Syed Saddiq Kulasegaran Diminta Buat Group Whatsapp Selesaikan Isu Kerja
                               Wartawan SuaraMerdeka                                      
MENTERI Belia dan Sukan,  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mentei  Sumber Manusia, M Kulasegaran diminta membuat kumpulan whatsapp bagi  membincangkan soal menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.
 Ini bagi membolehkan mereka berbincang dan membentuk satu  penyelesaian yang mampan dengan kerjasama pihak swasta bagi menyediakan  peluang pekerjaan kepada graduan yang baru hendak bekerja .
 Pada masa sama mereka juga dapat mencari jalan menyelesaikan isu penangguran yang sedia ada dalam pasaran.
   Malah setelah hampir dua tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan,  pernahkah Kulasegaran dan Menteri Ekonomi Mohamed Azmin Ali tidak pernah  duduk semeja dan berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara secara  serius?
 “Apabila dilihat daripada laporan suku ke-empat tahun 2019 ia tidak  melambangkan langsung adanya kerjasama dan fokus kedua-dua pihak bagi  memacu ekonomi negara untuk menggunakan tenaga buruh sedia ada di tempat  yang betul dan sewajarnya,” kata Exco Ekonomi Pergerakan Wira Putra  Malaysia, Ashraf Rosli,
 Berikut adalah kenyataan penuh beliau;
   Memetik dari rencana dalan The Edge “Take plumbing as an example.We  tend to view it as a low-class job but these days, we have to make an  appointment with them (in case a plumber’s services is needed). This is  because plumbing is a very specialised field.”
 Terjemahan Bahasa Melayu “Kita ambil contoh pertukangan paip. Pada  masa kini kita sering memandang rendah terhadap pekerjaan pertukangan  paip ini.
 Walhal jika kita memerlukan perkhidmatan mereka, kita perlu membuat  temu janji dahulu (merujuk kepada perkhidmatan tukang paip). Ini adalah  kerana bidang pertukangan paip ini adalah satu bidang yang khusus.”
 Persoalan yg ingin WIRA PUTRA utarakan di sini ialah setelah hampir 2  tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan, pernahkah Menteri Sumber  Manusia, M. Kulasegaran dan Menteri Ekonomi Mohamed Azmin Ali duduk  semeja dan berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara secara serius?
 Apabila dilihat daripada laporan suku ke-empat tahun 2019 ia tidak  melambangkan langsung adanya kerjasama dan fokus kedua-dua pihak bagi  memacu ekonomi negara untuk menggunakan tenaga buruh sedia ada di tempat  yang betul dan sewajarnya.
 Contohnya, Menteri Sumber Manusia berkata, beliau hendak  memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  melalui pelan “Shared Prosperity 2030”.
 Namun, pada pendapat Wira Putra pelan ini telah dilakukan oleh  kerajaan terdahulu dengan efektif dan tidak perlulah kita “reinvent the  wheel” bagi program TVET ini.
 Ia amat merugikan kantung kerajaan dan menggugat sistem yang sedia  ada yang bukan sahaja efektif, tetapi telah berjaya melahirkan  individu-individu berkemahiran untuk mengisi lompongan pekerjaan dalam  industri berat yang berdaya-saing.
 Perkara yang merunsingkan bagi Wira Putra sebagai anak muda pada masa  kini dan hari ini, adalah kadar pengangguran yang semakin meningkat  akibat ketidakstabilan ekonomi sekarang, yang dilihat ‘memangsakan kaum  Melayu yang dilihat semakin di tindas oleh Regim Pakatan Harapan.
 Ditambah pula dengan kenyataan dari Menteri Sumber Manusia yang hanya  memikirkan peluang pekerjaan yang akan datang dan tidak menyelesaikan  masalah yang sedia ada, mengakibatkan perencatan pelan ekonomi sedia  ada.
 Janganlah air di tempayan dicurahkan semata-mata mendengar guruh di langit.
 Kerugian ekonomi daripada sumber manusia anak tempatan sedia ada ini,  gunalah sebaik-baiknya demi memacu negara Malaysia, di saat kelembapan  ekonomi tempatan dan global sangat terasa.
 Kita hendak membincangkan hal TVET, akan tetapi graduan sedia ada  seperti lepasan jurusan kewangan, perundangan dan lain-lain yang sedia,  adakah kita hendak memaksa mereka untuk menukar jurusan mereka bagi  memenuhi program pemerkasaan TVET ini? Bagaimana dengan masa depan  mereka?
 Siapa pula yang hendak menampung kos yang telah belanjakan untuk  mendapat diploma atau ijazah sedia ada mereka, dan ditukarkan pula  kepada kursus TVET ini sedangkan mereka ini masih lagi tidak bekerja.
 Justru itu, kepada M.Kulasegaran Menteri Sumber Manusia, Wira Putra  ingin menggesa Regim Pakatan Harapan agar satu bentuk penyelesaian yang  mampan dengan kerjasama pihak swasta dilaksanakan bagi menyediakan  peluang pekerjaan kepada graduan yang baru hendak bekerja dan kepada  penanggur yang sedia ada dalam pasaran bagi meningkatkan produktiviti  negara.
 Kepada Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan sukacita Wira Putra  mengingatkan agar buatlah Whatsapp group dengan Menteri Sumber Manusia  bagi merealisasikan satu juta peluang pekerjaan yang telah dijanjikan  dalam manifesto bagi pilihan raya. SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/syed-saddiq-kulasegaran-diminta-buat.html