Syiling Emas Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Seri Di Tahan



KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” kerana dipercayai menggunakan potret Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuat syiling emas tanpa kebenaran, dalam satu serbuan di Batu Caves, Selangor petang semalam.

Ahli perniagaan yang berusia 30 tahun itu ditahan pada 7.15 malam semalam susulan laporan polis yang diterima daripada pihak Istana Abdul Aziz sebaik menyedari pembuatan dan penjualan “gold coin” (syiling emas) yang menggunakan potret berkenaan tanpa kebenaran daripada baginda berdua pada 28 Dis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berikutan itu polis melakukan siasatan serta risikan sebelum mendapati terdapat 2 ahli perniagaan yang bergelar “Datuk Seri” dan “Datuk” terlibat dengan kejadian itu.

“Berdasarkan risikan yang dilakukan, polis kemudian berjaya mengesan ‘Datuk Seri’ berkenaan di sebuah kedai makan dan menahannya kerana dipercayai menipu dengan melakukan pembuatan dan penjualan syiling emas menggunakan potret diraja tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis juga melakukan serbuan di sebuah rumah dipercayai milik rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dengan perbuatan tersebut pada 10.30 pagi semalam, namun didapati tiada di rumah.

Siasatan mendapati lelaki yang turut bergelar “Datuk” itu, telah keluar negara bersama keluarganya untuk bercuti sejak 23 Dis lalu dan semakan mendapati dia masih belum kembali ke Malaysia, katanya.

Susulan penahan itu, polis merampas sebuah katalog penjualan syiling emas itu, sekeping syiling emas tertera potret Sultan Pahang dan Jata Pahang serta sekeping syiling emas tertera potret Pemangku Raja Pahang dan Jata Pahang.

Mohd Wazir berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek mendakwa hanya mempunyai 4 set buku katalog berkenaan dan satu daripadanya dirampas polis semasa serbuan.

“Suspek turut mendakwa hanya membuat 2 keping syiling emas itu bagi tujuan diserahkan kepada orang tengah supaya dapat dibawa menghadap Pemangku Raja Pahang bagi mendapat perkenan dan kebenaran.

“Berdasarkan penilaian polis mendapati kos pembuatan untuk sekeping syiling emas hanya RM8,000 namun suspek menjualnya dengan harga RM18,888.

“Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dilakukan dan polis sedang mengesan rakannya bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pagi ini bagi perintah tahanan reman untuk membantu siasatan kes itu. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/syiling-emas-ahli-perniagaan-bergelar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 426 hits
Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Touching Warkah Jujur dari Jurugambar buat insan bergelar Datuk Seri Najib Razak Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Jurugambar bukanlah kerjaya saya Ianya ...
Hiburan Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Hiburan Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 298 hits
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita Bella Dally yang kini sudah bertemu penggantin dan bergelar tunangan orang Selepas lima bulan mengenali hati budi seorang ahli perniagaan bernama Arif Bella akhirnya mengikat tali pertunangan denga...
Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Memasuki 40 An

Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Memasuki 40 An

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 531 hits
Hari ini 11 Januari merupakan hari kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke 40 dan setiap kali tiba ulang tahunya pasti stesen radio tempatan akan memainkan lagu lagunya Namun Sini Nurhaliza melihatkan rasa segannya apabila berkata Kadan...
Mahkamah Sambung Reman Tiga Hari Terhadap Datuk Seri

Mahkamah Sambung Reman Tiga Hari Terhadap Datuk Seri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 344 hits
KUANTAN Mahkamah Majistret di sini pagi tadi membenarkan permohonan sambungan reman ke atas seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes menghasil dan menjual syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang Pemangku ...
Sprm Tahan Seorang Datuk Berhubung Siasatan Ke Atas Tourism Malaysia

Sprm Tahan Seorang Datuk Berhubung Siasatan Ke Atas Tourism Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 303 hits
NOR IDAYU BOSRO 08 Januari 2019 10 41 PM PUTRAJAYA Dua individu termasuk seorang bergelar datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi
Proton 1 Ini Telah Dipandu Oleh Dua Orang Sultan Ahli Perniagaan Tawar Rm5 Juta Untuk Beli Proton 1 Sultan Johor

Proton 1 Ini Telah Dipandu Oleh Dua Orang Sultan Ahli Perniagaan Tawar Rm5 Juta Untuk Beli Proton 1 Sultan Johor

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 629 hits
Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan Ahli Perniagaan tawar RM5 juta Untuk beli Proton 1 Sultan Johor Seorang ahli perniagaan sanggup menawarkan RM5 juta untuk membeli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran...
Datuk Proton Saga Proton 1 Ditawar Dengan Harga Rm5 Juta

Datuk Proton Saga Proton 1 Ditawar Dengan Harga Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 462 hits
Datuk kepada generasi Proton Saga hari ini kereta keluaran pertama negara dengan nombor plat Proton 1 akan ditawar sehingga RM5 juta sekiranya dilelong Kereta yang menjadi milik Sultan Johor itu sanggup dibeli dengan harga sebegitu seperti ...
Apabila Datuk Bandar Kl Kena Saman

Apabila Datuk Bandar Kl Kena Saman

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 259 hits
Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan mendedahkan beliau pernah disaman oleh pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas kesalahan trafik minggu lepas Katanya saman itu dikeluarkan ketika beliau memandu kereta sendir...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal