Tahukah Wahai Diri Ke Mana Engkau Sedang Memandu
Tajuk : Jalan SehalaPenulis : Hasrizal Abdul JamilPenerbit : Jejak Tarbiah PublicationTahun terbit : 2019Jumlah muka surat : 370Harga : RM30
Jalan Sehala merupakan buku pertama Hasrizal Abdul Jamil yang saya baca dan miliki. Sebelum ini saya pernah mengikuti penulisannya di laman web saifulislam.com dan kemudiannya di Facebook Page My Learning Journey
Sewaktu kunjungan saya ke Galeri Jejak Tarbiah di Bangi, mata saya tertarik kepada buku ini. Saya membelek-belek isi buku dan membaca bahagian isi kandungan. Staf bertugas memberitahu 'buku ni agak 'berat''. Bagus sungguh staf ni tahu hampir setiap buku yang saya pegang dan menerangkan isi buku berkenaan apa
Hmm...tak kan asyik nak baca bahan bacaan ringan je kan, sesekali minda kita perlu di isi dengan bacaan berat. Maka buku pemikiran kritis ini menjadi buku bacaan ke-3 saya untuk tahun 2020
Sebahagian isi kandungan buku Jalan SehalaJalan Sehala merupakan nukilan kritis penulis terhadap pemanduan hidup manusia. Ibarat memandu sebuah kenderaan, cermin kanan memperlihatkan hal-hal positif dalam hidup yang patut kita syukuri. Cermin kiri mengingatkan kepahitan hidup dan ujian yang datang, ia boleh jadi sebagai kaffarah atas dosa, mahupun untuk meningkatkan darjat diri di sisi Tuhan. Cermin belakang menampakkan pengalaman silam yang mengandungi iktibar dan amaran. Manakala yang paling utama adalah cermin hadapan, perlu jelas dan tidak kabur untuk kita menempuh perjalanan dengan selamat
Membaca buku begini memang terasa berat untuk dihadam, saya mengambil masa agak lama untuk menghabiskan bacaan. Kerap kali saya membaca berulang-ulang satu perenggan dek nak memahami atau kerana tertarik dengan ayatnya.
Oleh sebab membaca buku ini jugalah saya tahu mengenai Helen Keller dan menonton filem The Miracle Worker yang sungguh menginsafkan. Saya juga membuat carian Internet mengenai perkara-perkara lain yang sungguh terasa asing pada pengetahuan saya. Dan banyak juga yang saya tak mampu memahami dengan baik dek keterbatasan ilmu dan pemikiran saya.
Petikan BukuSaya sertakan di sini beberapa ayat yang menarik dan perlu disemat di dalam pemikiran kita
Carilah ilmu, agar menyukai dan membenci, bukan sekadar ikut-ikutan. (m/s 84)Tanda dunia ini dibelenggu kebodohan, apabila hidup kita dibingitkan oleh pendapat dan komen semua orang dalam semua perkara. (m/s 97)Apabila mereka itu tidak Islam, ertinya kita harus lebih baik daripada cara mereka mengendalikan diri. Mereka membalas kejahatan dengan kejahatan. Kita membalas kejahatan dengan kebaikan. (m/s 127)..tidak minat bukanlah hujah untuk tidak mengambil tahu atau membiarkan diri dalam kejahilan. (m/s 185)Lebih banyak ilmu dicari, akal berfikir, bertambahlah fahamnya seseorang itu, dan meningkatlah darjatnya dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lebih baik. (m/s 208)Usia matang ialah paksaan semula jadi. Fikiran matang ialah pilihan diri. (m/s 219)Berlaku adil kepada kawan dan lawan ialah prinsip tinggi dalam Islam. (m/s 271)Jika membenci, jangan sampai menzalimi. Jika mencintai, jangan sampai hilang pertimbangan. Kesetiaan kita bukan pada individu, aliran dan pemikiran. Kesetiaan kita adalah pada kebenaran. Kebenaran yang mendekatkan kita kepada al-Haq, Tuhan yang Esa, Pemilik agama ini. (m/s 284)
Buku ini bagi saya sangat bagus dan membuat kita berfikir mengenai banyak perkara disekeliling kita. Sangat disarankan untuk bacaan remaja / orang muda bagi membentuk pemikiran yang kritis dan luas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/04/tahukah-wahai-diri-ke-mana-engkau.html