Syukur Dia Jadi Suami Daddy Ameena Selalu Gaduh Manja Sweetnya Ucapan Shakila Khoriri Buat Suami
Acapkali Instagram pelakon yang satu ini sering dipenuhi dengan video gurau senda malah gaduh-gaduh manja bersama suaminya yang juga penyampai radio, Fizi Ali.
Namun kali ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Shakila Khoriri tampil meluahkan isi hatinya dalam hidup berumah tangga yang dilaluinya bersama suami tercinta.
Shakila turut meluahkan rasa bahagia dengan perkahwinan yang dilaluinya malah amat bersyukur dikurniakan suami yang penyayang malah sentiasa menyokong kuat dirinya.
Menulis panjang lebar di Instagramnya, bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu, Shakila meluahkan rasa syukurnya kerana dia melalui detik yang cukup membahagiakan bersama suaminya.
“Bismillahirohmanirohim. Rasa baru semalam tolak dan sekeras-kerasnya dalam hati tak nak dia ni jadi boyfriend. Tak suka! Tapi aturan Allah tu paling cantik untuk aku. Aku tak nak DIA bagi.
“Harapan nak kawin lelaki kaya hancur musnah. Aku bukan mata duitan sebab siapa kenal aku tahu aku memang cari duit sendiri kalau nak apa-apa tapi jaminan untuk bakal anak-anak aku nanti. Masa TU lah fikiran aku.
“Tapi macam aku cakap, Allah lebih tahu. DIA kata inilah lelaki dan imam aku dan akan heret aku ke syurga. *insyallah*
“Hari ni aku rasa bersyukur sangat sebab dia adalah suami dan daddy anak aku. Dia tak kaya tapi kitaorang bahagia.
“Seronok lalui waktu susah senang sama-sama. Lepas ni dia bakal jadi kaya raya. Harap jangan dia nak hadiah isteri baru,” tulisnya di kapsyen.
Malah kata Shakila lagi banyak yang dilalui bersama suami tersayangnya sepanjang tiga tahun hidup bersama. Namun katanya, Fizi adalah lelaki yang baik malah sentiasa menjadi pendamping setianya.
“Sepanjang aku kenal dan kawin dengan dia ni, banyak sungguh salah dan dosa aku buat. Sampai ada satu tahap aku rasa tak layak untuk hidup dengan orang sebaik dia. Tapi tu lah. Pelajaran dan pengajaran untuk aku. Nak cerita pun rasa tak payah lah. Biar aku dengan dia je tahu.
“3 tahun baru lagi tapi tengok lah. Kejap ke masuk 10 tahun kang! Anak pun makin cepat besar. hmm ..masa!
“Rajin pulak menaip pagi-pagi buta ni. Penat dok shopping sambung mengemas pulak tengah malam semalam tak hilang lagi. Excited celebrate anniversary kat rumah je.
“Anyway. Happy 3rd Anniversary sayang @fiziali. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kita anak beranak. Dan Allah permudahkan rancangan dan urusan kita. Dan panjangkan jodoh kita. Pendek kan kebodohan kita. I sayang lah you,” tulisnya lagi.
Sebuah ucapan ikhlas dari isteri buat suami tercintanya. Hantaran Shakila itu turut dihujani dengan pelbagai ucapan dan doa agar kebahagiaan pasangan ini berkekalan hingga syurga.
View this post on Instagram
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)
Selepas bernikah pada 18 Februari 2018, pasangan ini kini dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofea yang kini berusia dua tahun.
Artikel berkaitan: Jantung Rasa Nak Pecah, Hilang Rasa Demam, Sakit-Sakit Badan, Shakila Khoriri Terharu Kejutan Suami
Penat Jaga Ameena Tapi Nikmatnya Tak Boleh Nak Share, Mak-Mak Je Tahu Feeling Ni, Shakila Khoriri Enjoy Berpantang
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shakillakhoriri
The post “Syukur Dia Jadi Suami & Daddy Ameena,” Selalu Gaduh Manja, Sweetnya Ucapan Shakila Khoriri Buat Suami! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/syukur-dia-jadi-suami-daddy-ameena-selalu-gaduh-manja-sweetnya-ucapan-shakila-khoriri-buat-suami/