Taiping Bukit Gantang Diwarta Wabak Rabies






MUKIM Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Perak, hari ini, diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila berikutan empat sampel diambil mendapati ia positif wabak berkenaan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, ujian dilakukan selepas pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerima maklumat daripada pengadu dari Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping, 31 Disember lalu
Beliau berkata, pengadu berkenaan melaporkan dua ahli keluarganya digigit oleh seekor anjing miliknya pada 25 Disember dan anjing itu dilupuskan oleh pengadu pada 3 Januari
“Pada 4 Januari, sampel otak daripada anjing itu diuji dan disahkan positif penyakit rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh
“Survelan dan persampelan dijalankan serta-merta di dalam lingkungan dua kilometer (km) radius dari foci (tempat bermula) jangkitan bagi mengetahui status perebakan penyakit rabies di kawasan berkenaan
“Sebanyak tiga lagi sampel (daripada anjing berkeliaran) dikesan positif daripada 30 sampel yang diambil pada 11 Januari iaitu di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan pekan Sri Boyan
“Pewartaan kawasan jangkitan rabies dilakukan pada 14 Januari (hari ini). Pewartaan ini membabitkan Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Sebagai rekod, ini kali kedua kawasan di LMS diwartakan dengan wabak itu. Pada 17 Julai 2017, Mukim Matang diwartakan sebagai kawasan jangkitan wabak sama susulan satu kes dilaporkan di Kuala Sepetang pada 4 Julai
Dr Quaza Nizamuddin berkata, selain pewartaan, kawalan rabies turut membabitkan aktiviti survelan dan persampelan anjing dan kucing terbiar dalam kawasan dua hingga 10km radius secara berperingkat dari Foci 1 (Taman Sri Kota, Taiping) yang sudah dimulakan
Beliau berkata, aktiviti sama juga akan dilaksanakan di tiga lagi daerah iaitu Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala kempen kesedaran awam akan dijalankan bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Taiping di sekolah, masjid, rumah ibadat dan kawasan tumpuan orang ramai sehingga 10km radius dari foci jangkitan secara berperingkat
Katanya, pemvaksinan anjing bertuan dalam kawasan dijangkiti rabies iaitu satu hingga 10km radius secara berperingkat pula dijadualkan bermula esok
“Anjing yang divaksin akan diberi kolar sebagai tanda pengenalan dan kad rekod vaksinasi rabies akan diberikan kepada pemilik anjing yang telah diberi vaksin rabies
“Pemusnahan anjing terbiar dalam satu hingga 10km radius dari foci dijangkiti rabies dijalankan dengan kerjasama PBT (pihak berkuasa tempatan) bermula hari ini,” katanya
Beliau berkata, survelan pasif bagi kes gigitan haiwan pada manusia akan diteruskan bagi mengesan haiwan dan membuat penilaian ke atas kes berkenaan, manakala rondaan jalan raya akan dilakukan oleh penguat kuasa JPH bagi mengesan cubaan memindahkan haiwan disyaki dijangkiti rabies keluar dari kawasan jangkitan
Katanya, pihaknya memerlukan kerjasama pemilik anjing di kawasan berkenaan untuk memastikan peliharaan mereka diberi suntikan vaksin rabies, selain anjing dan kucing peliharaan juga perlu dikurung untuk mengelakkan berlaku gigitan daripada anjing berkeliaran
“Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati anjing berkeliaran. Jika berlaku gigitan, bersihkan luka dengan sabun dan terus ke klinik kerajaan berdekatan untuk mendapatkan rawatan
“Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada PBT atau pejabat veterinar jika mendapati anjing berkeliaran di kawasan tertentu,” katanya
Sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar LMS di talian 05-8072703

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gampang-vs-gempak.blogspot.com/2019/01/taiping-bukit-gantang-diwarta-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taiping Residents Worry After Town Included In Rabies Infected List

Taiping Residents Worry After Town Included In Rabies Infected List

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 259 hits
TAIPING Residents of Taman Seri Kota Phase 2 are worried for their safety after a recent announcement that the town has been included in a list of rabies infected areas On Jan 14 Veterinary Services Department director general Datuk Dr Quaz...
Kementerian Terus Pantau Wabak Rabies Di Sarawak

Kementerian Terus Pantau Wabak Rabies Di Sarawak

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 276 hits
Kementerian terus pantau wabak rabies di Sarawak Dikemas kini 51 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Jan 2019 6 11PM
Bukit Kukus Landslide Likely Caused By Worksite Safety Flaws Says Cm

Bukit Kukus Landslide Likely Caused By Worksite Safety Flaws Says Cm

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 266 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow with representatives of five independent Chinese schools at Komtar today GEORGE TOWN The Penang government today attributed the Bukit Kukus landslide to worksite safety flaws after receiving two comprehen...
Jalan Jalan Ke Bukit Fraser

Jalan Jalan Ke Bukit Fraser

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 717 hits
Weekend haritu saja jer ajak hubby aku naik Bukit Fraser Maklumlah belum pernah sampai kann Lagipun jarak dari rumah aku ke sana takde lah jauh sangad Ikut Batang Kali Sepanjang jalan nak sampai ke puncak tu ada air terjun Ramai jugak orang...
Selamatkah Mendaki Bukit Bagi Wanita Hamil

Selamatkah Mendaki Bukit Bagi Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 406 hits
Assalamu alaikum Dr Saya ingin sedikit Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi t...
Gunung Bagus Destinasi Ala Bukit Teletubbies Yang Viral Di Gunungkidul Disebut Sebagai Sumbanya Jogja

Gunung Bagus Destinasi Ala Bukit Teletubbies Yang Viral Di Gunungkidul Disebut Sebagai Sumbanya Jogja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 356 hits
Nggak cuma kebun bunga kebun jagung pun viral kalau di Jogja Emang pada kreatif nyari destinasi hits
Mazlan Mansor Ketua Pengarah Baharu Jsjk Bukit Aman

Mazlan Mansor Ketua Pengarah Baharu Jsjk Bukit Aman

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 293 hits
Mazlan Mansor ketua pengarah baharu JSJK Bukit Aman Dikemas kini 2 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Jan 2019 11 59PM
Cm 70 Fold Deficit By Penang Council Due To Bukit Kukus Road Project

Cm 70 Fold Deficit By Penang Council Due To Bukit Kukus Road Project

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 408 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow with Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin GEORGE TOWN Chief Minister Chow Kon Yeow today said the Penang Island City Council witnessed a huge financial deficit in 2017 owing to the cos...
Wajah Penumpang Bertukar Hijau Pesawat Terpaksa Mendarat Gara Gara Wabak Misteri

Wajah Penumpang Bertukar Hijau Pesawat Terpaksa Mendarat Gara Gara Wabak Misteri

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 585 hits
SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Russia selepas lima penumpang mengadu lemas secara tiba tiba Pesawat Ural Airlines dalam perjalanan dari Moscow ke Dubai itu membawa 150 penumpang Setelah mendarat lima ambulan dikejarkan ...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Dap Youth Defends Pending Rep Amid Push For Resignation

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025