Tadabbur Al Quran Surah Al Fatihah Ayat 2
"Alhamdulillah..."
Betapa seringnya kita menyebut kalimah ini dalam kehidupan seharian—selepas makan, selepas berjaya menyelesaikan sesuatu, malah ketika mendapat sesuatu yang menggembirakan. Tetapi, adakah kita benar-benar memahami makna di sebalik pujian kepada Allah ini?
Dalam ayat kedua Surah Al-Fatihah ini, Allah mengajar kita sesuatu yang sangat penting—rasa syukur yang sebenar. Bukan hanya diucapkan di bibir, tetapi difahami, dihayati, dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.
Mari kita selami ayat ini dengan lebih mendalam melalui 8 Level Tadabbur TOTIQ, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagai hamba Allah dan juga sebagai ibu yang mendidik generasi akan datang.
Teks Ayat & Terjemahan
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Maksud Setiap PerkataanPerkataanMaksudالْحَمْدُSegala pujianلِلَّهِBagi AllahرَبِّTuhan, PemeliharaالْعَالَمِينَSekalian alam
Kata Akar (Root Word)PerkataanKata AkarMakna Asalالْحَمْدُح م دPujian, syukurرَبِّر ب بMentadbir, mengatur, memeliharaالْعَالَمِينَع ل مAlam, sesuatu yang diketahui
Kata akar anda boleh dapati melalui beberapa rujukan, antaranya:1. Al Quran (Tafsir & By Word) - ini merupakan software/apps, anda boleh download untuk pc atau handphone2. Islamicity3. Myquranstudy
Ketiga-tiga website ini saya gunakan semasa sesi tadabbur level 6 dan pengajian bahasa arab Quran. Manakala semasa TOTIQ, untuk mendapatkan pelbagai makna/maksud perkataan itu trainers menggunakan kamus Al Quran
Tadabbur 8 LevelL1 - Tadabbur Satu AyatAyat ini menegaskan bahawa segala pujian dan kesyukuran hanya layak untuk Allah, kerana Dia adalah Tuhan yang mentadbir seluruh alam.
L2 - Ayat Sebelum & SelepasAyat 1 – Menyebut nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Ayat 3 – Menyambung dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Ini menunjukkan pujian kepada Allah berkait dengan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada semua makhluk.L3 - Kaitan dengan Nama Surah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia memulakan Al-Quran dengan pujian kepada Allah sebelum memohon pertolongan.
L4 - Kaitan dengan Tema Surah
Tema utama Al-Fatihah ialah tauhid dan pergantungan kepada Allah.Ayat ini menegaskan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak menerima segala pujian dan ibadah.
L5 - Pembukaan & Penutup Surah
Surah ini dimulai dengan pujian kepada Allah dan diakhiri dengan doa supaya diberi hidayah ke jalan yang lurus.
L6 - Perkataan dengan Ayat Lain
الْحَمْدُ disebut dalam banyak ayat, antaranya:
"Dan mereka berkata: 'Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke jalan ini.'" (Az-Zumar: 74)رَبِّ الْعَالَمِينَ juga ada dalam ayat lain, contohnya:
"Katakanlah: 'Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.'" (Al-An’am: 45)Dalam carian, الْحَمْدُ melalui website islamicity, ada ulangan sebanyak 63 kali.
Jadi semasa tadabbur level 6, kita boleh membuat tadabbur ini setidaknya sebanyak 63 kali tadabbur yang berbeza. Ini baru pada kata akar sama iaitu ح م د
Menarik bukan apabila kita belajar Arab Al-Quran bersama kaedah tadabbur ini, kita dapat tahu perkataan dengan sama kata akar namun mempunyai maksud berbeza dan cara penyampaian berbeza. Inilah antara keistimewaan bahasa arab yang telah Allah jadikan sebagai bahasa Agama Islam
L7 - Konsep dengan Ayat Lain
Konsep pujian dan pengabdian kepada Allah boleh dikaitkan dengan:
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu." (Al-Hijr: 98)
"Maka sembahlah Dia dan bersabarlah dalam beribadah kepada-Nya." (Maryam: 65)
L8 - Hadis Berkaitan
Rasulullah SAW bersabda:
"Segala puji bagi Allah memenuhi timbangan amal, dan tasbih serta tahmid memenuhi ruang antara langit dan bumi." (HR Muslim)
Sabda Nabi SAW:
"Orang yang bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah adalah seperti seorang yang sentiasa dalam ibadah." (HR al-Baihaqi, Syu‘abul Iman, No. 4142)
Tazakkur (Refleksi Hidup)1. Ibadah – Diri sebagai Hamba Allah
Ucapkan "Alhamdulillah" bukan sekadar di lisan tetapi dengan hati yang penuh kesyukuran.Pastikan segala perbuatan dan amalan kita bertujuan untuk memuji dan memuliakan Allah.
Jika saya buat dalam bentuk ayat semasa sesi tugasan kanvas BDQ, ianya akan berbunyi begini
"Ingat Emme, sebagai hamba Allah, kau wajib ucapkan Alhamdulilah ini dengan sepenuh hati, memanjat kesyukuran kepada Allah. Tidak kiralah baik atau buruk sesuatu kejadian itu, ianya adalah anugerah dari Allah kepada kau sebagai hamba-Nya."
2. Sirath – Pendekatan sebagai Seorang Ibu
Ajarkan anak-anak untuk selalu mengucapkan "Alhamdulillah" dalam setiap keadaan.Jadikan rumah tangga penuh dengan nilai syukur dan kebergantungan kepada Allah.
Jika saya buat dalam bentuk ayat semasa sesi tugasan kanvas BDQ, ianya akan berbunyi begini
"Ingat Emme, sebagai ibu, kau wajib ajarkan kepada anak-anak agar sentiasa mengucapkan Alhamdulilah ini dengan sepenuh hati, memanjat kesyukuran kepada Allah. Tidak kiralah baik atau buruk sesuatu kejadian itu, ianya adalah anugerah dari Allah kepada kau sebagai hamba-Nya. Didik anak agar sentiasa bersyukur di atas pemberian Allah walaupun tidak mewah berbanding orang lain dan melihat kepada orang yang lebih susah dari keluarga kita agar ia dapat sampai sifat syukur itu kepada anak-anak"
Rahmat & DoaDoa yang sesuai:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ
"Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai." (Surah An-Naml: 19)
Kesimpulan & SeruanKadangkala kita menganggap kesyukuran itu hanya perlu dalam perkara besar, tetapi sebenarnya ia lebih bermakna dalam perkara kecil—udara yang kita hirup, rezeki yang masuk, anak-anak yang sihat, dan setiap detik kehidupan yang kita lalui. Saya nak kongsikan juga yang telah saya belajar bersama sahabat-sahabat TOTIQ mengenai ucapan alhamdulillah semasa baik atau buruk.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَات
"Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat"
Artinya: Segala puji bagi Allah yang dengan kenikmatan-Nya menjadi sempurna segala amal saleh.
Kalimat ini adalah doa ketika melihat hal yang disukai.
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ.
"Alhamdulillah ‘ala kulli hal"
Artinya:
Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.
Kalimat ini adalah doa ketika melihat hal yang tidak disukai.
Mulai hari ini, mari kita biasakan bukan sekadar mengucapkan "Alhamdulillah", tetapi benar-benar merasai kesyukuran dalam hati dan perbuatan. Kerana pujian itu bukan sekadar kata-kata, ia adalah cerminan cinta dan penghambaan kepada Allah.
Jom perbanyakkan syukur, kerana syukur membuka pintu kebahagiaan dan keberkatan!
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2025/03/tadabbur-ayat-2-surah-al-fatihah.html