Tahap Kecerdasan Berbeza Pelajar Pelajar Sbp



Semenjak UPSR dan PT3 dimansuhkan, ratusan ribu pelajar memohon ke MRSM dan SBP meskipun tempat yang tersedia tidak sampai pun 10% dari jumlah permohonan.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya ditawarkan tempat ke sekolah² hebat ini. Pelajar² ini adalah pelajar² cemerlang kerana mereka telah lulus UKKM atau PKSK dan sudah tertulis rezeki mereka belajar di sana.

Apa yang pasti kita sebagai ibubapa terpaksa banyak berkorban dalam bentuk masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya sepanjang anak² belajar di sekolah² hebat impian ramai orang ini.

Namun kita perlu ingat bahawa anak² yang asalnya cemerlang ini akhirnya terpecah kepada 3 kumpulan juga setelah mereka berada di sekolah² hebat ini iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Kenapa anak² yang asalnya cemerlang ini kini ada yang termasuk dalam kategori pelajar² lemah? Anak ke salah? Guru ke yang salah? Sekolah ke yang salah?

Secara peribadi saya tidak boleh menyalahkan kpd sekolah mahupun guru kerana ramai lagi anak² lain yang cemerlang belajar di sekolah yang sama, diajar oleh guru yang sama dan dalam kelas yang sama dengan anak² kita. Maka anak kita ke yang salah?

Kita sudah tersedia faham tentang jadual aktiviti dan belajar di sekolah² hebat ini adalah cukup padat. Bukan semua pelajar² itu mampu mengejarnya ke satu titik penamat yang sama dalam satu tempoh padat yang sama. IQ anak² juga sepastinya berbeza. Sesetengah pelajar tu memang dilahirkan pintar manakala sesetengah yang lain terpaksa berusaha keras untuk menjadi pintar. Sesetengah pelajar tu mudah faham dengan sekali penerangan sahaja tentang sesuatu topik sedangkan sesetengah yang lain memerlukan masa yang cukup panjang untuk memahami topik yang sama. Sesetengah tu pula memerlukan bantuan tuisyen luar yang berterusan untuk berada di level yang sama sedangkan kebanyakan sekolah² hebat ini tidak membenarkan dibawa masuk tuisyen ke dalamnya kerana aktiviti mereka sendiri pun sudah cukup padat. Jurang² ini lama kelamaan akan menjadi semakin melebar yang menjadikan kecemerlangan mereka akhirnya berbeza.

Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk monitor perkembangan pendidikan anak² yang sedang belajar di sekolah² hebat ini dari seawal mereka masuk form 1 sehingga tamat form 3. Sebelum² ini adanya EXIT POLICY yang mengeluarkan pelajar secara automatik pelajar² akhir form 3 yang tidak mencapai tahap tertentu dlm akademik, namun dengan tiadanya exit policy sekarang ini, kita yang sepatutnya mempertimbangkan dengan teliti samada anak² kita patut sambung belajar form 4 di sekolah yang sama atau pindah keluar mereka untuk sambung belajar form 4 di SEKHAR dan kita mampu ruangkan waktu belajar/aktiviti padat mereka sebelum ini serta diberi bantuan tuisyen yang bersesuaian dengan mereka. Kita juga perlu faham tentang pemilihan aliran dan minat anak untuk belajar bermula di form 4 nanti. Bukan semua sekolah ada semua pilihan aliran² tersebut.

Kita sepatutnya sudah faham matlamat asal kita dan matlamat akhir kita ketika kita meletakkan anak² kita belajar di satu² sekolah itu. Apalah gunanya kita meletakkan anak² kita di sekolah² yang hebat tetapi akhirnya anak² kita menjadi biasa² sahaja. Adalah lebih baik kita meletakkan anak² kita di sekolah biasa² tetapi akhirnya menjadi anak² yang hebat.

Buanglah sikap ego kita, matlamat peribadi kita demi masa depan anak² kita. Jadilah ibubapa yang perihatin, cakna dan hebat dalam hal² berkaitan pendidikan anak² kita sendiri. Berbincanglah elok² dengan anak² kita secara mendalam dan matang.

P/s - Hanya sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman 5 orang anak pernah belajar di MRSM/SBP dan sibongsu kini sedang belajar di form 3 di MRSM ICGSE. Pernah juga keluarkan anak di SBP ke SEKHAR demi kepentingan akademiknya. Orang lain mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Kita punyai hak masing² dalam memilih haluan yang tersendiri.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/11/tahap-kecerdasan-berbeza-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Pelajar Sekolah Antara 61 Geng 360 Ditahan

14 Pelajar Sekolah Antara 61 Geng 360 Ditahan

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 157 hits
TUAN NURHIDAYAH TUAN AB GHANI61 individu yang ditahan dalam satu upacara pelantikan kumpulan kongsi gelap di rumah kedai Sungai Besi hari ini KUALA LUMPUR Seramai 61 individu termasuk 14 remaja ditahan dalam satu upacara pelantikan ahli bah...
Kes Polis Bunuh Pelajar Saksi Dengar Orang Ramai Jerit Zaharif Dah Tak Ada

Kes Polis Bunuh Pelajar Saksi Dengar Orang Ramai Jerit Zaharif Dah Tak Ada

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 165 hits
IPOH Seorang remaja lelaki memberitahu Mahkamah Tinggi dia mendengar jeritan orang ramai yang berkumpul di lokasi perlanggaran berlaku bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah meninggal dunia Saksi pendakwaan ke 14 itu berkata dia ...
Disyaki Khayal Selepas Hisap Vape Pelajar Cedera Jatuh Bangunan Sekolah

Disyaki Khayal Selepas Hisap Vape Pelajar Cedera Jatuh Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 144 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar cedera terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sebuah sekolah menengah di Kangar kerana dipercayai khayal selepas menghisap vape Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Ariffin berkata kejadian...
13 Remaja Dituduh Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Hakim Lawat Lokasi Kejadian

13 Remaja Dituduh Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Hakim Lawat Lokasi Kejadian

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 129 hits
Abdul Rahemang Taimingam hmetro com myREMAJA yang disyaki membunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu ketika tiba di Mahkamah Tawau FOTO Abdul Rahemang TaimingTawau Pihak pendakwaan mengendalikan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Da...
Toreh Tangan Bila Stres Trend Pelajar Sekolah Ipt Gambarkan Masalah Kesihatan Mental Yang Serius

Toreh Tangan Bila Stres Trend Pelajar Sekolah Ipt Gambarkan Masalah Kesihatan Mental Yang Serius

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 162 hits
Toreh tangan bila stres trend pelajar sekolah dan IPT gambarkan masalah kesihatan mental yang serius Dalam beberapa tahun kebelakangan ini fenomena toreh tangan atau self harm semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat terutamanya ap...
Kelantan Pelajar Ditemukan Lemas Selepas Tergelincir Ke Dalam Tali Air Di Kota Bharu

Kelantan Pelajar Ditemukan Lemas Selepas Tergelincir Ke Dalam Tali Air Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 140 hits
BernamaSalah seorang anggota PPDA sedang menjalankan misi SAR ke atas remaja yang dikhuatiri lemas di tali air Kampung Padang Enggang Kota Bharu BernamaKOTA BHARU Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini ditemukan lemas s...
Gaduh Di Gelanggang Futsal 21 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

Gaduh Di Gelanggang Futsal 21 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 141 hits
Tangkap layar video tular pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru baru ini PETALING JAYA Seramai 21 pelajar tingkatan empat dan lima ditahan susulan pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah se...
Tukar Video Pelajar Tahfiz Jual Air Adab Bercakap Raih Pujian

Tukar Video Pelajar Tahfiz Jual Air Adab Bercakap Raih Pujian

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 181 hits
Tular video pelajar Tahfiz melakonkan watak penjual dan pembeli seperti satu trend di media sosial Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 3 2 juta tontonan dengan rata rata terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz ini Perkon...
8 Pelajar Sekolah Agama Swasta Dituduh Cederakan 3 Pelajar

8 Pelajar Sekolah Agama Swasta Dituduh Cederakan 3 Pelajar

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 165 hits
BernamaMereka didakwa melakukan perbuatan itu di asrama sebuah sekolah agamar swasta di Rembau pada 16 Okt lepas Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini kerana dengan sengaja menyebabk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti