin hamil, dalam jangkamasa 1 tahun, 85 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang 'sendiri-sendiri' (natural method), dalam jangkamasa 1 tahun, 25 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang menggunakan condom lelaki, dalam 1 tahun, 18 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan pil perancang keluarga, dalam 1 tahun, 9 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan suntikan depo provera setiap 3 bulan untuk merancang keluarga, dalam 1 tahun, 6 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim IUCD, dalam 1 tahun, 0.8 akan hamil. Iaitu 8 dalam 1000 pasangan dalam setahun.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim berhormon (levonorgestrel intrauterine system), dalam 1 tahun, 0.2 akan hamil. Iaitu 2 dalam 1000 pasangan dalam setahun.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan susuk implant, dalam 1 tahun, 0.05 akan hamil. Iaitu 5 dalam 10,000 pasangan dalam setahun.
Tambah satu lagi, jangan terkejut:Kalau buat BTL, 4 dalam 1000 wanita yang ikat BTL pun boleh hamil. Tetapi ini bukan kaedah merancang keluarga. Ini ialah kaedah pemandulan yang kekal dan tak boleh reverse.
Harap maklumat ini bermanfaat untuk anda. Jangan minta konsultansi pendapat perubatan di laman saya untuk masalah individu anda naaaaa, saya dah beri maklumat yang am dan sekarang saya nak pi basuh baju lipat kain sapu lantai buang habuk cuti-cuti ini sebab rumah dah berhabuk dan Pak Mart tak nampak habuk punya. Jika anda ada masalah individu, sila jumpa doktor di klinik naaaaa.
Terima kasih.
Prof Dr Imelda BalchinKPJ Healthcare UniversityPakar Obstetrics & Gynaecology
Sha letak je gambar promote Klinik Danau Kota, tak ada kaitan pun. Kenal pun tak. Dah ambil gambar dia, biar je la kat situ. Gitu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2025/01/tak-dapat-period-selepas-suntikan-depo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Beranak Hilang Selepas Keluar Rumah Jumaat

Lima Beranak Hilang Selepas Keluar Rumah Jumaat

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 88 hits
BERNAMASepang Polis giat menjalankan usaha mengesan lima sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka yang dilaporkan hilang sejak semalam Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini...
Letupan Besar Di Gaza Selepas 30 Minit Gencatan Senjata Sepatutnya Dilaksana

Letupan Besar Di Gaza Selepas 30 Minit Gencatan Senjata Sepatutnya Dilaksana

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 91 hits
AgensiSatu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini Foto ReutersGAZA Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas per...
Kanser Tiroid Kenapa Pemeriksaan Berkala Penting Selepas Pembedahan

Kanser Tiroid Kenapa Pemeriksaan Berkala Penting Selepas Pembedahan

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 85 hits
Kanser tiroid memang boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dilakukan Mungkin ramai yang fikir bila dah buang kelenjar tu semuanya selesai Tapi hakikatnya kanser tiroid boleh muncul semula dalam tempoh lim...
Mohon Sedekah Al Fatihah Nazmi Faiz Kehilangan Puteri Kedua Beberapa Jam Selepas Dilahirkan

Mohon Sedekah Al Fatihah Nazmi Faiz Kehilangan Puteri Kedua Beberapa Jam Selepas Dilahirkan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 114 hits
PEMAIN Johor Darul Takzim dan skuad kebangsaan Nazmi Faiz Mansor berkongsi berita duka mengenai pemergian anak perempuannya yang meninggal dunia pada Sabtu Anak ke 2 pemain kebangsaan Nazmi Faiz meninggal dunia Pemain bola sepak terkenal Na...
Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa

Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 174 hits
IVAN AMIRULKeadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut KOTA KINABALU Seorang lelaki yang terlibat kemalangan akhirnya meninggal dunia selepas sembilan jam bertarung nyawa di Hospital Queen Elizabeth di sini malam tadi Mangsa y...
40 Rakyat Palestin Dibunuh Israel Selepas Gencatan Senjata Diumum

40 Rakyat Palestin Dibunuh Israel Selepas Gencatan Senjata Diumum

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 98 hits
Malaysiakini nbsp Tentera Israel melancarkan serangan ke Gaza yang mengorbankan sekurang kurangnya 40 orang beberapa jam selepas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian...
Selepas Habis Dikikis Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis Dikikis Wanita Dipukul Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 79 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myJIHAN menunjukkan kesan luka akibat dipukul bekas teman lelakinya FOTO Zuliaty ZulkiffliSungai Petani Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki pisau cukur seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas...
Saif Ali Khan Dalam Keadaan Baik Selepas Pembedahan

Saif Ali Khan Dalam Keadaan Baik Selepas Pembedahan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 106 hits
BernamaNEW DELHI Bintang Bollywood Saif Ali Khan yang cedera akibat diserang dengan pisau semasa cubaan rompakan di rumahnya di Bandra Mumbai telah dipindahkan dari unit rawatan rapi selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif Belia...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid

Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam