Syiling Pun Duit Wanita Pec4h Tabung Beli Gelang Dan Cincin Emas Jurujual Tak Merungut Gigih Kira Sekeping Sekeping
INDIVIDU berkerjaya pastinya mempunyai sasaran yang ingin dicapai dalam hidup, begitu juga golongan suri rumah dan pelajar.
Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi memberi penghargaan kepada diri sendiri atas usaha yang dilakukan.
Bagi para wanita, barang perhiasan berasaskan emas adalah perkara utama yang terlintas dalam diri jika membabitkan self-reward kerana selain kelihatan cantik ia juga merupakan pelaburan jangka masa panjang.
Seperti rakaman video yang tular baru-baru ini, seorang wanita dikatakan membeli sebentuk cincin emas dan gelang tangan dengan menggunakan duit syiling yang dikumpul.
Meskipun ‘sukar’ kerana perlu mengira longgokan duit syiling satu persatu, namun itu bukan satu masalah bagi peniaga kedai emas kerana apa yang penting ialah menggembirakan pelanggan.
Menceritakan momen tersebut, Juliana Zakaria yang mewakili Kedai Emas Odelon Jewels di Kuala Terengganu, Terengganu berkata, pihaknya menerima apa sahaja kaedah pembayaran termasuk menggunakan syiling.
Namun katanya, pembayaran menggunakan syiling mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan kuantiti yang banyak dan jumlah besar.
“Kami tidak mempunyai masalah jika pelanggan ingin membayar menggunakan duit syiling… cuma ambil masa lama kerana nak kira dan perlu panggil beberapa staf untuk membantu.
“Namun bagi pelanggan ini, duit syiling yang dibawanya adalah tambahan kepada jumlah yang tidak mencukupi sahaja dan selebihnya adalah duit kertas,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Menurut Juliana, pada awalnya dia agak terkejut apabila pelanggan menyatakan hasrat untuk membeli menggunakan wang syiling kerana ia tidak pernah berlaku.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Kakitangan Odelon Jewels melayan pelanggan yang datang membeli barang kemas.
Kata Juliana, kebiasaannya pelanggan akan membayar menggunakan tunai atau online transfer selari perkembangan teknologi kewangan semasa.
Bercerita lanjut, ujarnya, pelanggan terbabit merupakan seorang peniaga dan pelanggan tetap kedainya yang gemar menabung duit lebihan.
“Apabila simpanan dah banyak macam tu, dia berhasrat untuk membeli barang kemas sebagai self-reward. Tak pasti sejak bila tabungannya itu, tapi dia sering datang ke kedai emas kami untuk membeli.
“Saya panggil kak Noraini sebab memang dah familiar dengannya. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan datang bersama anaknya.
“Lagi pula dia ada beberapa lagi barang kemas yang dibeli di sini dengan menggunakan kaedah ansuran,” jelasnya yang memperkenalkan kaedah tersebut bagi membantu wanita menggayakan emas.
Dalam pada itu, Juliana yang sudah empat tahun berkhidmat di kedai emas terbabit memberitahu, pada masa ini tidak ramai yang menerima duit syiling.
“Tak ramai yang nak terima duit syiling ni sebab renyah, jadi kami mengambil inisiatif sebaliknya sekali gus memudahkan orang ramai khususnya suri rumah yang ingin memiliki barang kemas idaman.
Antara pelanggan yang hadir ke kedai Odelon Jewels.
“Sebelum ini ada yang datang membeli menggunakan duit RM1 kerana musim raya… apa pun wang yang dibawa, kami terimanya,” tambahnya.
Dia juga berhasrat untuk menyediakan mesin kira-kira wang syiling bagi memudahkan urusan bersama pelanggan jika ramai yang menggunakan wang tersebut dalam pembelian.
Terdahulu, videonya mengira duit syiling menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.
Salah seorang pelayar turut menyatakan pernah melakukan perkara sama di sebuah kedai emas ketika membeli barang perhiasan yang diminati.
“Tak apa janji duit. Ibu saya pun beli emas hari tu guna duit syiling hampir RM1,000. Semua staf kedai emas masuk dalam untuk tolong kira,” kongsinya di ruangan komen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/KfyEYS7
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/09/syiling-pun-duit-wanita-pec4h-tabung.html