Tahun Ini Peristiwa Memali Tidak Dikenang
Tahun ini Peristiwa Memali tidak lagi dikenang oleh Kabilah PAS… Apa yang berlaku adalah sejarah.. Ya, Sejarah yang juga berkait dengan Tun Mahathir.. Suatu ketika dulu aku juga antara yang membenci tindakan keras pentadbiran Tun di Memali…
Tetapi hari ini Ijtihad Politik aku berubah.. Baru kita faham tindakan Diktator seorang pemimpin, Dalam Keadaan tertentu ianya diperlukan.. Itulah yang dilakukan Hosni Mubarak,Saddam Hussien, Ghadaffi terhadap musuh Politik hatta kepada sebahagian kelompok Ikhwan yang datang dari kelompok Takfir.. Setelah Jatuhnya pemimpin Diktator ini.. Maka Negara mereka turut hancur dan huru hara… Sudah pasti tindakan mereka masa itu atas Maslahat yg lebih besar dan Utama….
Itu sebab Institusi Al Azhar sehingga hari ini tidak pernah bersetuju dengan Ikhwan.. Lihat saja di Syria, Bagaimana Bumi Syria hancur..Ramai Ulama yang terbunuh bukan disebabkan akibat pencerobohan tentera Kuffar.. Ia datang dari Fatwa Fatwa Ulama yang menghalalkan Darah sesama Ummat Islam… berlakunya perang saudara sesama Islam..
Begitu juga di Malaysia.. Hari ini hatta pemimpin dalam Amanah yang pernah bersama menjunjung kepimpinan Ulama ini faham.. Bahaya kelompok Takfiri dan Khawarij seperti PAS.. ia boleh menghancurkan negara hanya dengan bermain dengan sentimen Kaum dan Agama.. Inilah Ashabiyah..
Sebenarnya Ashabiyah itu bukan hanya melibatkan seruan atas nama Bangsa yg dimainkan kelompok UMNO..hatta sentimen Agama, Kafir mengkafir seperti yang berlaku di dalam PAS… Memali adalah contoh terbaik..Begitu taksubnya mereka kepada Amanat Haji Hadi.. Kepimpinan Ulama yang bersimbolkan pemimpin Syiah seperti Ayatullah Khomeini.. dan akhirnya mereka bertindak mengangkat Senjata dan bertindak secara kekerasan membodohkan pengikut mereka..
Biarpun beberapa tindakan kepada Memali tak aku persetujui.. Tetapi tindakan Keras kepada kelompok takfiri dan Extremis seperti Ibrahim Libya itu bagi aku amat perlu.. Yang mengheret orang kampung, wanita dan kanak kanak mengangkat Senjata adalah Ibrahim Libya yang pengecut.. Ketika ramai pemimpin Pembangkang hatta Mat Sabu, Lim Kit Siang rela ditahan ISA.. dan Ibrahim Libya melakukan sebaliknya…
Benarlah Kata Ibnu Khaldun di dalam Kitabnya menyentuh soal Diktatornya Muaawiyyah.. Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah menegaskan..
ثم اقتضت طبيعة الملك بالانفراد بالمجد واستئثار الواحد به، ولم يكن معاوية أن يدفع ذلك عن نفسه وقومه فهو أمر طبيعي ساقته العصبية واستشعرته بنو أمية…
“Antara logik akal mengapa kerajaan menuntut sang raja untuk bersikap Diktator… oleh sebab itu Muawiyah sebenarnya bertindak diktator bukan atas kehendaknya sendiri atau kehendak kelompok kabilahnya… Hal demikian kerana ketika kerajaan menuntut dan keperluan bersikap demikian. Tentu sikap Diktator ini digerakkan oleh kerangka ashabiyyah sendiri dan sangat difahami betul oleh Bani Umayyah. Kerana itu, mereka dengan sendirinya harus tunduk kepada hukum ini…..”
Ya sehingga hari ini ramai dari kelompok Syiah terus membeci Muaawiyah.. Sedangkan Muawwiyyah itu sendiri kalangan Sahabat Utama Nabi SAW.. Bila kebencian kepada Muawwiyah itu dizahirkan..Hatta Sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar pun menjadi mangsa kebencian..dari mana datangnya Kebencian ini ? Sebab Politik..
Jadi antara kesilapan Tun Mahathir ketika menjadi PM ke 7 dalam pemerintahan PH, adalah kerana tidak bersifat Diktator melawan kelompok Ashabiyah yang memainkan sentimen Perkauman dan Agama sebagaimana PM ke 4… Dan itulah Antara sebab kejatuhan dan kegagalan PM dan Kerajaan PM ke 7…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30672