T17b20 Contoh Surat Rasmi Penjelasan Lewat Hadir Bertugas Dari Majikan
Ini adalah contoh surat rasmi penjelasan lewat hadir bertugas daripada majikan kepada pekerja.
Pekerja perlu membalas surat ini dengan menggunakan Surat Tunjuk Sebab dalam tempoh beberapa hari yang diberikan oleh majikan bermula dari tarikh dia menandatangani Surat Akuan Terima.
Contoh Surat Rasmi Meminta Tunjuk SebabSULIT
Rujukan kami: <Nombor rujukan fail syarikat>
<Tarikh>
<NAMA PEKERJA DALAM HURUF BESAR>
<Nama jabatan pekerja>
Perkara: SURAT PENJELASAN LEWAT HADIR BERTUGAS
Rujuk kepada perkara di atas.
Pihak Syarikat telah mendapati bahawa anda telah lewat hadir bertugas seperti perincian di bawah:
No.TarikhMasa Masuk Kerja103 Mac 201608:43 pagi208 Mac 201608:43 pagi309 Mac 201608:38 pagi430 Mac 201608:31 pagi
Kami memandang serius terhadap kelewatan di atas kerana ia bertentangan dengan perkara 3.0 polisi Syarikat iaitu "<Isikan nama polisi syarikat anda di sini>".
Anda diberi masa selama tiga (3) hari dari tarikh penerimaan surat ini untuk memberikan alasan-alasan mengapa tindakan tatatertib tidak wajar dikenakan ke atas anda.
Sekiranya kami tidak menerima apa-apa alasan daripada anda, maka kami akan menganggap bahawa anda tiada sebarang alasan terhadap di atas dan/atau sekiranya kami mendapati bahawa sebab-sebab yang anda berikan tidak munasabah, kami berhak untuk mengenakan tindakan tatatertib ke atas anda.
Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani Surat Akuan Terima yang dilampirkan bersama.
Yang benar,
<NAMA SYARIKAT ANDA>
_________________
<NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF>
Ketua Pegawai Eksekutif
salinan: <Nama jabatan pekerja tersebut>
Fail Peribadi
contoh surat tunjuk sebab dari majikan {54} surat tunjuk sebab lewat hadir kerja {53}, contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja pdf {4.0} 20170220
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2017/02/contoh-surat-rasmi-penjelasan-lewat.html