Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah Rm2 6 Bilion



Kenyataan dibuat bagi menjawab laporan sebuah portal, kononnya TH melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu..

Berikut adalah laporan dari portal tersebut..

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti, lapor portal The Malaysian Reserve. Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan aset hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. Portal berkenaan melaporkan, sejak akhir bulan Jun 2019, Tabung Haji telah melupuskan keseluruhan pegangannya dalam sembilan syarikat tersenarai termasuk FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Yinson Holdings Bhd. Syarikat itu juga telah menjual sahamnya di Brahim’s Holdings Bhd., Lion Industries Corp Bhd., Shin Yang Shipping Corp Bhd., T7 Global Bhd., Notion VTec Bhd., Cheetah Holdings Bhd. dan NCK Corp Bhd. Nilai pasaran bagi setiap pelupusan saham itu adalah bernilai RM1.8 bilion (TNB), RM338.1 juta (Yinson), RM324.3 juta (FGV), RM23.5 juta (Lion Industries), RM10.1 juta (VTec), RM9.6 juta (T7 Global), RM7.9 juta (Shin Yang Shipping), RM4.2 juta (Brahim’s) dan RM2.7 juta (Cheetah) pada suku kedua 2019. Sebelum ini, Tabung Haji memindahkan kepentingan ekuiti dalam 106 syarikat tersenarai bernilai RM8.9 bilion kepada SPV Kementerian Kewangan pada suku pertama tahun ini. Pemeriksaan ke atas Bloomberg pula menunjukkan bahawa Tabung Haji sehingga kini mempunyai kepentingan dalam 38 syarikat dengan saham bernilai AS $ 1.7 bilion (RM7.13 bilion), hampir tiga kali lebih rendah daripada pelaburan awal pada awal tahun ini.
Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2019, nilai ekuiti domestiknya meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018, kepada RM7.48 bilion setakat 27 September 2019.

“Pelaburan TH bertumpu kepada syarikat utama Bursa Malaysia yang mempunyai prestasi kewangan serta rekod dividen yang baik, menjana pendapatan stabil dan patuh syariah termasuk Tenaga Nasional Bhd (TNB), iaitu antara pegangan terbesar dalam portfolio TH.

“Secara keseluruhannya, pegangan TH dalam TNB bertambah RM304 juta sejak 18 bulan lalu,” katanya.

Bagi 2019 TH berkata, ia tidak memiliki atau melupuskan pegangan saham dalam syarikat seperti FGV Holdings Bhd, Lion Industries Corporation Bhd, T7 Global Bhd, Shin Yang Shipping Corporation, Brahim’s Holdings Bhd dan Cheetah Holdings Bhd, seperti yang dilaporkan portal berkenaan.

Ia berkata, selain ekuiti TH kini giat dalam mencari peluang pelaburan dalam semua kelas aset, seperti hartanah dan instrumen kewangan berpendapatan tetap seperti sukuk.

“TH sentiasa mengutamakan kepentingan pendeposit dan melabur secara berhemah, selaras dengan strategi alokasi aset yang mengutamakan pendapatan yang mampan buat jangka masa panjang dengan mengambil kira risiko bersesuaian.

“TH akan terus mengekalkan tahap tadbir urus yang tinggi dalam mentadbir dana yang dipertanggungjawabkan kepadanya,” katanya.

Sumber laporan dari SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/tabung-haji-nafi-lepas-pegangan-ekuiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Bawah Ph Tabung Haji Lepas Rm2 6b Ekuiti Sejak 3 Bulan Lalu

Di Bawah Ph Tabung Haji Lepas Rm2 6b Ekuiti Sejak 3 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 212 hits
KL 29 Sept Lembaga Tabung Haji telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2 6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti lapor portal The Malaysian Reserve Tabung Haji tahun lalu menjual...
Tabung Haji Jual Rm2 6 Bilion Ekuiti Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tabung Haji Jual Rm2 6 Bilion Ekuiti Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan Dr Asyraf Wajdi Dusuki

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 283 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk segera buat penjelasan berkenaan dengan penjualan aset aset strategik Tabung Haji bernilai RM2 6 bilion termasuk keseluruhan pegangan saham Tabung Haji dalam Tena...
Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 537 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Lembaga Tabung Haji seharusnya melakukan penjelasan berkenaan penjualan aset strategik institusi tersebut berserta fakta bukann...
Mp Kepong Nafi Lepas Tangan Isu Perumahan Era Bn

Mp Kepong Nafi Lepas Tangan Isu Perumahan Era Bn

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 195 hits
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menolak dakwaan kononnya beliau lepas tangan dalam isu perumaan penduduk di Jinjang Selatan Tambahan Menurutnya beliau sentiasa memantau pertikaian antara pemaju dan penduduk itu yang berdepan risiko diusir ...
Kokain Campur Arang Batu Rm2 4 Bilion

Kokain Campur Arang Batu Rm2 4 Bilion

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 275 hits
POLIS Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM2 4 bilion selepas merampas tiga kontena dalam Op Eagle di Butterworth 10 September lalu Sindiket membawa dadah dari Amerika Selatan it...
Kokain Seberat 12 Tan Bernilai Rm2 4 Bilion Dirampas Dalam Op Eagle

Kokain Seberat 12 Tan Bernilai Rm2 4 Bilion Dirampas Dalam Op Eagle

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 656 hits
Menurut kokain atau kokaina ialah alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun daun koka Ia adalah perangsang sistem saraf pusat dan pembantut selera yang menghasilkan apa yang diperihalkan sebagai perasaan sangat gembira dan pertamb...
Tabung Haji Melepaskan 9 Saham Utama Termasuk Tnb Bernilai Rm1 8 Billion

Tabung Haji Melepaskan 9 Saham Utama Termasuk Tnb Bernilai Rm1 8 Billion

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 364 hits
Lembaga Tabung Haji telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2 6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti lapor portal The Malaysian Reserve Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan...
Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 679 hits
Ada banyak cara untuk tambah simpanan tabung haji anda Antaranya deposit tunai di kaunter kaunter tabung haji arahan potongan gaji dan transfer dari bank terus ke akaun tabung haji anda Iaitu menggunakan cara transfer Maybank2u ke akaun tab...
Penduduk Kg Kedondong Kecewa Adun Tak Jenguk Lepas Perobohan

Penduduk Kg Kedondong Kecewa Adun Tak Jenguk Lepas Perobohan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 230 hits
Penduduk Kampung Kedondong di Sungai Buloh kecewa kerana wakil rakyat kawasan mereka tidak turun padang melihat keadaan perobohan rumah di kawasan itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Kedondong Paya Jaras Azroy Abdul Manaf berkata k...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur