Tahniah Restoran Dookki Korean Topokki Buffet Buka Cawangan Ke 5 Di Setia City Mall Setia Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kalau sebut sahaja tentang makanan Korea pastinya ramai yang menggemarinya, terutamanya apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati apa-apa jua yang datang dari negara Korea Selatan, tidak kira artis, drama, filem mahupun makanan

Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang sebuah restoran makanan Korea yang aku sebenarnya sudah cuba dan sememangnya berpuas hati & aku sangat mengesyorkan untuk anda semua cuba dan nikmati makanan Korea yang terdapat di restoran ini. Jadi, jemput baca artikel kali ini sehingga ke penamat ya

DOOKKI | KOREAN TOPOKKI BUFFET
Dookki Korean Topokki Buffet merupakan rangkaian restoran berasaskan makanan Korea yang sangat terkenal iaitu topokki tetapi dihidangkan secara buffet! Korean Topokki Buffet yang anda boleh nikmati selama 1 jam 30 minit.  Menarik bukan?! Untuk pengetahuan anda, Dookki bermaksud 'dua hidangan' dalam bahasa Korea. 
Konsep 'dua hidangan' ini berasal dari Korea Selatan. Topokki, yang bermaksud 'rice cake' merupakan makanan kegemaran Korea yang mana datang dalam pelbagai bentuk dan mempunyai sejarah yang panjang. Dengan konsep buffet yang dibawa, anda boleh menikmati hidangan topokki dengan pelbagai cara. Konsep ini sesungguhnya sangat sesuai untuk anda datang dan makan bersama keluarga untuk menikmati hidangan yang mana bagi aku cukup enak


CAWANGAN TERBARU DOOKKI DI SETIA CITY MALLDookki mempunyai beberapa cawangan iaitu di IOI City Mall, Putrajaya, Kluang, Johor, One Utama, Petaling Jaya, R&F Mall, Johor Bahru dan cawangan terbaru mereka di Setia City Mall, Setia Alam. Tahniah diucapkan atas pembukaan cawangan terbaru ini

Sebenarnya sebelum ini aku pernah makan di cawangan IOI City Mall, Putrajaya dan pengalaman makan buat kali pertama memang sangat seronok dan aku sangat puas hati.  Untuk cawangan Setia City Mall ini, bagi aku keluasannya lebih besar dan lebih selesa. Selain itu, lokasinya juga baik bagi mereka yang berada di sekitar Setia Alam untuk datang dan mencuba makanan Korea di sini. 
JOM LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI DOOKKI SETIA CITY MALL




Bagi aku Dookki Setia City Mall ini sangat selesa, ruang untuk mengambil makanan memang luas, tak perlu berhimpit-himpit. Selain itu, setiap meja pula mempunyai dapur yang memang selamat dan mudah untuk digunakan. Susunan tempat mengambil makanan juga terbaik dan senang untuk pelanggan ulang alik mengambilnya

MAKANAN Sekarang tibalah masa yang dinantikan, berikut adalah antara makanan dan bahan-bahan Topokki yang anda boleh dapatkan dan nikmati di Dookki




Banyak kan pilihan yang anda boleh pilih. Macam aku, boleh dikatakan kesemua pilihan yang ada aku akan ambil dalam jumlah yang sedikit. Barulah puas bila mana dapat rasa dan cuba kesemuanya sekali kan

Pilihan Sos
Sebenarnya untuk sos dan supnya anda boleh buat sendiri mengikut pilihan dan tahap kepedasan yang anda inginkan. Jangan risau kalau anda tak reti, anda boleh lihat papan yang tertera berdekatan dengan sos tentang cara-cara menggabungkan sos untuk dapatkan rasa yang menepati citarasa anda

Kalau masih tak reti, jangan risau, anda boleh saja panggil mana-mana krew restoran yang ada dan mereka pastinya akan membantu anda

Tiga jenis ayam goreng yang anda wajib cuba!


Bagaimana? memang banyak pilihan yang anda boleh nikmati apabila berada di Dookki ini. Konsep buffet yang diperkenalkan sememangnya digemari oleh penggemar makan yang suka makan macam aku sendiri

Okay, aku tahu pasti ada antara anda yang tertanya-tanya tentang bagaimana nak makan di sini, macam mana nak masak. Sebenarnya sama sahaja dengan buffet-buffet lain, perbezaan yang ada tidaklah banyak. Untuk itu, aku sertakan dibawah cara-cara memasak topokki dan juga nasi goreng di Dookki.
CARA MEMASAK TOPOKKI#1 Tuangkan 1/3 sup kedalam bekas topokki#2 Tuang sos pilihan anda ke dalam bekas topokki#3 Masukkan bahan-bahan topokki anda ke dalam bekas topokki#4 Selepas 'rice cake' dan bahan-bahan telah masak, anda boleh nikmati topokki anda

CARA MEMASAK NASI GORENG#1 Masukkan nasi dan bahan-bahan lain ke dalam bekas#2 Tambah minyak bijan (sesame oil)#3 Setelah menambah minyak bijan, kacau dan goreng nasi anda sehingga siap#4 (pilihan) anda boleh menambah snow cheese untuk melengkapkan lagi hidangan nasi goreng anda
SENARAI HARGA BUFFET DOOKKI
Setelah mengetahui tentang makanan yang ada di Dookki dan tahu bagaimana cara nak memasak dan sebagainya, pastinya pertanyaan terakhir anda adalah mengenai harga. 
Untuk harga di Dookki ini, bagi aku harganya merupakan antara harga buffet yang paling berpatutan kalau nak dibandingkan dengan buffet-buffet yang lain. Aku pernah pergi ke satu restoran buffet ini, dan harganya semakin naik, daripada RM30 lebih kepada RM50 lebih sekarang ini sedangkan kualiti dan pilihan makanannya sama sahaja

Dewasa 🍲RM39.80 nettKanak-Kanak (110cm - 140cm) 🍲RM19.80
Untuk menu tambahan pula harganya adalah seperti berikut;
Double Cheese Ring 🧀 RM18.80 nettSnow Cheese 🧀 RM9.80 nett 

GRAND OPENING PROMOTION
Berita baik untuk anda yang teringin mencuba Dookki Korean Topokki Buffet ini, promosi bersempena pembukaan untuk cawangan ini diadakan bermula 30 Jun ini sehingga 6 Julai 2022. Potongan 50% bagi setiap DUA orang

Bermakna, anda boleh datang dua orang dan makan buffet tanpa had ini dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu 1 jam 30 minit dan hanya perlu membayar harga bagi 1 dan setengah orang sahaja. 
ULASAN & REVIEW
Macam biasa, aku akan review pengalaman aku makan dan suasana di restoran Dookki ini. Macam yang anda boleh lihat, aku sememangnya sangat berpuas hati dengan makanan yang terdapat di dalam restoran ini.  Sebagai penggemar makanan Korea seperti Topokki, aku sangat suka dengan senarai bahan-bahan yang ada untuk dimasukkan ke dalam bekas Topokki itu

Selain itu, suasana di dalam restoran juga cukup tenang dan selesa, dengan iringan lagu-lagu Kpop yang membuatkan anda bagaikan berada di Korea Selatan. Waktu yang diperuntukkan selama 1 jam 30 minit itu bagi aku memang sangat cukup, bahkan masih ada waktu untuk aku merehatkan perut yang sudahpun penuh, tetapi masih inginkan lagi Topokki


Kesimpulannya, aku sangat syorkan anda semua untuk datang dan nikmati Korean Topokki Buffet di mana-mana cawangan Dookki yang berdekatan. Kepada Dookki, tahniah atas pembukaan cawangan ke 5 di Setia City Mall. Semoga lebih banyak cawangan akan dibuka sekaligu dapat memberikan peluang buat seluruh rakyat Malaysia tak kira dimana juga untuk menikmati hidangan yang enak ini

DOOKKI MALAYSIA SETIA CITY MALLLOKASI : LG-105, Lower Ground Floor, Setia City Mall, No.7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Sek U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Facebook : https://www.facebook.com/mydookkiInstagram : https://www.instagram.com/mydookki
#jomdookki #koreantopokkibuffet 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/07/dookki-korean-topokki-buffet-setia-city-mall.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Transformasi Butik Siti Khadijah Di Aeon Mall Shah Alam Menampilkan Rekaan Moden Dan Mewah

Transformasi Butik Siti Khadijah Di Aeon Mall Shah Alam Menampilkan Rekaan Moden Dan Mewah

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 314 hits
Tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 kini Siti Khadijah melengkapkan angka genap dengan pembukaan butik ke 40 di AEON Mall Shah Alam Tampil berwajah baru dengan ruang j...
T18e27 Beli Baju Raya Di Aeon Mall Shah Alam

T18e27 Beli Baju Raya Di Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 310 hits
Hari ini kami keluar rumah sekitar jam 11 pagi lebih menuju ke Shah Alam Destinasi kami adalah Aeon Mall Shah Alam tetapi oleh kerana Master cuma search Aeon Shah Alam aplikasi Waze hantar kami ke Aeon Big Bukit Rumah 14 kilometer dari Aeon...
Big Bad Wolf Box Sale Midnight Madness Di Ktcc Mall Terengganu

Big Bad Wolf Box Sale Midnight Madness Di Ktcc Mall Terengganu

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 362 hits
Apa khabar orang Terengganu Jualan Buku yang dianjurkan oleh Jualan Buku Terbesar Di Dunia Big Bad Wolf Books akhirnya kembali ke Terengganu selepas tiga tahun Kali ini Big Bad Wolf Books akan menganjurkan acara The Big Bad Box Sale Midnigh...
Sparrow House By Samantha Mink In Culver City California

Sparrow House By Samantha Mink In Culver City California

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 231 hits
Project Sparrow House Architects Samantha Mink Location Culver City California USA Area 9 149 sf Photographs by Chad Slattery Sparrow House by Samantha Mink The Sparrow House is a contemporary home designed by Samantha Mink in The post appe...
Tular Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Ini Tindakan Polis Buat Ramai Setuju

Tular Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Ini Tindakan Polis Buat Ramai Setuju

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 187 hits
Polis dilaporkan sedang mengesan individu yang memandu kenderaan jenis Honda City berwarna kelabu tular memandu di lorong motosikal di kilometer 34 1 Lebuhraya Persekutuan di sini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad ...
Klang City Council Initiates Efforts To Help Refugees Co Exist With Locals

Klang City Council Initiates Efforts To Help Refugees Co Exist With Locals

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 199 hits
A gotong royong programme initiated by the Klang City Council brought refugees and locals together to clean up the Padang Sentosa field KLANG Refugees should be seen as an integral part of the community to create peaceful coexistence says t...
Kali Ini Betul Betul Enjoy Kat I City Theme Park City Of Digital Light

Kali Ini Betul Betul Enjoy Kat I City Theme Park City Of Digital Light

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 174 hits
Assalamulaikum Akhirnya ini entry terakhir staycation kami di Hotel Best Western i City Shah Alam Punyalah lama nak cari kekuatan untuk settlekan story nie Lagi pun saja share kan kalau hotel nie di sponsor mestilah dah lama siap Okaylah sa...
Jelutong Penduduk Persoal Status Babylon City By The Sea

Jelutong Penduduk Persoal Status Babylon City By The Sea

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 167 hits
Kira kira 10 000 penduduk di sekitar tapak pelupusan sampah Jelutong di sini menuntut jawapan daripada kerajaan negeri berhubung status projek Babylon City By The Sea yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit Penduduk mendakwa projek pemb...
Lee Urges City Council To Allocate More Funds For Park Upkeep In Miri

Lee Urges City Council To Allocate More Funds For Park Upkeep In Miri

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 167 hits
Lee discussing with the council s representative and consultant on plans for the new extension of Miri Public Park MIRI Transport Minister Dato Sri Lee Kim Shin urged the Miri City Council to allocate sufficient funds for maintenance of r
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii