Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid.Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu.Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas.City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang. “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berlegar-legar dalam minda mereka dan pastinya mereka takkan mahu terlepas peluang bermain dalam perlawanan itu akibat kecederaan. Harapnya kita akan dapat ambil kesempatan.” – Rafa Benitez.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |