Tahukah Anda Sesetengah Cat Ada Dna Babi Di Dalam Kandungannya




Nak tahu lebih lanjut baca penulisan viral dari Izzat Ibrahim. Menurut Tuan Izzat, sesetengah kandungan cat mempunyai DNA Procine ataupun DNA babi yang berperanan untuk membuatkan tekstur cat kelihatan menarik dan lebih berkilat. 

Izzat Ibrahim : Sekarang sedang viral tentang cat pertama keluaran bumiputera, Bina Paint. Kena pula isteri saya sedang buat kajian master tentang syarikat ni.

Jadi saya kongsikanlah serba sedikit apa yang mereka ceritakan pada kami. Supaya kita semakin kenal dan yakin dengan produk cat bumiputera ini.

Saya pun belajar banyak perkara daripada syarikat mereka. Hebat juga ya syarikat bisnes orang kita. Boleh lah sedikit mendepang dada. Hehe

Kajian isteri saya adalah tentang perkataan ‘tijarah’ dalam Al-Quran. Beliau jadikan BINA Paint ini sebagai subjek kajian. Beliau pilih syarikat ini memang untuk bantu menaikkan lagi nama cat muslim di mata dunia.

Saya kenal nama BINA ni sejak kecil lagi. Sebab ada seorang kawan Ayah saya membuka sebuah rangkaian syarikat BINA Integrated di Johor. Cuma BINA Integrated ni tidak sama dengan BINA Paint. Yang itu adalah syarikat kontraktor.

Sebelum sesi temubual kali pertama kami dengan BINA Paint tahun lepas, kepala saya menanggung satu persoalan besar tentang syarikat. Kenapa mereka begitu berani menyatakan bahawa mereka adalah, "Peneraju Syarikat Cat Patuh Syariah." Adakah mereka main suka-suka je nak letak?

Saya sebagai graduan fakulti syariah, sedikit skeptikal lah dengan orang mudah-mudah nak gunakan terma ‘patuh syariah’ ni. Kita taknak lah ‘syariah’ tu diperkotak-katikkan dan dijadikan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kan?! Takbir! (Semangat pulak tiba-tiba. Haha)

Bila kita ada persoalan, kita tanya terus.

Selepas pertemuan, persoalan saya terjawab dengan bukti yang meyakinkan. Antaranya: (Boleh tengok lebih terperinci dalam gambar)

1. Pengurusan yang diiktiraf oleh SIRIM. Sijil Quality Management System ISO 2001 : 2015. Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti oleh SIRIM.

2. Menaik taraf pengurusan kepada pengiktirafan patuh syariah (MS 1900 : 2014). Sijil ini adalah hasil kerjasama antara SIRIM dan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia).

4. Green Tech - Bahan yang mesra alam sekitar. Tin cat mereka ada lambang macam lambang kat belakang kereta Myvi baru tu.

5. Menjaga batasan dalam marketing. Tidak ekploitasi wanita. Mereka gunakan gambar IM Asyraf dalam iklan. Dan tidak over-claim macam menabur janji lebih-lebih.

6. Pelesenan Patuh Syariah terhadap produk cat. Dikeluarkan oleh ElcorP Technology Sdn Bhd.

7. Pengiktirafan bahan yang bebas daripada DNA Procine (DNA Babi) daripada HALVEC Laboratories. DNA Procine ini fungsinya untuk nampakkan cat lebih berkilat dan texture lebih menarik.

Yang ini saya paling terkejut sampai membulat mata. Macam mana lah kalau tempat kita tunaikan ibadah seperti masjid dan surau... diwarnakan dengan cat yang ada DNA Procine ni. huhu

Selain daripada itu, saya belajar banyak perkara lain:

1. Tidak cakap buruk tentang produk dan perniagaan orang lain.

Isteri saya ada tanya pada CEO, Tuan Haji Rosli Adam tentang produk cat lain yang ada di Malaysia. Adakah mereka bersih daripada kandungan DNA Procine.

Beliau jawab, “Dalam bisnes, tidak bagus kita cakap tentang produk orang lain. Fokus dengan produk sendiri. Tapi apa yang saya boleh cakapkan, selagi mereka tidak ada pengiktrafan daripada HALVEC Laboratories atau mana-mana makmal bertauliah dengan standard Malaysia."

Saya setuju dengan beliau. 10 minit kita cakap keburukan orang lain, sebenarnya kita telah bazirkan 10 minit untuk berbincang bagaimana nak naikkan mutu produk sendiri.

2. Berusaha mendapatkan pengiktirafan halal. Menyediakan produk yang halalan toyyiba adalah sebuah jihad.

Mula-mula, mereka cuba untuk mendapatkannya daripada JAKIM. Tapi JAKIM tidak boleh keluarkan sebab cat bukan tersenarai dalam kategori makanan. Boleh makan, tapi berbuih lah mulut nanti. Haha.

Pada tahun 2016, cat mereka berjaya lepasi ujian daripada HALVEC Laboratories. Disahkan bebas daripada DNA Procine dan kandungan lain yang membahayakan. Seterusnya berjaya mendapatkan sijil produk patuh syariah daripada Elcorp Technology Sdn Bhd.

3. Berusaha sungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan dengan sistem yang bagus.

Selain daripada fokus kepada jualan, perlu juga fokus untuk perbaiki sistem pengurusan perniagaan. Apabila sistem sudah baik, semakin mudah untuk kita kembangkan perniagaan dan bersaing dengan gergasi bisnes yang lain.

Ya, sampai bila kita nak jadi bilis. Transform lah jadi jerung pula. Huhu

Tuan Rosli kata, untuk mendapat keseluruhan pengikitrafan pengurusan yang baik dan patuh syariah ini memakan belanja yang sangat besar. Namun apa yang beliau nasihatkan, “Sekarang ini sudah menanam cita-cita pun sudah cukup bagus.”

4. Dream big (Bercita-cita besar) untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

BINA Paint sedang berusaha memasuki pasaran Indonesia dan Thailand. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka lancar dan berjaya.

5. Berniaga bukan untuk untung semata-mata.

Isteri saya ada bertanya tentang apakah inspirasi Tuan Rosli dalam perniagaan?

Beliau kata, sebelum berniaga beliau ada ikuti beberapa kelas tentang kepentingan menjual produk halal dan pengurusan yang berlandaskan syariah. Jadi bila memulakan perniagaan, semangatnya berkobar-kobar untuk menuju ke arah tersebut. Iaitu mematuhi Syariah.

Beliau tambah lagi, kos untuk mendapat pengiktirafan ini bukan suatu yang murah. Memakan masa dan duit yang banyak.

Baru saya faham. Cat BINA Paint ni dah 14 tahun di pasaran. Tapi masih kurang dikenali sampai ada yang kata dah 50 tahun hidup baru hari ini dengar pasal cat ni. Huhu. Patutlah promosi jarang-jarang kelihatan. Rupa-rupanya duit mereka banyak disalurkan untuk membina sistem yang bagus dan hasilkan produk yang baik.

Anak CEO sudah sertai syarikat. Ibrahim Rosli namanya. Beliau sekarang duduk di posisi marketing. Biasanya apabila generasi kedua mula sertai, sebuah organisasi akan bertambah maju. Sebab mereka bawa idea dan fokus yang baru. Insya-Allah. Kita sama-sama doakan.

Produk cat BINA Paint ini bukan sekadar pengguna akhir sahaja perlu beli. Malah, kita juga boleh mencadangkan kepada pemilik syarikat pembinaan untuk tukar daripada produk cat jenama lain kepada cat BINA Paint.

Memang tidak mudah untuk para kontraktor Muslim nak tukar cat yang sudah biasa guna sebelum ini. Risau jika kurang kualitinya dan kesian pula pelanggan mereka.

Namun apa salahnya cuba dulu. Kan?

Cuba kalian cari di kedai-kedai hardware. Kalau takda, cuba tanya bos. Nanti dah banyak kali kena tanya, kedai pun mesti cari cat untuk dijual. Sebab ada permintaan yang banyak oleh pelanggan. Hehe

Izzat Ibrahim Bin Shamjuddin.
Panjang saya tulis ni. Sila lah support. Hihi

Mohon #SHARE dan #TAG rakan-rakan anda supaya lebih ramai tahu dan yakin dengan cat pertama bumiputera ni. Kita bantu BINA Paint untuk bersaing dengan cat lain yang terkemuka di pasaran.

*Bacaan tambahan:

#LIKE Page Rasmi BINA Paint untuk tahu lebih lagi aktiviti mereka;
https://www.facebook.com/binapaint/

Utusan: “Bina Paint, pengeluar cat patuh syariah”
https://www.utusan.com.my/…/bina-paint-pengeluar-cat-patuh-…

Utusan: “Rosli bukti kejayaan tanpa kerja makan gaji”
https://www.utusan.com.my/…/rosli-bukti-kejayaan-tanpa-kerj…

Utusan: “KILANG penghasilan cat Bina Paint Industries Sdn. Bhd.”
https://www.utusan.com.my/…/kilang-penghasilan-cat-bina-pai…

-sozcyili

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/09/tahukah-anda-sesetengah-cat-ada-dna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Dna Lembu Babi Gula Gula White Rabbit Tak Halal

Ada Dna Lembu Babi Gula Gula White Rabbit Tak Halal

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 1003 hits
Sebelum ini ada banyak spekulasi tentang status halal gula gula White Rabbit dan akhirnya terjawab Menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuiziah Salleh baru baru ini ada mengeluarkan kenyataan di TV Al Hijrah bahawa makanan ringan yan...
Menteri Jawab Ejekan Pada Logo Bsn Yang Disamakan Hidung Babi

Menteri Jawab Ejekan Pada Logo Bsn Yang Disamakan Hidung Babi

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 298 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk menekankan intipati program Bulan Sukan Negara Beliau berkata demikian ketika mengulas ejekan pengguna maya termasuk pemimpin pembangkang ya...
Netizen Kecam Logo Bulan Sukan Negara Mirip Hidung Babi

Netizen Kecam Logo Bulan Sukan Negara Mirip Hidung Babi

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 516 hits
Perkongsian logo Bulan Sukan Negara di akaun facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan sejak semalam mendapat perhatian ramai netizen apabila reka bentuknya dikatakan menyerupai hidung khinzir Malah dakwaan itu turut dihangatkan apabila lo...
Babi Hutan Masuk Masjid Di Serang Saat Acara Anak Yatim Satu Jemaah Luka Diseruduk

Babi Hutan Masuk Masjid Di Serang Saat Acara Anak Yatim Satu Jemaah Luka Diseruduk

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 418 hits
Menurut Ketua DKM Masjid Nurul Amal Sardi jamaah dikejutkan oleh seekor babi hutan yang tiba tiba datang dari arah samping dan langsung naik ke teras Setelah menabrak pintu masuk masjid babi yang diduga berasal dari hutan belakang perumahan...
Hukum Makan Siput Babi

Hukum Makan Siput Babi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 846 hits
Siput babi tergolong dalam genus helix Dalam Bahasa Arab siput babi dikenali sebagai halazunDalam fiqah halazun adalah tergolong dalam kumpulan hasyaraat iaitu haiwan kecil yang melata atau menjalar Dalam mazhab Syafie secara umumnya haiwan...
Thailand Bunuh 200 Babi Untuk Bendung Penularan Demam Babi Afrika

Thailand Bunuh 200 Babi Untuk Bendung Penularan Demam Babi Afrika

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 587 hits
BANGKOK 19 Sept Thailand telah membunuh lebih 200 ekor babi minggu ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan berlaku penularan demam babi Afrika di negara itu lapor Agensi Berita Vietnam memetik kenyataan pihak ber...
Pocong Babi Pocong Terjatuh Dari Atas Kereta

Pocong Babi Pocong Terjatuh Dari Atas Kereta

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 308 hits
Mungkin salah satu taktik nak merompak demikian kata Mohamad Hasnaim yang terserempak dengan pocong jatuh tergolek di atas jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah semalam Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi Selasa Mohamad bers...
Rajin Makan Daun Singkong Khasiatnya Sembuhkan Penyakit Mematikan Ini Kandungannya

Rajin Makan Daun Singkong Khasiatnya Sembuhkan Penyakit Mematikan Ini Kandungannya

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 167 hits
Rajinlah mengonsumsi daun singkong karena makanan tersebut memiliki segudang manfaat Salah satu khasiat daun singkong adalah menyembuhkan penyakit mematikan yakni stroke Hal tersebut tertuang dalam artikel yang dimuat di doktersehat com Man...
Starbuck Dan Babi

Starbuck Dan Babi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap tahun Starbuck akan menyambut hari ulangtahun kebabian Masyarakat akan menerima mesej yang mengatakan Starbuck haram Mesej yang menggunapakai nama ustaz dan juga Jakim bukan biasa biasa dia punya pergi Kalau orang petik nama aku untu...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord