Tak Adil Kepada Lepasan Spm Stpm Jika Iktiraf Uec


Kerajaan tidak wajar mengiktiraf dan memberi layanan sama rata kepada lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Pakar bahasa Melayu merangkap Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengiktiraf dan mengguna pakai UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak adil kepada pelajar lepasan SPM dan STPM.
Biarpun kerajaan sedang melakukan kajian terperinci mengenainya, Kok Seong menegaskan beliau secara konsisten membantah cadangan mahu mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT kerana sekolah persendirian Cina tidak pernah berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
“Malah, sekolah persendirian Cina yang mengeluarkan sijil UEC pernah menolak tawaran kerajaan untuk menyertai sistem pendidikan negara pada 1962 kerana mereka mahu menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian pada masa itu kerana Malaysia adalah sebuah negara demokratik.
“Jadi bagi saya tiada masalah mereka enggan masuk ke dalam sistem pendidikan negara kerana itu adalah hak masing-masing dan mahu beroperasi sebagai sekolah swasta. Tetapi kenapa sekarang mereka menuntut kerajaan mengiktiraf sijil UEC dan masuk semula dalam sistem pendidikan negara dengan meletakkan syarat tertentu seperti hanya menyertai di peringkat ‘bagus dan baik’ sahaja iaitu di peringkat universiti atau IPT sahaja.
“Bagi saya ini adalah tidak adil kepada lepasan SPM dan STPM yang berada dalam sistem pendidikan negara sejak Tahun Satu lagi berbanding UEC yang hanya mahu menyertai terus di peringkat tertinggi atau IPT sahaja,” katanya mengulas cadangan kerajaan untuk mengiktiraf peperiksaan UEC untuk kemasukan ke universiti tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Kok Seong menegaskan beliau tidak menafikan hak sekolah persendirian Cina untuk memohon kemasukan ke dalam sistem pendidikan negara dengan syarat mereka perlu mengguna pakai sukatan pelajaran sama seperti di sekolah kebangsaan dan menengah biasa.
Katanya, jika sekolah persendirian Cina mahu kerajaan mengiktiraf sijil UEC maka mereka wajar mengikuti sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah kerajaan bukannya mengikut acuan sendiri seperti sekarang.
“Mereka juga perlu mengambil peperiksaan SPM dan STPM sepenuhnya bukan hanya separuh atau mata pelajaran tertentu umpamanya lulus bahasa Melayu dan Sejarah saja.
“Jika kerajaan meletakkan syarat lepasan UEC wajib lulus bahasa Melayu untuk kemasukan ke IPT maka ia adalah tidak adil kepada lepasan SPM dan STPM lain,” katanya.
BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/01/tak-adil-kepada-lepasan-spm-stpm-jika-iktiraf-uec/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengiktirafan Uec Tidak Adil Buat Lepasan Spm Stpm

Pengiktirafan Uec Tidak Adil Buat Lepasan Spm Stpm

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 410 hits
1 Menurut Prof Datuk Dr Teo Kok Seong Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengiktiraf dan mengguna pakai UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi adalah tidak adil k...
Tawar Pismp Kepada Lepasan Uec Kpm Perlu Buat Penjelasan Gapena

Tawar Pismp Kepada Lepasan Uec Kpm Perlu Buat Penjelasan Gapena

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan perkara yang sebenar kepada masyarakat bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu telah lama diiktiraf dan lepasan sijil itu layak untuk mengikuti beberapa program pendidikan negara Penje...
Iktiraf Uec Tommy Thomas Tak Hormat Perlembagaan

Iktiraf Uec Tommy Thomas Tak Hormat Perlembagaan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 363 hits
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman akan terima kelayakan UEC tahap Senior Middle 3 peroleh sekurang kurangnya 5 kepujian dalam SPMOleh Siti Fatimah Ishak 30 03 2019BANGI 23 Rejab 1440H Sabtu Keputusan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan Siji...
Pertimbang Semula Syarat Minimum Lepasan Spm Ke Ipt

Pertimbang Semula Syarat Minimum Lepasan Spm Ke Ipt

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 433 hits
Imej hiasan via Astro AwaniSAUDARA PENGARANG TERLEBIH dahulu saya sebagai bapa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang telah berjaya mendapat keputusan c...
Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu oleh kerajaan hanya terpakai untuk pengambilan kursus ke kampus Institut Pendidikan Guru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika menegaskan perkara itu berkata langkah mengiktiraf UE...
Peguam Negara Iktiraf Uec Timb Menteri Pendidikan

Peguam Negara Iktiraf Uec Timb Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR 30 Mac Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan...
Peguam Negara Tak Sensitif Isu Iktiraf Uec Kata Prof Kok Seong

Peguam Negara Tak Sensitif Isu Iktiraf Uec Kata Prof Kok Seong

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 424 hits
31 03 2019Tindakan Tommy Thomas boleh cetus polemik berpanjanganBANGI 24 Rejab 1440H Ahad Peguam Negara Tommy Thomas sepatutnya sensitif terhadap isu Sijil Peperiksaan Bersepadu sebelum mengiktiraf lulusannya sebagai layak menduduki Peperik...
Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 372 hits
Hanya kerajaan boleh iktiraf UEC kata PM Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr 2019 9 06AM
Tommy Thomas Perlu Adil Bukan Hanya Uec Graduan Usim Juga Perlu Diiktiraf

Tommy Thomas Perlu Adil Bukan Hanya Uec Graduan Usim Juga Perlu Diiktiraf

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 366 hits
Pemuda UMNO mendesak agar Peguam Negara Tommy Thomas berlaku adil dan mempertimbangkan dengan serius untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang Undang Universiti Sains Islam Malaysia diberikan pengiktirafan penuh dan memastikan syarat tambaha...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi