Tahniah Cikgu Yahya Sepatutnya Pengetua Dikenakan Tindakan Tatatertib




Seorang guru, yang dipecat pada 2019 selepas tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari kerana fobia air, kembali menyandang jawatannya sebagai tenaga pengajar dalam perkhidmatan perguruan

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman Yahaya Wahi, 44, untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di sekolah yang boleh dilalui oleh jalan darat

Guru sains dan matematik itu menamakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Perak, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai responden

Pada prosiding semalam, Muniandy memutuskan bahawa keputusan responden untuk menamatkan kerjaya perguruan Yahaya dan memecatnya daripada berkhidmat dengan kerajaan adalah tidak wajar, tidak rasional, tidak berkadaran serta tidak sah dari segi prosedur

“Justeru, permohonan semakan kehakiman guru ini untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden menamatkan kerjaya perguruannya dan memecat beliau daripada berkhidmat dengan kerajaan Malaysia adalah dibenarkan,” katanya.
Hakim itu berkata apabila melihat kes tersebut secara objektif, didapati pelajar telah dinafikan akses kepada seorang guru sains dan matematik yang baik kerana pihak berkaitan gagal mengambil tindakan sewajarnya

“Isu yang penting di sini ialah sama ada permohonan beliau untuk bertukar ke sekolah yang boleh dilalui oleh jalan darat telah diberikan pertimbangan sewajarnya. Jika ini berlaku, perkhidmatan perguruan beliau dalam subjek sains dan matematik akan memanfaatkan sekolah serta pelajar.
“Ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang bermain di fikiran pihak yang menyelia bidang pendidikan sehingga sanggup menafikan akses pelajar kepada seorang guru sains dan matematik yang berdedikasi seperti Yahaya apabila mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya.
“Yahaya tidak diselubungi isu tatatertib sebaliknya berdepan masalah kesihatan teruk yang menghalang beliau daripada mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Gerik, yang memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak responden,” katanya sambil menambah guru itu juga tidak dimaklumkan mengenai hak beliau untuk merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib.
Kisah Cikgu Yahya : 
Cikgu Yahaya, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains dan Komputer dengan Pendidikan (Fizik) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mula mengajar subjek sains dan matematik pada 15 Jan 2002

Beliau memulakan kerjaya perguruannya di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor selama enam tahun sebelum berkhidmat di Gerik dan secara keseluruhan, memiliki pengalaman hampir 18 tahun dengan rekod prestasi yang cemerlang

Pada 2007, Yahaya memohon bertukar ke mana-mana sekolah di Gerik untuk berada dekat dengan isterinya yang juga seorang guru serta anak mereka selain berhampiran negeri Kelantan bagi membolehkan beliau tidak berjauhan dengan ibunya yang sudah tua

Permohonan beliau diluluskan dan Yahaya mengajar di dua sekolah di Gerik sebelum ditukarkan ke SK RPS Kemar, yang terletak di pedalaman Gerik, pada 16 Dis 2012

Bagaimanapun, beliau gagal melaporkan diri dan hanya berbuat demikian pada 3 April 2013 serta mula mengajar pada 16 Mei 2017

Dilema Yahaya bermula apabila beliau terpaksa menyeberang tasik untuk ke sekolah dengan menaiki bot dan ini menyebabkan guru itu berasa tertekan kerana mengalami fobia air selepas hampir lemas semasa kanak-kanak manakala abangnya meninggal dunia dalam kejadian tersebut

Beliau telah menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di Sungai Petani, Kedah dan dirujuk ke Jabatan Psikiatri untuk penilaian lanjut pada 2015

Selain itu, terdapat laporan perubatan dari Hospital KPJ Ipoh pada 2017 daripada pakar psikiatri perunding mengenai keadaan beliau

Susulan fobia itu, Yahaya tidak hadir ke sekolah selama empat tahun dari 3 April 2013 hingga 16 Mei 2017 namun beliau kembali mengajar setelah menjumpai jalan darat untuk ke tempat kerjanya

Bagaimanapun, Pengetua SK RPS Kemar, Gerik telah memulakan tindakan tatatertib terhadap Yahaya dan pada 10 April 2019, guru itu menerima surat yang memaklumkan perkara itu

Menurut Yahaya, beliau telah cuba berunding dengan pihak yang berkaitan dan memohon untuk bertukar sekolah namun tidak diendahkan

Yahaya kemudian dipecat daripada perkhidmatan perguruannya pada 9 Ogos 2019 dan semua emolumen beliau dihentikan mulai 6 Ogos tahun yang sama

- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/08/tahniah-cikgu-yahya-sepatutnya-pengetua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bukan Main Konfiden Langgar Hukum Selamba Makan Ulat Sagu Tindakan Daiyan Trisha Dipersoal

Hiburan Bukan Main Konfiden Langgar Hukum Selamba Makan Ulat Sagu Tindakan Daiyan Trisha Dipersoal

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 291 hits
Sedia maklum baru baru ini pelakon jelita Daiyan Trisha mempromosikan filem seram lakonannya iaitu Sumpahan Jerunei yang bakal dipaparkan di panggung wayang tidak lama lagi Dapat dilihat dalam satu klip yang tular di TikTok pelakon tersebut...
Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 153 hits
Orang yang hilang kuasa kadang kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta Mereka cenderung berkelakuan luar biasa tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka Dalam ke...
Mahiaddin Langgar Garisan Merah 3r Tindakan Juga Harus Diambil Terhadapnya

Mahiaddin Langgar Garisan Merah 3r Tindakan Juga Harus Diambil Terhadapnya

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 343 hits
Teliti apa yang Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin sentuh dalam kempen ceramahnya semalam ini Adalah jelas beliau telah menyentuh dan membuat tuduhan berkaifan isu 3R dalam kempen politiknya Berikut adalah apa yang disentuh dan dituduh Mahiadd...
Tak Hormat Dituduh Kekwat Tindakan Park Seojoon Tolak Pemberian Park Boyoung Dikritik

Tak Hormat Dituduh Kekwat Tindakan Park Seojoon Tolak Pemberian Park Boyoung Dikritik

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 369 hits
Tak semena mena nama Park Seo joon menjadi bualan ramai pada hari ini dek satu kejadian di acara promosi tayangan Concrete Utopia ARTIKEL BERKAITAN Semasa salah satu acara promosi pelakon lelaki itu telah dikritik kerana dikatakan kekwat da...
Tengku Hassanal Tiada Siapa Kebal Dari Tindakan Undang Undang

Tengku Hassanal Tiada Siapa Kebal Dari Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 246 hits
NS RamliPemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memberi amaran semua pihak yang didapati melanggar undang undang terutamanya membabitkan kesalahan alam sekitar di negeri ini akan berdepan tindakan tegas Titah baginda ini term...
Timbalan Kpn Beri Amaran Kepada Yang Telah Menghina Jangan Buat Cerita Lepas Polis Ambil Tindakan

Timbalan Kpn Beri Amaran Kepada Yang Telah Menghina Jangan Buat Cerita Lepas Polis Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 168 hits
Malaysiakini Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran kepada mana mana pihak yang cuba mereka reka cerita selepas tindakan tegas diambil terhadap mereka kerana menghina institusi diraja Katanya tindakan tegas akan ...
Hiburan Tidak Menggambarkan Pendirian Kami Drag Queen Malaysia Carmen Rose Turut Mengecam Tindakan Vokalis The 1975

Hiburan Tidak Menggambarkan Pendirian Kami Drag Queen Malaysia Carmen Rose Turut Mengecam Tindakan Vokalis The 1975

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 177 hits
Ratu drag Malaysia Carmen Rose tampil memberi kenyataan mewakili golongan drag setelah insiden vokalis kumpulan muzik terkenal The 1975 Matty Healy yang dilaporkan membuat aksi serta kenyataan yang kononnya mempertahankan golongan LGBT di n...
Pegawai Pilih Bulu Dalam Siasatan Akan Diambil Tindakan Kpn

Pegawai Pilih Bulu Dalam Siasatan Akan Diambil Tindakan Kpn

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 349 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang mengamalkan birokrasi atau 8216 pilih bulu 8217 dalam menjalankan siasatan Beliau berkata pemerhatian dan penilaian masyarakat terhadap P...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun