T18k13 Kes Zulfarhan Saksi Gambarkan Seperti Perlawanan Tinju


KUALA LUMPUR - Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, ibarat perlawanan tinju.
Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluh-peluh ketika dipukul oleh rakan-rakannya sebelum seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa.
“Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-19.
Saksi pendakwaan ke-25 yang merupakan rakan sebilik Zulfarhan Osman itu menjelaskan, selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduh-tertuduh lain kemudian menyambung semula perbuatan memukul mangsa.
Kepada soalan Othman adakah perbuatan mengelap peluh dan menyambung semula pukulan itu ibarat perlawanan “boxing”, saksi itu yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah berkata, “ya, lebih kurang macam itulah,”.
Terdahulu ketika pemeriksaan balas peguam Ariff Hazami Hussin yang mewakili Noriznan Izzairi, saksi itu memberitahu ketika kejadian pukul Zulfarhan Osman di bilik asrama 3-5 pada malam 21 Mei 2017 itu, ada beberapa pelajar yang cuba menghalang kejadian itu dengan memarahi individu-individu yang memukul mangsa.
“Ada yang datang tengok dan tak buat apa-apa,” katanya sambil menambah dia tidak pasti berapa ramaikah rakan yang cuba menghalang Zulfarhan Osman daripada dipukul.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 23 Jan tahun depan. - Bernama
20181113


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2018/11/kes-zulfarhan-saksi-gambarkan-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Saksi Kes Rasuah Bekas Setpol Mat Sabu Didenda Rm15 000 Kerana Beri Keterangan Bercanggah

2 Saksi Kes Rasuah Bekas Setpol Mat Sabu Didenda Rm15 000 Kerana Beri Keterangan Bercanggah

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 260 hits
BernamaKUALA LUMPUR Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Mohamad Sabu masing masing didenda RM15 000 oleh Mahkamah Sesyen kerana memberi keterangan bercanggah semasa disoal siasat Suruhanjaya Pencegaha...
Saksi Ganjar Tuding Jokowi Bagi Bansos Seperti Pencuri Hotman Paris Bereaksi Keras

Saksi Ganjar Tuding Jokowi Bagi Bansos Seperti Pencuri Hotman Paris Bereaksi Keras

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 272 hits
Hotman kemudian mempertanyakan maksud Romo Magnis yang mengibaratkan Presiden layaknya pencuri
Video Hotman Kesal Ke Saksi Amin Hakim Mk Terpancing Yusril Beri Kode Tenang

Video Hotman Kesal Ke Saksi Amin Hakim Mk Terpancing Yusril Beri Kode Tenang

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 178 hits
Sidang lanjutan gugatan Pilpres 2024 kembali digelar Mahkamah Konstitusi pada Senin 1 April 2024
Mk Buka Peluang Panggil 4 Menteri Jokowi Jadi Saksi Sengketa Pilpres Tapi Ada Syarat Khususnya

Mk Buka Peluang Panggil 4 Menteri Jokowi Jadi Saksi Sengketa Pilpres Tapi Ada Syarat Khususnya

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 229 hits
Keempat menteri Jokowi itu adalah Menko Perekonomian Airlangga Hartarto Menteri Sosial Tri Rismaharini Menteri Keuangan Sri Mulyani dan Menteri Perdagangan Zu
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pameran Istimewa Picasso Dan Lin Xiang Xiong Dialog Merentasi Masa

Lirik Lagu Maafkanlah Aku Projector Band

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights

Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini