Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Atas Keprihatinan Kepada Rakyat



Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan kepada Rakyat Kelantan yang berhadapan dengan suasana penularan Covid 19 dan PKP

Ramai yang mempersoalkan apakah sumbangan dan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyatnya dalam suasana penularan Covid 19 dan PKP? Sebagai sebuah Kerajaan negeri yang bertanggungjawab dan berkebajikan, Kerajaan Kelantan sejak awal lagi telah memikirkan bantuan-bantuan yang boleh diberikan oleh rakyat. Bermula dari fasa pertama PKP sehingga kini, banyak pengumuman dan tindakan telah dibuat secara berperingkat-peringkat dengan kemampuan kewangan yang ada. Berikut adalah sekurang-kurangnya 10 inisiatif dan bantuan yang saya kenalpasti telah dan akan dibuat oleh Kerajaan Kelantan untuk rakyat negeri ini. 

1. Memperuntukkan sejumlah RM100,000 bagi setiap Dun untuk program Bakul Ramadhan kepada Fakir dan Miskin. Jumlah ini akan melibatkan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM 4.5 Juta.

2. Kerajaan Kelantan juga telah membelanjakan sebanyak RM 2.7 Juta untuk menyediakan bantuan barangan keperluan kepada penduduk yang terjejas akibat Covid 19. Bantuan ini disalurkan kepada semua Pusat Khidmat Adun iaitu sebanyak RM 60,000 melalui 3 fasa.

3. Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan Bantuan Khas Fakir Miskin pada permulaan Fasa pertama PKP dengan kerjasama dengan MAIK untuk 2,250 buah keluarga iaitu 50 orang keluarga bagi satu Dun yang melibatkan peruntukan RM 675,000.00.

4. Kerajaan Negeri juga bersetuju menangguhkan bayaran sewa dan bayaran tunggakan serta sewa beli selama 6 bulan iaitu bermula April 2020 bagi Rumah Kos Rendah (RKR).

5. Memberikan pengecualian sewa premis Kerajaan Negeri termasuk premis yang berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun selama 2 bulan.

6. Kerajaan Negeri Kelantan memberikan peruntukan RM 300.00 bagi setiap keluarga yang disahkan positif Covid 19 dan keluarga yang berada di bawah Pengawasan Berpusat (Kaurantin). Bantuan ini khusus untuk kategori keluarga B40.

7. Memberikan sumbangan RM 500.00 buat keluarga yang meninggal dunia akibat Covid 19.

8. Kerajaan Kelantan juga memberikan Elaun Khas (One Off) sebanyak RM 300.00 kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

9. Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri kepada Penjawat Awam di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga turut menuruti langkah pengumuman tersebut dengan memberi RM 500.00 (One Off) kepada Penjawat Awam di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

10. Sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri, MB bersama barisan EXCO telah menyumbang dua bulan gaji untuk Tabung Setambi Mekah (Tabung Kebajikan) bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Covid 19. Juga pengumuman oleh MB Kelantan yang menyumbangkan Elaun Dato' Bergelar yang dianugerahkan kepadanya diberikan kepada rakyat di Dun Pasir Pekan bermula apabila ia telah diwartakan sehinggalah selagi mana beliau menjadi Adun Pasir Pekan.

Tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan atas kecaknaan kepada rakyat negeri ini. Mugo-mugo terus istiqamah, cekal dan tabah dalam mengemudi negeri Kelantan dalam suasana yang ada pada hari ini. Juga tahniah kepada rakyat Kelantan yang tabah, bersemangat dan sentiasa mematuhi arahan PKP. Didoakan semoga kita mencapai kemenangan berhadapan dengan Covid 19 ini dan kemenangan yang hakiki di sisi Ilahi. Jadikan ujian Covid 19 ini sebagai salah satu cabaran dan tarbiah Ramadhan untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Cikgu Mohd Ariff Abdullah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/tahniah-dan-terima-kasih-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Terima Kasih Rakyat Malaysia Yang Patuh Pkp

Covid19 Terima Kasih Rakyat Malaysia Yang Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 451 hits
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YANG PATUH PKPTERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YANG PATUH PKP Kita mampu lakukannya demi mencegah penularan wabak COVID19 Teruskan Posted by on Kita mampu lakukannya demi mencegah penularan wabak COVID19 Teruskan du...
Bezanya Kerajaan Zaman Kemelesetan Ekonomi 1998 Dan 2008 Dengan Covid 19 Terima Kasih Pm Ke 8

Bezanya Kerajaan Zaman Kemelesetan Ekonomi 1998 Dan 2008 Dengan Covid 19 Terima Kasih Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 444 hits
Terbaca satu page dari netizen ni yang membandingkan kawalan COVID 19 Malaysia dan negara lain Kalau nak bandingkan bentuk lockdown admin boleh katakan semuanya sama Perbezaan ialah bagaimana menjaga kebajikan rakyat dalam hal ini Malaysia ...
Pemuda Amanah Perak Ucap Terima Kasih Kepada Mpkk Kerajaan Ph Perak

Pemuda Amanah Perak Ucap Terima Kasih Kepada Mpkk Kerajaan Ph Perak

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 288 hits
Pemuda AMANAH Perak mengucapkan terima kasih kepada semua lantikan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kerajaan Pakatan Harapan Perak atas khidmat yang diberikan sepanjang tempoh 22 bulan PH memerintah negeri tersebut Ketuanya K...
Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini Najib Razak Titipkan Kata Kata Semangat Buat Ebit Lew

Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini Najib Razak Titipkan Kata Kata Semangat Buat Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 522 hits
Seperti yang diketahui umum Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikapnya yang sering menyantuni golongan golongan susah di negara ini Pun begitu timbul beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya baru baru ini Disebabkan itu ramai yang memberikan...
Terima Kasih Jaga Keselamatan Saya Pelajar Pulang Dari Uk Kagum Kecekapan Pegawai

Terima Kasih Jaga Keselamatan Saya Pelajar Pulang Dari Uk Kagum Kecekapan Pegawai

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 397 hits
Shacind Ananthan memuat naik gambar ketibaannya di KLIA dan sebuah hotel kuarantin di Kuala Lumpur ke Facebooknya KUALA LUMPUR Lebih ramai warga Malaysia menzahirkan penghargaan atas usaha yang dilakukan negara dan petugas barisan depan dal...
Ziha Salleh Selamat Bersalin Anak Kedua Ucap Terima Kasih Untuk Doa Dari Semua

Ziha Salleh Selamat Bersalin Anak Kedua Ucap Terima Kasih Untuk Doa Dari Semua

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 903 hits
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan juga Bintang Akademi Fantasia 2014 Ziha Salleh yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada Khamis lalu Melahirkan cahaya mata lelaki Ziha Salleh yang mula dikenali ramai sejak muncul menerusi Drama ...
Kerajaan Negeri Digesa Senarai Hitam Syarikat Punca Banjir Lumpur

Kerajaan Negeri Digesa Senarai Hitam Syarikat Punca Banjir Lumpur

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 392 hits
HULU LANGAT 28 APRIL Kerajaan Negeri diminta menyenarai hitam pemilik dan syarikat yang menjalankan kerja tanah secara haram sehingga mengakibat banjir lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil dan sekitarnya kata Ahli Dewan Negeri ...
Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 495 hits
Setelah berjuang hampir 14 hari tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila mendapat keputusan bebas Covid 19 pada hari Jumaat lalu Berita ini sesuatu yang ditunggu tunggu walaupun cuku terkesan kehilangan insan tercinta akibat ...
Individu Layak Terima Bantuan Kerajaan Digesa Kemas Kini Akaun Bank

Individu Layak Terima Bantuan Kerajaan Digesa Kemas Kini Akaun Bank

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 532 hits
SHAH ALAM 13 APRIL Penerima Bantuan Prihatin Nasional yang layak dan mempunyai data percukaian tetapi belum menerima bantuan diminta mengemas kini maklumat akaun bank yang aktif melalui aplikasi e kemaskini Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak