T20a31 Doa Penerang Hati Sebelum Belajar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kepada kawan-kawan yang ada masalah semasa belajar bolehlah baca doa ini sebelum mula belajar, lepas sembahyang pun boleh, atau bila-bila saja ingin berdoa.
Tetapi jika kawan faham dan menghayati maksud doa ini, ia boleh dibaca apabila kita menghadapi cabaran semasa nak berurusan seperti berdebat, berucap atau berbincang. Contohnya jika kawan-kawan nak memulakan sesuatu pembentangan bolehlah minta daripada Allah mellalui doa ini agar membuatkan kita tenang, jadikan pembentangan itu berjalan lancar, dan supaya para pendengar menerima dan memahami isi pembentangan tersebut.
Doa Penerang Hati
Gambar kartun doa penerang hati jawi dan maksudnya dalam Bahasa Melayu.
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka.Maksud Doa Penerang Hati dalam Bahasa MelayuDoa penerang hati ini selalu dibaca sebagai doa mula belajar di mana maksudnya adalah seperti berikut:
Wahai Tuhanku.
Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.
Amin.
Bagi Tedi doa penerang hati ini jika kita hayati maksudnya bukan sahaja sesuai untuk dibaca sebagai doa sebelum belajar tetapi juga sebelum kita adakan perbincangan dan juga sebelum mulakan pembentangan kerana di dalam doa itu ada disertakan permintaan agar kita dapat berkata-kata dengan fasih (bukalah simpulan dari lidahku) supaya orang yang mendengar kata-kata kita (hujah, isi pembentangan) dapat memahami apa yang kita katakan.
Ringkasan: doa penarang hati, doa penerang hati untuk belajar, doa belajar penerang hati, doa terang hati belajar, doa belajar dan doa penerang hati, doa belajar dan penerang hati, doa penerang hati belajar, doa sebelum belajar dan penerang hati,
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2012/10/doa-penerang-hati.html