Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan
PENTING: TARIKH DAN JUMLAH BANTUAN SYUKUR FASA 2.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar merupakan sebuah program yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah. Bantuan ini dianggarkan dapat membantu 100,000 ribu penerima di negeri tersebut.
Berikut kami kongsikan serba sedikit maklumat berkenaan program ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.
Antara objektif program ini adalah untuk:
Meringankan beban kewangan penerima bagi memenuhi keperluan asas mereka
Menyokong golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa
Mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah menerusi bantuan berterusan
Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima RM 300 setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Namun begitu bayaran ini akan disalurkan setiap tiga bulan, dalam empat fasa yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Bagi penduduk negeri Sabah yang ingin memohon bantuan SYUKUR ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
Kriteria asas:
Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
Warganegara Malaysia; dan
Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:
Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
Bagi kategori miskin
Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
Bagi kategori miskin tegar
Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Baca juga: SYUKUR Fasa 1 : Semakan & Tarikh Bayaran
Cara Permohonan SYUKUR
Bagi anda yang terlepas untuk memohon bantuan ini, anda masih boleh melakukan permohonan SYUKUR dengan cara berikut:
Pergi ke portal rasmi PADANS
Pilih menu “Permohonan Baharu SKR” di bahagian atas laman web.
Isi maklumat lengkap yang diperluka.
Klik butang “Daftar Pengguna”
Lengkapkan borang permohonan yang diberikan/
Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan.
Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 2
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi SYUKUR Fasa 2, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi. Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
FASA BAYARANTarikh BayaranKADAR PENYALURANJanuari – Mac (Fasa 1)19 Februari 2025 (Rabu) RM900April – Jun (Fasa 2)April 2025RM900Julai – September (Fasa 3)Ogos 2025RM900Oktober – Disember (Fasa 4)Oktober 2025RM900

Cara Salur Bantuan SYUKUR fasa 2
Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR fasa 2 ini, ia akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :
Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan SYUKUR fasa 2 ini anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab dengan cara di bawah:

Sumber: SYUKUR FAQ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/syukur-fasa-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syukur-fasa-2