Syeikh Al Azhar Berterima Kasih Atas Anugerah Tokoh Maal Hijrah


 
Syeikh Al-Azhar Al-Syarif, Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas pengurniaan anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2020/1442H, kepadanya semalam.


Syeikh Ahmad dalam satu hantaran berbahasa Arab menerusi akaun Facebook rasmi Universiti Al-Azhar hari ini, merakamkan penghargaan itu khususnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengurniaan anugerah itu.


Beliau berkata anugerah berkenaan mencerminkan pengiktirafan terhadap kedudukan tinggi Universiti Al-Azhar di mata rakyat Malaysia.




 
Beliau turut menyatakan akan melakukan lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi jemputan perdana menteri.


“Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2020 ini adalah penghargaan istimewa kepada saya oleh sebuah model negara Islam yang menjadi perintis dalam pembangunan dan keharmonian iaitu Malaysia.


“Anugerah ini pada hakikatnya adalah pengiktirafan kepada institusi Al-Azhar serta para ulama dan pelajarnya. Setinggi penghargaan kepada Raja (Yang di-Pertuan Agong) dan Perdana Menteri Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya.


Syeikh Ahmad berkata hubungan rapat antara Universiti Al-Azhar dan Malaysia yang terjalin sejak sekian lama sememangnya sangat bersejarah dan telah menyaksikan pelbagai kerjasama dalam segenap bidang termasuk hal ehwal agama, budaya dan ilmiah.


Pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah bertemakan ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ berlangsung di Masjid Negara, semalam, turut menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat kebangsaan.


Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Zulkifli berkata pemilihan kedua-dua tokoh tersebut dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam, di peringat nasional dan global. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/syeikh-al-azhar-berterima-kasih-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Noor Hisham Dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020

Dr Noor Hisham Dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 1027 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020 1442 Hijrah pada sambutan di Masjid Negara malam ini Syeikh Al Azhar Al Syarif Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumum ...
Salam Maal Hijrah 1442h

Salam Maal Hijrah 1442h

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 1085 hits
Salam Maal Hijrah 1442H pada semua rakan keluarga dan pengunjung blog sekalian Semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat menj...
King Queen Attend Maal Hijrah Celebration At National Mosque

King Queen Attend Maal Hijrah Celebration At National Mosque

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 799 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah performs prayers during the national level Maal Hijrah celebration at the National Mosque Kuala Lumpur August 19 2020 Bernama picKUALA LUMPUR Aug 19 The Yang di Pe...
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442 H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442 H

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 1348 hits
Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1442H Negara terus sejahtera makmur dan di bawah rahmat lindungan Illahi hendaknya menjelang tahun baru hijrah 1441 Semoga kita semua beroleh kejayaan makin cemerlang dalam kehidupan dan semakin tinggi akhlak sei...
Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 663 hits
Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh Menderita ketumbuhan dalam mulut bapa kepada adik Ainul tabah...
Tema Maal Hijrah 2020 Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442h

Tema Maal Hijrah 2020 Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442h

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 2771 hits
Tema Maal Hijrah 2020 Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442H Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Harini tarikh 20 Ogos 2020 bersamaan dengan 1 Muharram 1442 Hijrah adalah antara tarikh penting dalam sejarah Islam penghijrahan ...
Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah

Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 947 hits
Assalamualaikum Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan rakan seperjuangan blogger dan juga para pembaca setia blog in...
Terima Kasih Di Atas Kunjungan

Terima Kasih Di Atas Kunjungan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 485 hits
Hi korangSabtu lepas bukan main happy lagi kakak Dania menerima kunjungan Ayah dan family dia Ye la lama plak x jumpa kan bukan dapat jumpa selalu biasanya ada special occasion ataupun perayaan baru dapat jumpa Bila Dania bg tau ayah dia na...
Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

Ford Ranger Wildtrak Vs Ford Ranger Raptor Which Pickup Suits Your Lifestyle

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini