Tak Akan Pernah Jemu Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk
Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk!
Buat peminat kek dan puding tentu teruja untuk mencuba menu nan satu ini. Kek Karamel Pelangi, menjanjikan hidangan pemanis mulut yang bukan sahaja enak rasanya malah menawan bentuknya. Bertambah nikmat jika dimakan sejuk-sejuk pada cuaca panas.
Menyediakannya juga tidak sukar, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nor Al Fatihah T-Hah. Jadi buat anda yang ingin mencuba, boleh jadikan perkongsian daripadanya sebagai panduan.
Selamat mencuba.
KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan Puding
3 biji kuning telur A
2 biji telur A(kuning + putih)
1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan-Bahan Meringue
6 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar
Bahan-Bahan Kek
3 biji kuning telur A
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar serbuk penaik*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
Cara-Cara Membuatnya :
Karamel ~ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.
Puding ~ Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang @ rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.
Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk
Kek ~ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk.penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati
Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna.
Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku
Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jgn risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding
Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.
Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hgga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk.
The post Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-akan-pernah-jemu-kek-karamel-pelangi-nikmatnya-bila-dimakan-sejuk/