Tak Bersedia Urus Anak Bila Pasangan Tiba Tiba Meninggal Superdaddy Pesan Persiapkan Diri Dengan Skill Hidup


Kita tak pernah tahu bila pasangan, baik suami atau isteri kita pergi meninggalkan kita selamanya. Itu kerja Allah dan itulah lumrah hidup.
Soal bersedia atau tidak, kita persiapkan diri kita dahulu dengan segala kemahiran yang ada untuk menguruskan amanah lain yang ditinggalkan.

Ini pesanan dari pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy yang menguruskan tiga anak lelakinya sendirian sejak lima tahun lalu.
Benar kata beliau, kita persiapkan diri kita dan biasakan dengan segala amanah dan tanggungjawab hakiki menguruskan anak-anak.
Siang tadi ada sorang kakak ni tegur aku. Dia tanya aku, macamana aku boleh jaga anak-anak sorang diri selama 5 tahun ni.
Dia kata adik dia lelaki kematian isteri sama macam aku tapi tak dapat buat apa pun, tak dapat nak manage diri sendiri apatah lagi anak-anak. Jawapan aku ringkas. Skill.

Yer, sebab aku ada skill, maka aku boleh manage diri dan anak-anak aku tanpa pasangan. Kalau takde skill aku pun akan jadi macam adik dia juga. Mana nak dapat skill tu?
Dengan berbuat sesuatu secara berulang-ulang kali sehingga mahir. Aku jaga anak-anak sejak depa lahir. Aku belajar tukar pampers, basuh berak, mandikan, buat susu, masak dan semua berkaitan pengurusan anak. Benda tu aku buat setiap hari sehingga aku mahir.
Aku masak. Dari jerang air, masak megi, masak nasi, hiris bawang, siang ikan, potong ayam, potong sayur dan masak itu ini semuanya aku belajar sedikit demi sedikit dan aku buat setiap hari sehinggalah aku mahir.

Aku uruskan rumah. Aku vakum, aku mop, aku cuci toilet, aku repair lampu rosak, aku repair sink tersumbat dan sebagainya, semuanya aku buat sendiri dan berulang-ulang kali sehingga aku jadi mahir.
Aku menulis. Setiap hari aku menulis sejak tahun 2009, hari pertama aku mula tulis secara serius. Aku baca aku tulis aku praktis setiap hari sehinggalah aku jadi mahir.
So semua benda yang aku buat berulang-ulang kali dalam tempoh yang lama buatkan aku jadi mahir. So, bila wife aku meninggal.
Aku mahir uruskan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis bucu katil tak tahu nak buat apa dengan anak bila isteri aku tak ada. Aku tak kekok langsung, malah lebih cepat aku uruskan semua. Cuma aku kepenatan sebab buat seorang diri.
Aku mahir masak apa sahaja untuk aku dan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis di bucu katil sebab anak-anak dan diri sendiri kelaparan. Aku boleh sahaja masuk dapur dan masak guna apa sahaja bahan yang ada dan aku akan improvise kalau bahan tak cukup. Aku dan anak-anak sentiasa ada makanan atas meja. Cuma kepenatan memasak mengemas seorang diri.

Aku mahir uruskan rumah. Aku tahu sabun apa nak guna untuk mop lantai, aku tahu berus macamana yang sesuai untuk bersihkan sawang, aku boleh mengemas kalah orang pompuan. Cuma kepenatan sebab buat semuanya seorang diri.
Aku mahir menulis. Maka sehari selepas wife meninggal aku berhenti kerja dan jadikan skill menulis sebagai karier untuk aku cari makan, maka aku berjaya. Seriously aku tak sangka aku dan anak-anak dapat hidup senang dengan hanya ketukan keyboard setiap hari. Dah macam keyboard warrior pulak.
So, nak habaq yang bila kita kuasai skill dan gunakan skill tu dalam kehidupan, inshaAllah hidup kita jadi lebih mudah dan lebih baik. Tapi kalau kita takde skill, semuanya jadi payah.
Aku selalu ingat mak aku cakap. Mak tak pernah risau pasal hidup aku, sebab dia tahu dari kecil aku selalu buat sesuatu benda sampai aku mahir. Aku mahir uruskan diri, aku mahir dalam survival, aku ada skill tu. Mak aku kata, aku ni kalau campak kat mana pun aku boleh hidup dan dia takkan risau.

So bila wife aku meninggal, dia duduk dengan aku sekejap, perhati jer macamana aku uruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri. Dia kata aku boleh buat semuanya adakalanya jauh lebih baik dari orang lain. Skills really make a difference.
Jadi, nak pesan pada semua, acquire skill.
Skill dalam hidup ni macam-macam, semuanya untuk survival kita. Kalau yang lelaki, mulalah belajar memasak, mengemas, uruskan anak, uruskan benda-benda remeh. Skill ni bila kita dah ada, whatever happen in future, kita dah bersedia, macam aku.
Untuk wanita pun sama. Suami takkan bersama kita selamanya. Orang kata, kalau suami tak diambil orang dia diambil tuhan.
So lengkapkan diri dengan skill yang remeh temeh yang selalu suami buatkan tu terutamanya driving, jadi bila tiba hari yang kita bersendirian untuk buat semuanya, kita akan dapat lakukannya dengan cemerlang. Takdelah nak menangis di bucu katil dan menyesal kenapalah aku tak belajar buat itu dan ini dulu.
Life is short and unpredictable, so be prepared. Skills will help you go a long way.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Tak Bersedia Urus Anak Bila Pasangan Tiba-Tiba Meninggal, Superdaddy Pesan Persiapkan Diri Dengan ‘Skill’ Hidup! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-bersedia-urus-anak-bila-pasangan-tiba-tiba-meninggal-superdaddy-pesan-persiapkan-diri-dengan-skill-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 213 hits
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu Apa puncanya Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan Pengalaman Dr Redza Zainol yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba ...
Pesan Surya Paloh Ke Syahrul Yasin Limpo Sampaikan Surat Pengunduran Diri Ke Presiden Jangan Lari Dari Masalah

Pesan Surya Paloh Ke Syahrul Yasin Limpo Sampaikan Surat Pengunduran Diri Ke Presiden Jangan Lari Dari Masalah

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 221 hits
Pesan itu disampaikan Surya Paloh usai dilaporkan terkait penyidikan kasus dugaan korupsi di Kementan diusut KPK diduga menyeret Syahrul Yasin Limpo
Pesan Kematian Anak Pamen Tni Au Tewas Terbakar Isinya Bikin Merinding

Pesan Kematian Anak Pamen Tni Au Tewas Terbakar Isinya Bikin Merinding

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 212 hits
Leonardus menyampaikan pihaknya telah melakukan serangkaian proses penyelidikan bekerjasama dengan Satpom Lanud Halim Perdanakusuma
Ini Pesan Mentan Syahrul Yasin Limpo Kepada Pegawai Kementan Usai Mengundurkan Diri

Ini Pesan Mentan Syahrul Yasin Limpo Kepada Pegawai Kementan Usai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 227 hits
Hal itu disampaikan Syahrul Yasin Limpo setelah pertama kali muncul dan berkunjung ke Kementerian Pertanian pada Kamis pagi
Muammar Ada Skill Pujuk Mood Baik Lepas Bangun Tidur Ramai Suka Tengok Anak Tasha Manshahar Pujuk Adik

Muammar Ada Skill Pujuk Mood Baik Lepas Bangun Tidur Ramai Suka Tengok Anak Tasha Manshahar Pujuk Adik

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 331 hits
Anak kecil kita kebiasaannya akan moody bila bangun tidur namun lain pula halnya dengan anak kedua penyanyi Tasha Manshahar yang begitu baik moodnya Semuanya selepas dipujuk oleh abang sulungnya Muammar Rafiqi dengan begitu lembut sekaligus...
Anak Hamid Gurkha Dakwa Penerbit Buat Senyap Tak Bayar Baki Gaji Lepas Ayahnya Meninggal Dunia

Anak Hamid Gurkha Dakwa Penerbit Buat Senyap Tak Bayar Baki Gaji Lepas Ayahnya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 387 hits
Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa masih menanti wang berjumlah RM10 000 daripada Astro yang tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang Menerusi laporan Harian Metro anak ketujuh pelawak itu iaitu Nor Azian berkata bapanya diberi...
Kita Tumpang Rezeki Anak Dr Say Pesan Mak Ayah Jangan Kedekut Nak Belikan Mainan Anak

Kita Tumpang Rezeki Anak Dr Say Pesan Mak Ayah Jangan Kedekut Nak Belikan Mainan Anak

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 168 hits
Ada orang yang memilih untuk tidak membelikan mainan buat anak kerana membazir namun bagi doktor selebriti Dr Say Shazril sebolehnya mahu menyediakan apa jua untuk anaknya Baginya kehadiran dua cahaya matanya Ace dan Sefriel adalah punca re...
Anak Tak Sahut Panggilan Aaron Aziz Sunyi Ditinggal Seorang Diri Ada Harta Pun Tak Guna Tanpa Keluarga

Anak Tak Sahut Panggilan Aaron Aziz Sunyi Ditinggal Seorang Diri Ada Harta Pun Tak Guna Tanpa Keluarga

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 234 hits
Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kepada peminat bahawa hidupnya sunyi tanpa kehadiran isteri dan anak anaknya Menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya pelakon berusia 47 tahun berkata walaupun memiliki kemewahan harta benda namun ta...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time