T12j14 Awas Jaga Langkah Di Naza Talyya
Minggu raya ini Tedi sibuk beraya sehingga tak sempat menconteng diariNak muat-naik (upload) gambar raya, malas la pula nak salin (copy) gambar daripada kamera. Jadi buat sementara ini Tedi muat-naik dahulu gambar-gambar lama terutama yang berunsur abstraks, sesuai dengan nama diari Tedi ini, interpretZZ.
Abstraks lah sangat kan?
Caution
Mind your step !!!
Please ensure the balcony door is always locked before leaving your room.Maksud abstrak [ab.strak]Tulisan jawi: ابسترک
Perkataan Definisi Contoh Ayat Sumberabstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad Kesetiaan adalah sesuatu yang abstrak. Kamus Dewan Edisi Keempatabstrak tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). Kamus Pelajar Edisi Keduamengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak Kamus Dewan Edisi Keempatkeabstrakan perihal atau sifat abstrak Kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri keabstrakan lukisannya Kamus Dewan Edisi KeempatMemandang ke luar dari sebalik langsir yang menutupi kaca pintu gelongsor di bilik hotel Naza Talyya Pulau Pinang. 20121014
Awas
Jaga langkah !!!
Pastikan anjung pintu sentiasa dikunci sebelum meninggalkan bilik anda.Apakah itu anjung pintu?Anjung pintu bermakna anjung kepada pintu. Macam mana pintu boleh punyai anjung? Selalunya anjung hanya terdapat pada rumah.
Mungkinkah amaran ini sebenarnya mahu meminta penginap untuk mengunci pintu anjung bilik mereka? Tedi pasti itulah niat utama mereka memandangkan mereka mahu balcony door ditutup. Main terjemah membabi buta, apa cikai sangatkah Bahasa Malaysia?
Nak duduk Malaysia tapi Bahasa Malaysia hancur. Macam mana?
Maksud anjung [an.jung]Tulisan jawi: انجوڠ
Perkataan Definisi Contoh Ayat Sumber anjung bahagian rumah yang ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah) Kamus Dewan Edisi Keempatanjung peranginan anjung tempat mengambil angin Kamus Dewan Edisi Keempatanjung-anjung,
anjungan panggung yang tinggi di buritan perahu Kamus Dewan Edisi Keempatanjung-anjungan puji-pujian yang berlebih-lebih, bodek Dia tak termakan oleh anjung-anjungan itu.Kamus Dewan Edisi Keempatberanjung,
berperanjung mempunyai anjung adalah dilarang membangunkan rumah beranjung dan rumah bertiang gantung.Kamus Dewan Edisi Keempatdianjung dipuji-puji, diangkat-angkat, disanjung-sanjung. Dia seorang yang suka dianjung.Kamus Dewan Edisi Keempatmenganjung,
menganjungkan memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi.
menuju (perahu dan sebagainya). Menganjung layang-layang yang hendak diterbangkan.
Perahu itu pun menganjung ke tengah lautKamus Dewan Edisi Keempatmenganjung-anjung,
menganjung-anjungkan memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung Kamus Dewan Edisi KeempatMenganjungkan diri bagai sepasin peribahasa dialek Minangkabau: orang yang hina tetapi hendak melagakkan diri. Kamus Dewan Edisi Keempattinggi dianjung, besar dilambuk peribahasa dialek Minangkabau: kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya. Kamus Dewan Edisi Keempat--- tammat, 20121014 ---
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/08/awas-jaga-langkah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29