Tabung Haji Sudah Sudahlah Kekanda Mujahid Pemuda Konsisten Tuntut Rci Asyraf


Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa agar tidak mengambil  mengambil mileage (keuntungan) politik di sebalik pengumuman keuntungan RM1.25 bilion Tabung Haji (TH) bagi enam bulan pertama 2020.
Menurut beliau hakikat yang tidak disedari adalah sebahagian besar keuntungan tersebut merupakan keuntungan sukuk UJSB yang masih belum dibayar selain ia hanya untung di atas kertas dan Tabung Haji menanggung risiko amaun ini berkemungkinan tidak akan dibayar selagimana sukuk tersebut belum dijamin oleh kerajaan.
“Kedua, keuntungan ini juga disumbangkan oleh ketiadaan ibadah haji tahun ini. Secara tidak langsung, TH tidak perlu mengeluarkan subsidi sebanyak RM300 hingga RM400 juta seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
“Tetapi dalam keadaan sebegitupun, prestasi keuntungan Tabung Haji masih jauh ketinggalan berbanding tahun-tahun terakhir pemerintahan BN. Pada tahun 2017, Tabung Haji mencatatkan keuntungan RM3.412 bilion. Keuntungan ini telahpun diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara pada zaman awal pemerintahan Pakatan Harapan.
“Adakah keuntungan bagi tahun 2018 dan 2019 yang dibangga-banggakan oleh Kekanda Mujahid telahpun diaudit oleh pihak berkuasa? Jika ya, dimana laporan audit tersebut? Pengakuan Kekanda Mujahid bahawa tidak berlaku sebarang penjualan aset Tabung Haji juga meleset,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tambah Asyraf  laporan The Edge Daily pada 21 Mac 2020 mendedahkan bagaimana UJSB telahpun melupus 13 saham yang asalnya milik Tabung Haji ketika harga pasaran berada pada paras yang sangat rendah.
Sebagai contoh tambah Asyraf lagi, 28.48 juta unit saham Icon Offshore Bhd yang didagangkan pada harga purata 25.6 sen pada tahun 2019, telah dilupuskan pada awal Mac 2020 ketika harganya berada pada paras 6.5 sen sahaja.
“Siapakah yang telah memberi izin penjualan saham-saham ini sedangkan kerajaan Perikatan Nasional masih belum terbentuk pada ketika itu?. Begitu juga, bukankah kekanda melalui surat TH bertarikh 3 Disember 2019 telah mempersetujui agar TH melepaskan “First Right of Refusal” yang membolehkan UJSB menjual 18 aset hartanah milik asal Tabung Haji kepada pihak ketiga?
“Dakwaan Mujahid bahawa Tabung Haji mengalami defisit RM10bilion apabila beliau  mengambil alih jawatan menteri adalah tidak benar. Apabila PH mengubah kaedah perakaunan TH dan menolak kaedah Net Realisable Value (NRV) yang diamalkan pengurusan lama, defisit Tabung Haji setakat 31 Disember 2018 hanyalah RM4.1 bilion. Defisit ini membesar kepada RM10.9 bilion pada 31 Disember 2018 iaitu selepas PH membentuk kerajaan,” ujarnya.
Atas sebab itu, tegas Asyraf pergerakan itu sentiasa konsisten dalam tuntutan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dan memulihkan semula kedudukan Tabung Haji ke tahap yang sepatutnya dan institusi umat Islam ini sepatutnya dipelihara dan tidak dijadikan bidak catur bagi keuntungan politik sesetengah pihak.- UMNO Online



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/tabung-haji-sudah-sudahlah-kekanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Hantar Memorandum Segera Tubuh Rci Tabung Haji

Pemuda Umno Hantar Memorandum Segera Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 262 hits
Pergerakan Pemuda UMNO pada Rabu menyerahkan memorandum menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di ...
Tidak Tolak Kewajaran Tubuh Rci Tabung Haji

Tidak Tolak Kewajaran Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 487 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Ahmad Marzuk Shaary tidak menolak kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan penjualan aset yang berlaku dalam pengurusan Lembaga ...
Sudah Sudahlah Kekanda Mujahid

Sudah Sudahlah Kekanda Mujahid

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 255 hits
1 Bersungguh sungguh nampaknya Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa cuba mengambil mileage politik disebalik pengumuman keuntungan RM1 25 bilion Tabung Haji bagi 6 bulan pertama 2020 Hakikat yang tidak disedari adalah sebahagian besar keuntunga...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Konspirasi Mujahid Dan Lim Guan Eng Melelong Aset Tabung Haji Terbongkar

Konspirasi Mujahid Dan Lim Guan Eng Melelong Aset Tabung Haji Terbongkar

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 603 hits
Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan banyak aset aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera dijarah Antara yang menjadi sasaran utama ialah harta milik Tabung Haji atau TH dan Antara pendapatan utama TH adalah melalui pelab...
Mengapa Umno Pas Abai Proses Siasatan Bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

Mengapa Umno Pas Abai Proses Siasatan Bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 342 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dilihat lantang di Parlimen adalah antara orang yang bertanggungjawab atas kegagalan Tabung Haji sebelum ini kata Ketua Pemuda AMANAH Tenggara Ridhuan Esa Menuru...
Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 383 hits
Kenapa Saifuddin Nasution bersyukur dengan jawapan berhubung Tabung Haji ini sebab jawapan ini sebenarnya membuktikan kegagalan PH Dalam jawapan parlimen semalam kerajaan PN mengesahkan aset aset TH sudah dipindah ke Kementerian Kewangan se...
Terdedah Lagi Mujahiad Jual Ladang Tabung Haji Rugi Rm357 Juta

Terdedah Lagi Mujahiad Jual Ladang Tabung Haji Rugi Rm357 Juta

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 333 hits
KISAH RM247 JUTAPada awal tahun ini kita telah dikejutkan dengan kisah bagaimana anak syarikat Tabung Haji telah menjual sebahagian ladang ladang aset umat Islam kepada sebuah syarikat non bumi di bawah harga penilaian RM170 juta Rujuk di S...
Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 372 hits
Tabung Haji mencatat perolehan membanggakan tahun ini kerana proses penyelamatan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan sejak setahun lalu telah berjaya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sesi bahas Titah...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine