Syed Saddiq Guna Isu Zakir Gojek Kukuhkan Jawatan


Shawaliah Hadir
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, Shahir Adnan bercakap pada sidang media berkenaan isu semasa di De Palma Hotel, Ampang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa meraih populariti dengan isu Dr. Zakir Naik dan gojek.
Kedua-dua isu berkenaan dilihat memperkukuhkan kedudukan menteri muda itu sebagai Ketua Armada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Bangsa Malaysia (DPIM) Shahir Adnan mendakwa, Syed Saddiq berharap ia mendapat sokongan daripada golongan belia di negara ini.

“Kita lihat beliau (Syed Saddiq) tidak mempunyai pendirian yang kukuh di mana apa yang beliau buat untuk populariti. Kita faham beliau akan bertanding sebagai Ketua Armada jadi apa yang beliau buat untuk mendapatkan sokongan belia Bersatu,” katanya ketika sidang media hari ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq berkata,  Zakir sepatut dihalau keluar namun semalam mengubah nadanya apabila berkata pendakwah kontroversi itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan wajar dimaafkan.

Tidak cukup dengan itu Syed Saddiq juga sanggup melangkaui tugas Kementerian Pengangkutan yang sepatutnya bertanggungjawab membuat pengumuman pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, gojek baru-baru ini.

“Pelaksanaan gojek ini dibuat secara terburu-buru dan kita lihat banyak kenyataan bercanggah sesama menteri. Kita hairan Syed Saddiq melakukan kerja Menteri Pengangkutan (Anthony Loke).

“Pertama, Menteri Pengangkutan kata hendak buat kajian terlebih dahulu tapi Syed Saddiq langakau keputusan tersebut,” katanya lagi.

Syed Saddiq, tambah beliau, tidak sepatutnya tergopoh-gapah untuk menggunakan kabinet meluluskan dasar yang memerlukan kajian secara terperinci khususnya melibatkan keselamatan awam.

“Sepatutnya ia dilakukan kajian terlebih dahulu sebab melibatkan keselamatan orang awam. Kita negara membangun mempunyai pengangkutan awam yang baik.

“Isu yang perlu dilihat juga adalah insurans motor, apa akan jadi kalau berlaku kemalangan? Syed Saddiq hanya mendapatkan popular,” katanya lagi.

Justeru, DPIM menegaskan, pihaknya tidak setuju dengan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal kerana bimbang pelaksanaannya tidak mengambilkira pelbagai aspek secara menyeluruh.

Dalam pada itu kenyataan terbaharu Syed Saddiq yang mempertahankan pelantikan seramai 13 Pemuda Bersatu sebagai pegawai Kementerian Belia dan Sukan turut diselar DPIM.

Tambah Shahrir, alasan yang diberikan bahawa Ketua Aramada itu tidak mampu mengawal kecenderungan sokongan politik kakitangannya.

“Alasan yang diberikan adalah sangat rapuh dan tidak patut. Sebelum pilihan raya mahu kerajaan telus, tidak ada lantikan politik, tapi sekarang beliau melantik majoriti daripada parti beliau sendiri,” ujar Shahir. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/syed-saddiq-guna-isu-zakir-gojek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Courts Flak Over Zakir Naik U Turn

Syed Saddiq Courts Flak Over Zakir Naik U Turn

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 357 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman had courted flak from several quarters for his seeming change of heart over Dr Zakir Naik He said yesterday he accepted Zakir s apology and asked Malaysians to move on from the latest ...
Gojek Lantikan Politik Mysc Minggu Sukar Syed Saddiq

Gojek Lantikan Politik Mysc Minggu Sukar Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 299 hits
Minggu ini menyaksikan Yang Berhormat menteri muda negara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat beberapa tindakan luar jangkaan yang kononnya dilihat sebagai satu perjuangan anak muda pada pandangan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan Sa...
Syed Saddiq Zakir Naik Berdamai

Syed Saddiq Zakir Naik Berdamai

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 393 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelihatan sudah berdamai dengan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik Kedua duanya makan malam bersama di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya hanya sepuluh hari selepas menteri itu menggesa su...
Usul Syed Saddiq Berkaitan Gojek Degoride Sebulat Suara Diluluskan Oleh Kabinet

Usul Syed Saddiq Berkaitan Gojek Degoride Sebulat Suara Diluluskan Oleh Kabinet

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 318 hits
Sumber dari Malay MailSemalam Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah memuat naik satu ciapan di Twitter yang meyampaikan rasa teruja dan gembira apabila usul untuk memperkenalkan modal ekonomi Gojek DegoRide diterima sebulat suara oleh kabi...
Syed Saddiq Hosts Dinner For Zakir Says Let S Move On

Syed Saddiq Hosts Dinner For Zakir Says Let S Move On

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 358 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman appears to have buried the hatchet with controversial preacher Dr Zakir Naik The two had dinner tonight at Saddiq s house in Petaling Jaya just ten days after the minister called for Z...
Syed Saddiq Juga Mahu Dr Zakir Naik Ditendang Keluar Dari Malaysia

Syed Saddiq Juga Mahu Dr Zakir Naik Ditendang Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 345 hits
Syed Saddiq kurang senang dengan kenyataan kontroversi Dr Zakir Naik dan setuju kerajaan mengusir pendakwah itu diusir dari Malaysia Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia Menerusi...
Yoursay Syed Saddiq S Inexplicable U Turn On Zakir

Yoursay Syed Saddiq S Inexplicable U Turn On Zakir

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 246 hits
YOURSAY It s not surprising if Mahathir is using him to do his dirty work for him Mohd Isnin These politicians are not bothered about being fair and just They are not even bothered about the rule of law if it doesn t suit them They are mere...
Syed Saddiq And Anwar Caved In On Zakir Naik Says Mca

Syed Saddiq And Anwar Caved In On Zakir Naik Says Mca

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 299 hits
A sea of people at a stadium in Kota Bharu listen to Zakir Naik during his tour to Kelantan this month PETALING JAYA An MCA vice president has accused PPBM Youth leader Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and PKR president Anwar Ibrahim of changi...
Syed Saddiq Had Betrayed His Own Citizens By Publishing Photos Of Zakir Naik Being Hosted For Dinner Today

Syed Saddiq Had Betrayed His Own Citizens By Publishing Photos Of Zakir Naik Being Hosted For Dinner Today

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 445 hits
The police had issued a stern warning that until the situation cools down matters regarding controversial fugitive preacher Zakir Naik should not be published The police claim that they are still conducting their investigations after numero...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera