Tahun Kedua Sebagai Pembangkang Umno Terus Muhasabah


Ku Syafiq Ku Fozi
11 Mei 2019 10:03 PM

Kuala Lumpur 11 Mei 2019- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta ahli-ahli UMNO mengaminkan doa selepas menunaikan solat hajat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di PWTC, disini hari ini.GAMBAR: ABD RAZAK AIDPEMBERITA: KU SYAFIQ FARHANA (UTUSAN)
KUALA LUMPUR 11 Mei - Setahun lalu, UMNO menyambut ulang tahunnya dalam keadaan terkejut.

Ramai yang ‘terduduk’ menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila buat pertama kali dalam tempoh 72 tahun penubuhannya, parti itu tewas.

Ramai ahli UMNO buntu dengan masa depan partinya dan proses ‘menelan’ kenyataan itu bukan mudah, sehingga berlaku kekecohan dalam sambutan yang dikenali sebagai Hari UMNO itu.

Tahun ini, UMNO semakin terbiasa dengan peranannya sebagai pembangkang. Sambutan yang biasanya disambut meriah kali ini lebih sederhana.

Sesuai dengan sambutannya dalam bulan Ramadan, pengisian Hari UMNO ke-73 tahun ini lebih tertumpu kepada usaha mengeratkan hubungan sesama ahli melalui ibadah dan tidak keterlaluan jika dikatakan, malam ini seluruh ahli UMNO sedang bermuhasabah diri.

Bermula dengan program tadarus al-Quran kelolaan Pergerakan Wanita dan sesi sumbang saran idea tentang penubuhan Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil (Pembela) anjuran Pergerakan Pemuda pada sebelah petang, sambutan itu ditutup dengan solat sunat tarawih berjemaah.

Paling menarik adalah ucapan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tidak ada kata kejian terhadap lawan mahupun ceramah panjang tentang politik.

Yang ada hanyalah pesanan kepada ahli supaya terus memegang erat teras perjuangan UMNO iaitu agama, bangsa dan tanah air.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang mesra dipanggil Tok Mat itu juga berpesan supaya ahli UMNO menjaga tingkah laku kerana imej buruk yang dibawa UMNO akan turut memberi tempias kepada bangsa Melayu, memandangkan parti itu parti utama orang Melayu.

Mesej yang disampaikan Tok Mat jelas. Walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang beberapa siri pilihan raya kecil baru-baru ini, proses muhasabah perlu diteruskan.

Ahli UMNO perlu diingatkan tentang imej buruk parti itu yang membawa kepada kekalahannya dalam PRU-14.

Seharusnya UMNO tampil dengan imej baharu yang lebih bersih menjelang PRU-15 supaya keyakinan rakyat dapat dikembalikan.

Begitulah intipati sambutan Hari UMNO ke-73 yang tenang dilatari lagu ketuhanan dendangan Opick dan Maher Zain. Muhasabah, berubah dan kembali dengan kekuatan yang memustahilkan mereka untuk kalah. 
- UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/tahun-kedua-sebagai-pembangkang-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulang Tahun Umno Ke 73 Penyuntik Semangat Dari Terus Rebah

Ulang Tahun Umno Ke 73 Penyuntik Semangat Dari Terus Rebah

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 478 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Skandal Kartel Dedak Buktikan Wang Umno Terus Menerus Memecah Belahkan Pas

Skandal Kartel Dedak Buktikan Wang Umno Terus Menerus Memecah Belahkan Pas

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 614 hits
Pendedahan menantu Presiden PAS Ustaz Zahirudin Muhammad mendedahkan kesah sebenar di belakang apa yg telah berlaku kepada PAS semenjak sebelum dan selepas Pemilihan 2015 Pemilihan 2015 menampakkan pihak yg menolak janji2 kosong UMNO berken...
Ulang Tahun Umno Ke 73 Bakal Suntik Semangat Baru Menuju Pru 15 Sharkar Shamsudin

Ulang Tahun Umno Ke 73 Bakal Suntik Semangat Baru Menuju Pru 15 Sharkar Shamsudin

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 469 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata sambutan ke dua hari ulang tahun UMNO sebagai pembangkang tidak lagi seperti sebelum ini yang penuh dengan rasa terkejut dan dukacita kerana kali ini semangat dan keyakin...
Umno 73 Tahun Ayuh Bangkit Demi Ummah Dan Rakyat Malaysia Ahmad Zahid

Umno 73 Tahun Ayuh Bangkit Demi Ummah Dan Rakyat Malaysia Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 546 hits
KUALA LUMPUR 10 Mei Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO mengambil peluang sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 73 untuk terus muhasabah diri apatah lagi sambutan kali ini jatuh pada bulan Ramadan yang...
Akar Umbi Tetap Istiqamah Mahu Umno Terus Menjadi Parti Berwibawa Azri

Akar Umbi Tetap Istiqamah Mahu Umno Terus Menjadi Parti Berwibawa Azri

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei Kesungguhan akar umbi dalam melaksanakan tanggungjawab mengendalikan persidangan tahunan di peringkat Cawangan jelas memperlihatkan kematangan dan keutuhan pendukung pendukung parti ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia Wan Muha...
Umno Jangka Pru 15 Tahun Depan

Umno Jangka Pru 15 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 430 hits
SANDAKAN UMNO kini menumpukan usaha menyusun strategi dalaman untuk mentadbir semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kerana menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan cuma bertahan dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan Timbalan Presiden UM...
Ulang Tahun Umno Mempunyai Makna Yang Amat Signifikan Kepada Ahli Parti

Ulang Tahun Umno Mempunyai Makna Yang Amat Signifikan Kepada Ahli Parti

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 335 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Bocah 14 Tahun Ditemukan Tewas Bersama Kedua Orang Tuanya Yang Tak Sadarkan Diri Di Dalam Mobil

Bocah 14 Tahun Ditemukan Tewas Bersama Kedua Orang Tuanya Yang Tak Sadarkan Diri Di Dalam Mobil

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 399 hits
Alfarab ditemukan tewas di dalam mobil yang terparkir di halaman masjid di Kecamatan Salo Kabupaten Kampar Riau Sabtu Dikutip dari Kompas Alfarab ditemukan bersama kedua orangtuanya Farid dan Noviantri yang tak sadarkan diri di dalam mobil ...
Maka Dari Itu Anggaplah Ramadhan Tahun Ini Sebagai Ramadhan Terakhir Kita 9369

Maka Dari Itu Anggaplah Ramadhan Tahun Ini Sebagai Ramadhan Terakhir Kita 9369

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 655 hits
Mishary Rashid Al Afasy Surah Al Baqarah Puasa Penghapus Dosaby Ramadhan bulan istimewa Semua amal ibadah dilipatgandakan pahalanya Waktu waktu di bulan ini sangat mustajab untuk berdoa Dan yang terpenting puasa dan sholat malamnya bisa men...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Jamuan Akhir Tahun 2025 Kat Tempat Kerja

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Drama Kelas Belakang

Isma Sane Dirimu Diriku Chord