Tahniah Tun M Tegas Pendirian Terhadap Uec


Wawancara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengenai  pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Cina.

Wawancara itu diterbitkan akhbar Cina, Sin Chew Daily hari ini dengan tajuk: "Tun Mahathir: Pengiktirafan UEC perlu pertimbangkan perasaan orang Melayu".

UEC adalah peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah persendirian Cina.

Laporan itu dipetik akhbar lain, termasuk Borneo Post dengan tajuk: "Perasaan orang Melayu mesti dipertimbangkan dalam mengiktiraf UEC" dan The Edge Markets di bawah tajuk: "Pengiktirafan UEC perlu pertimbangkan perasaan orang Melayu: Dr M" .

Berikutan itu, MCA hari ini mempersoalkan pendirian pemimpin DAP dalam kerajaan dan bertanya sama ada Mahathir telah mengambil kira perasaan masyarakat Cina.

Malaysiakini menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk meminta penjelasan mengenai perkara itu. PMO kemudian menghantar satu salinan rakaman wawancara itu.

Malaysiakini menerbitkan semula transkrip rakaman berkenaan dengan soalan mengenai UEC seperti di bawah:

Wartawan 1: Sekarang anda menyebut tentang pendidikan, dalam manifesto PH ia termasuk pengiktirafan UEC dan sekolah-sekolah persendirian Cina. Jadi bagaimana status pengiktirafan UEC?

Mahathir: Itu (audio tidak jelas) dinyatakan - kita mengiktirafnya. Saya kata berkali-kali kita mengiktiraf ijazah asing, kita mengiktiraf sijil Cambridge, kita mengiktiraf juga sijil-sijil yang dikeluarkan oleh negara-negara lain.

Tetapi anda minta ini untuk diterima oleh kerajaan. Untuk tahap tertentu, ini telah diterima tetapi anda mesti mempunyai penguasaan asas bahasa Melayu. Kamu lihat, kamu mesti mempunyai itu.

Dan peperiksaan harus mencerminkan keadaan di negara ini, kamu tidak boleh mengambil peperiksaan asing dari negara asing dan menggunakannya sebagai kelayakan. Yang, tiada siapa melakukannya.

Wartawan 2: Tun, sebenarnya saya seorang pelajar UEC, saya belajar di sekolah persendirian Cina. Saya fikir sukatan pelajaran sejarah agak berbeza kerana beberapa sejarah yang kami pelajari adalah dari luar negara seperti, kami belajar sejarah China, sejarah dunia tetapi kami juga belajar sejarah Malaysia dan kami mengkaji sejarah di Asia Tenggara. Kami ingin tahu kenapa kerajaan, sehingga sekarang, mereka tidak dapat mengiktiraf UEC dan mengapa orang Melayu begitu sensitif (mengenai UEC).

Mahathir: Orang Melayu apabila mereka bersetuju tentang kemerdekaan, mereka bersetuju bahawa bukan Melayu juga harus diberi kewarganegaraan dan sememangnya mereka berikan kewarganegaraan lebih daripada orang yang layak, tetapi mereka percaya dengan berbuat demikian, kita akan mempunyai negara dengan satu bahasa, satu budaya dan asas undang-undang dan pemahaman bahawa semua adalah rakyat Malaysia.

Tetapi mereka mendapati bahawa walaupun bahasa (audio tidak jelas) dan semua itu tidak disokong dengan baik dan banyak orang yang sehingga sekarang tidak dapat berbahasa Melayu sama sekali tetapi kita menerima mereka. Saya fikir berapa banyak lagi yang kamu mahu minta mereka terima?

Negara ini agak berbeza daripada negara-negara lain. Negara-negara lain pelbagai bangsa tetapi mereka bercakap satu bahasa kebangsaan.

Wartawan 2: Jadi, apakah objektif Pakatan Harapan untuk memenangi sokongan Melayu menyebabkan janji PH kepada masyarakat Cina lebih sukar untuk dicapai, seperti UEC ini?

Mahathir: Ya, tetapi kita cuba kotakan (janji), bukan kita tidak buat. Kamu membuat perbandingan antara Malaysia dengan jiran-jirannya. Di negara lain, mereka tidak membenarkan sekolah Cina, mereka tidak membenarkan walaupun papan tanda, kadang-kadang. Hanya baru-baru ini mereka meniru kita.

Jika kamu bertanya kepada orang-orang asal China di beberapa negara ini, mereka ingin berpindah ke Malaysia. Mereka mengatakan di sini mereka lebih dikenali kerana kaum mereka diiktiraf.

Wartawan 1: Jadi Tun, adakah anda akan memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan PH akan mengiktiraf UEC, bolehkah anda memberi jaminan?

Mahathir: Ya, saya fikir kita sedar sejauh mana kita boleh. Perhatikan, terdapat perbezaan - salah satu perbezaan yang paling teruk ialah perbezaan dalam pengagihan kekayaan di negara ini yang telah kami cuba perbetulkan. Saya mengakui banyak kesilapan dengan orang Melayu tetapi yang satu ini (perbezaan ekonomi) kamu tidak betulkan dan kamu sentiasa membetulkan satu ini sahaja (UEC).

Yang satu ini sangat mudah untuk anda betulkan - bahasa atau UEC atau apa sahaja. Itu sangat mudah, macam buat garisan dengan pen, tetapi untuk membawa tiga kaum di Malaysia, ditambah bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk pembangunan ekonomi yang sama memerlukan masa.

Kamu tahu, mereka merasakan mereka semakin kurang dan kurang. Jurang ketidaksamaan tidak semakin kurang, semakin banyak kerana sejak kita bermula, dianggarkan orang Melayu mempunyai dua peratus kekayaan, orang Cina memiliki 30 peratus dan orang Eropah (dan) orang asing mempunyai kira-kira 40 peratus.

Tetapi apabila kamu meningkat misal kata 10 peratus, 10 peratus daripada dua peratus hanya 0.2 (peratus) tetapi 10 peratus daripada 30 peratus adalah tiga (peratus). Jadi, perbezaannya adalah seperti ini. Kamu boleh lihat sekeliling. Siapa yang memiliki semua ini?

Ingatlah bahawa di negara lain, mereka merusuh dan mereka bergaduh, mereka berbunuhan. Tetapi di Malaysia, orang Melayu, Cina dan India boleh hidup dan bekerjasama. Bahkan kita serapkan beberapa budaya kamu, sekarang kita menggunakan copstik.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/tahniah-tun-m-tegas-pendirian-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Bersatu Dan Tun Sendiri Jangan Overacting Dan Oversay Terhadap Umno

Pemimpin Bersatu Dan Tun Sendiri Jangan Overacting Dan Oversay Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 331 hits
Sesuatu yang melampau Allah tak suka Bersederhana jangan takbur dan ego Perlawaan sertai umno harus ditolak dengan kata hormat bukan memperlekeh menghina Lebih lagi BERSATU tanpa Mahathir akan jatuh merudum lebih teruk dari AMANAH Jangan ca...
Saya Tidak Tahu Apa Yang Dia Cakap Reaksi Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Kit Siang

Saya Tidak Tahu Apa Yang Dia Cakap Reaksi Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 360 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan sebarang ulasan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh penasihat parti DAP Lim Kit Siang bahawa pemimpin DAP akan keluar daripada Kerajaan sekiranya objektif Malaysia Bahar...
Tindakan Tegas Terhadap Jenayah Pemerasan

Tindakan Tegas Terhadap Jenayah Pemerasan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 295 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 04 Januari 2019 6 45 PM KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mendapati aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju pe
Tun Hamid Adakah Disebabkan Kebencian Terhadap Islam Yang Mendalam

Tun Hamid Adakah Disebabkan Kebencian Terhadap Islam Yang Mendalam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 236 hits
ADALAH menyedihkan mendengar seorang negarawan seperti beliau membuat ucapan seperti itu Itu bukanlah mutu ucapan yang kita harapkan daripada beliau Mungkin di umur beliau dan sebagai Perdana Menteri beliau tidak patut menerima jemputan jam...
Pemuda Umno Mahu Tindakan Tegas Terhadap Eric Liew Yang Menghina Agong

Pemuda Umno Mahu Tindakan Tegas Terhadap Eric Liew Yang Menghina Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 373 hits
Tindakan tegas terhadap Eric Liew hina Agong Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia agar bertindak tegas kepada pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew yang secara jelas menghina Sultan Muhammad V Komen yang dibuat Eri...
Apakah Pandangan Dan Pendekatan Tun Terhadap Umno Yang Sudah Beralih Pucuk Pimpinan

Apakah Pandangan Dan Pendekatan Tun Terhadap Umno Yang Sudah Beralih Pucuk Pimpinan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 298 hits
Apakah ada usaha positif sedang dilakukan oleh kedua pihak supaya yang kalah tidak kalah semua dan yang menang tidak menang semua Sudah tentu sesuatu jika itu baik untuk Melayu dan Islam kena sokong BERSATU dan UMNO mempunyai ideologi perju...
Tindakan Tegas Terhadap Sesiapa Durhaka Kepada Raja

Tindakan Tegas Terhadap Sesiapa Durhaka Kepada Raja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 935 hits
Ini gambar di Thailand bagaimana rakyat menghormat sembah raja mereka Di Malaysia kita tidak mengharapkan dilakukan seperti ini Dalam Islam penghormatan terhadap pemimpin lebih bersifat mentaati dan kesetiaan Namun sekarang ini seperti jadi...
Ustazah Asma Pesan Bila Cara Tegas Dan Keras Tak Berjaya Didik Anak Kesilapan Ini Kena Perbaiki

Ustazah Asma Pesan Bila Cara Tegas Dan Keras Tak Berjaya Didik Anak Kesilapan Ini Kena Perbaiki

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 351 hits
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah Jangan pelik bila suatu hari nanti bila ibu bapa nak peluk mereka akan menjauhkan diri Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubunga...
Dap Sabah Sokong Pendirian Shafie Tidak Benarkan Bersatu Masuki Sabah

Dap Sabah Sokong Pendirian Shafie Tidak Benarkan Bersatu Masuki Sabah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 280 hits
THE MALAYSIAN TIMES KOTA KINABALU Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak melebarkan sayap ke neger...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp