Tahniah Pelancaran Gintell S6 Plus 8 Hands Wellness Chair Dan Simon Yam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru GINTELL dan juga sesi temu mesra bersama dengan Simon Yam yang bertempat di Pavillion Kuala Lumpur

GINTELL merupakan satu jenama yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, dimana jenama ini mengeluarkan pelbagai jenis kelengkapan penjagaan kesihatan dan kecergasan seperti kerusi urut dan sebagainya. Tahniah diucapkan buat GINTELL atas pelancaran Siri Wellness Chair terbaru iaitu GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair!
MAJLIS PELANCARAN GINTELL S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR BERSERTA SESI TEMU MESRA SIMON YAM DENGAN PEMINAT
Hari ini menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan untuk GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan dwi-tangan di mana dwi-tangan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan

GINTELL juga melancarkan pembukaan “Signature Showroom” mereka yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa iaitu sebanyak “8 ekor” untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL. Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Selepas persembahan tarian singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan dengan kehadiran duta GINTELL, pihak pengurusan GINTELL serta pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur


Sejurus selesai majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran, para tetamu dijemput turun ke aras 2, “Centre Court” untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu majlis menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam, Artis Antarabangsa, dengan pihak GINTELL, majlis pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, perkongsian testimoni dengan Simon Yam mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, dan juga sesi “meet & greet” antara Simon Yam dengan peminatnya

Tetamu yang hadir adalah duta GINTELL; Amber Chia, Dato’ Seri Master Chris Leong, Simon Yam bersama pengurusan GINTELL, pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur dan juga pihak media

Selain itu, “roadshow” GINTELL akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10pagi - 10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain

LATAR BELAKANG GINTELLDitubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD lebih 117 cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”

GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness ChairGINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi 8D Dwi-Tangan. Roda urut dwi-tangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan. Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot

GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda. Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa

Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong. Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi


GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut

Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair juga menawarkan sambungan Bluetooth, di mana pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL Super App OS di Google Playstore atau AppStore

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988. Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/07/gintell-s6-plus-8-hands-wellness-chair.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bnm S Hands Tied In Stemming Ringgit S Slide Say Economists

Bnm S Hands Tied In Stemming Ringgit S Slide Say Economists

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 148 hits
The ringgit s decline versus the US dollar and other major currencies won t be solved simply by interest rate adjustments say economists KUALA LUMPUR The ringgit s worrying decline is caused by structural weaknesses in Malaysia s economy an...
Our Hands Are Tied Rafizi Tells Cuepacs On Pay Rises

Our Hands Are Tied Rafizi Tells Cuepacs On Pay Rises

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 126 hits
Economy minister Rafizi Ramli has urged the civil service union federation to understand the government s financial constraints PETALING JAYA Economy minister Rafizi Ramli has urged civil service labour federation Cuepacs to understand the ...
Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 217 hits
Pengusaha jalan tol Jusuf Hamka merayakan hari Idul Adha Jusuf salat di Masjid Babah Alun Cilandak Jakarta Selatan Seusai ibadah Babah Alun berbagi dengan warga dan pegawainya Tradisi ini selalu dijalankan Jusuf setiap Idul Adha dan Idul Fi...
Summertime And Nutrition S Easy What Are Your July Wellness G

Summertime And Nutrition S Easy What Are Your July Wellness G

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 211 hits
ad 1 Summertime and nutrition s easy What are your July wellness goals The post Summertime and nutrition s easy What are your July wellness g appeared first on
4 Wellness Within Breakfast Recipes By Chef Maggie Hediger

4 Wellness Within Breakfast Recipes By Chef Maggie Hediger

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 212 hits
ad 1 Food just tastes better when it s made with love nutritious ingredients and served beautifully This June we invited a few media friends to a summer soir e in Nantucket to celebrate health and good food We collaborated with the amazing ...
Warung Kak Yam Simpang Pulai Perak

Warung Kak Yam Simpang Pulai Perak

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 217 hits
Warung Kak Yam Simpang PulaiWarung Kak Yam Simpang PulaiPerjalanan aku nak ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai berhenti sekejap di Warung Kak Yam Simpang Pulai untuk makan tengahri Warung Kak Yam ni betul betul di laluan untuk naik buki...
Trust Needed For Effective Whistleblowing Bursa Chair

Trust Needed For Effective Whistleblowing Bursa Chair

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 177 hits
Creating an environment of trust internally and externally is vital for organisations to ensure an effective whistleblower programme Bursa Malaysia Bhd chairperson Abdul Wahid Omar said He said by doing so organisations can provide confiden...
Unlocking The Potential Of Full Spectrum Cbd Oil For Holistic Wellness

Unlocking The Potential Of Full Spectrum Cbd Oil For Holistic Wellness

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 338 hits
Do you know what a full broad CBD oil is and how it could help you The knowledge of the general public about CBD is increasing because more people utilize it to treat illnesses naturally Full spectrum CBD oil is a fascinating product that i...
Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Sang Saka Penipu


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Selepas 7 Tahun Isteri Baru Tahu Suami Autisme

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Cara Terbaik Perangi Jerawat Jangan Biar Jerawat Mengambil Alih Wajahmu

Port Sarapan Warung Selekoh Kambing Jenderam Hulu

Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini