Tahun Pertama Raya Tanpa Dia
 Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Tahun Pertama Raya Tanpa Dia Masa kecil kita semua mungkin tak merasai, tak pernah faham apa itu erti kehilangan . Masa kecil-kecil kalau kita hilang orang yang kita sayang tambah-tambah lagi salah seorang dalam ahli keluarga kita takkan faham apa . Kita takkan pernah rasa sakitnya kehilangan . Tak perlu nak melawan perasaan . Bila dah dewasa ni perlu pujuk hati , perlu pujuk diri sendiri kena redha dengan apa yang berlaku.  Difasa dewasa ni lah , CCL mula belajar erti kesakitan, erti kehilangan . Sakit dengan pemergian orang tersayang , hilang orang tersayang di muka bumi . Hanya memori melalui cebisan gambar dan juga beberapa video hanya untuk tatapan melepaskan kerinduan . Berat hati rasanya .. 

Tahun ni tahun pertama raya tanpa arwah wan  . Raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang memang dah takkan lengkap seperti sebelum-sebelumnya . Gambar kat atas, antara moments raya 2024 yang terakhir beraya dengan arwah wan . Tahun ni tiada lagi susuk tubuh arwah wan duduk di kerusi kayu menunggu anak cucu menantu untuk salam bermaafan . Bermula pada tahun ni juga la beraya tanpa susuk tubuh seorang tok & tokwan sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Semuanya dah pergi menjemput illahi . 

Pusara arwah tok . Dah dua tahun raya tanpa arwah tok 

Ni pula pusara arwah tokwan CCL , tahun ni 2025 tahun pertama raya tanpa arwah tokwan . 
Pusara arwah tok dan tokwan sebelah ayah CCL . Pusara satu lorong yang sama , selang satu pusara sahaja . Senang nak dicari . 
Betul lah orang cakap salah satu perang  yang paling kuat adalah melawan  kerinduan pada seseorang .  Rindu pada yang telah pergi dan takkan kembali lagi.  
Selamat hari raya arwah tok & tokwan Al-Fatihah 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2025/04/tahun-pertama-raya-tanpa-dia.html