Syazwan Zulkifly Kini Bertatu
Syazwan Zulkifly kini bertatu?
“Itu tatu sementara… Macam pelekat. Tiga kali cuci, sudah boleh hilang.”
Itu penjelasan pelakon Syazwan Zulkifly berhubung tatu yang kelihatan pada kedua-dua belah tangannya sepanjang dia tampil pada sidang media drama Ada Apa Dengan Saka secara virtual, petang tadi.
Syazwan atau nama sebenar, Mohd Syazwan Zulkifly, 34, berkata tatu atau pelekat sementara itu dipakai untuk menjayakan watak filem pendek bagi siaran YouTube.
“Tatu ini adalah untuk kandungan YouTube. Saya masih ada beberapa babak yang perlu saya selesaikan petang ini. Saya buat semua ini adalah atas tuntutan kerja.
“Tidak logiklah kalau hendak kata saya mencacah tubuh. Saya masih tahu batas agama Islam dan ada hati (ibu) perlu dijaga,” katanya kepada BH Online.
Ditanya tidakkah risau dengan komen warga maya disebabkan perbuatannya yang dianggap ‘memancing’ emosi itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Juvana ini tidak kisah.
Baginya, dia berada di pihak benar.
“Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas. Apa sahaja yang saya lakukan, semuanya adalah atas tuntutan watak.
“Katalah, suatu hari nanti saya membawa watak ustaz, mungkin penampilan saya berkopiah. Mungkin ada watak yang saya pegang boleh mencetuskan kontroversi. Namun, saya lebih suka lihat dari sudut positif.
“Jika watak yang saya bawa boleh memberikan kesedaran kepada penonton, saya tidak perlu fikir perkara negatif yang dibangkitkan netizen,” katanya.
Mengulas pembabitan dalam drama Ada Apa Dengan Saka berganding dengan Shiha Zikir, Syazwan berkongsi pengalaman mencemaskan apabila jatuh sakit di lokasi penggambaran.
“Ketika penggambaran drama ini dibuat, awal tahun ini, saya jatuh sakit. Saya terpaksa dirawat selama empat hari kerana disyaki ada jangkitan dalam paru-paru hingga menyebabkan saya batuk-batuk.
“Ketika itu, saya sangat risau memikirkan penggambaran drama itu terpaksa dihentikan selama lima hari. Alhamdulillah, selepas membuat rawatan susulan, keadaan saya sudah semakin pulih.
“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya. Selama ini, belum pernah lagi saya dimasukkan ke wad,” katanya.
Ada Apa Dengan Saka arahan Nazif Jamaluddin berkisar Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama selepas Madi mendapat tahu kebolehan luar biasa Aina yang boleh melihat benda ghaib.
Drama 20 episod ini bakal disiarkan di slot Diandra di TV9 mulai 19 Mei ini. BH
Syazwan Zulkifly kini bertatu?
Baca Artikel Menarik:
Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
Suntik darah dalam makanan di pasar raya
5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/13/syazwan-zulkifly-kini-bertatu/