Syukur Masih Berjodohan Dengan Google Adsense
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
SYUKUR MASIH BERJODOHAN DENGAN GOOGLE ADSENSE. Syukur. TERIMA KASIH ALLAH. Benarlah sabar itu indah walau sakit. Salah satu sebab mengapa PC bertangguh-tangguh mahu bertukar ke dot com, beli dan mempunyai domain sendiri, jawapannya adalah Google Adsense. Walau rezeki tidak sehebat mana, tidak juga sekencang seperti sahabat-sahabat blogger lain, tapi PC sangat-sangat bersyukur
Dua kemungkinan. Ianya itu juga adalah risiko yang mesti diterima dengan hati dan fikiran yang terbuka. Setiap apa pun keputusan yang mahu diambil tetap sahaja ada risikonya. Tukar domain boleh jadi akan tetap berjodohan dengan Google Adsense dan boleh jadi juga kehilangan Google Adsense selamanya. Walau sedikit tapi sentiasa ada ianya menjadi salah satu sumber motivasi juga pada PC. Berbanding terus tidak ada sudah tentu menganggu juga rasa dihati
Akhirnya tawakkal. Tawakkal tukar domain sekarang. Tawakkal sama ada masih berjodohan atau tidak dengan Google Adsense. Macam jakun je kan. Entah apa-apalah PC, siap buat entri bagai. Nak jadikan kenangan. Pengalaman dari blogspot ke dot com owhhh macam ni liku-likunya. Sampai satu tahap, dalam pada tawakkal tetap juga cari tutorial, rujuk blog-blog sahabat-sahabat blogger yang lain yang lebih pengalaman dan pernah melalui situasi, tengok di youtube juga. Memang banyak juga yang perlu PC perbetulkan. Perlahan-lahan
Cukup enam belas hari. Dari hari pertama tukar domain. Google Adsense tidak berfungsi. Aku kan dah usaha. Ada ke, tak ada ke, aku redha. Engkau tahu apa yang terbaik Ya Allah. Kalau PC yang baru beberapa hari pun dah rasa macam ni, apatah lagi sahabat blogger yang sekian lama tunggu kelulusan GA ni tentu lebih tidak selesa. Tapi hari ini.
Syukur masih berjodohan dengan Google Adsense. Banyak perkara PC belajar dan tentunya Allah SWT mahu PC pelajari. Sabar itu sudah tentu. Jangan berputus asa. Bersangka baik denganNYA sentiasa. Doa. Minta dan minta. Yakin kalau bukan rezeki kita di sini akan ada rezeki yang lainnya juga. Dan bila berjaya pun ada ujiannya dan ada juga yang perlu dipertanggungjawabkan.
Allah sangat baik. Baik sangat-sangat. Yakinlah.
SekianTinta PCSyukur Masih Berjodohan Dengan Google Adsense
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/03/syukur-masih-berjodohan-dengan-google.html