Syarikat Didakwa Tipu Jemaah Haji Tiada Lesen Pjh


 Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, syarikat terbabit bukan dalam kalangan PJH, kemungkinan besar ejen pelancongan.
Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara usaha pihaknya mengekang kes penipuan jemaah haji termasuk mengeluarkan kenyataan media sebagai peringatan dan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak tidak berlesen. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Syarikat yang dikaitkan dengan kes penipuan 47 jemaah haji baru-baru ini disahkan tiada lesen mahupun tauliah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, hasil semakan awal menunjukkan ejen terbabit bukan syarikat yang menerima tauliah sah daripada Lembaga Tabung Haji (TH) atau Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menguruskan perjalanan haji.
“Bukan daripada syarikat PJH dan kemungkinan besar ia ejen pelancongan. Ada kemungkinan juga mereka masuk Jeddah untuk mengerjakan haji secara haram menggunakan visa pelancongan atau dari negara lain.
“Jika ini yang berlaku, memang sukar untuk kita kesan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampung Orang Asli Bukit Seraya, Jasin, lapor Bernama.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, kumpulan jemaah haji itu mungkin dibawa ke tempat lain dulu melalui negara ketiga, dipercayai Turki, sebelum memasuki Arab Saudi.
“Jadi dari Turki, mereka memasuki Jeddah, dan kita tidak boleh halang kalau alasannya untuk bercuti atau sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan pelbagai cara untuk mengekang kes penipuan ini termasuk mengeluarkan tidak kurang 10 kenyataan media setiap kali tiba musim haji bagi mengingatkan para jemaah agar berhati-hati supaya tidak terpedaya.
Antara usaha dijalankan termasuk melalui pasukan khas bersama TH, Jabatan Imigresen dan polis, di samping memperketat lagi kawal selia terhadap semua ejen perjalanan haji seperti mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang tidak berlesen.
Terdahulu dilaporkan, sebanyak 47 jemaah haji dari Malaysia didakwa menjadi mangsa penipuan ejen tempatan, dipercayai membabitkan seorang agamawan terkenal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/06/syarikat-didakwa-tipu-jemaah-haji-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bergaya Ala Ala Artis Fashion Show Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji

Bergaya Ala Ala Artis Fashion Show Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 259 hits
Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Indonesia sekembalinya mereka menunaikan ibadah haji mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen terutama berkaitan soal kesesuaian berpakaian selepas menyempurnakan rukun Islam keli...
Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi Puji Hargai Jemaah Haji Malaysia Berdisiplin Amp Jaga Kebersihan

Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi Puji Hargai Jemaah Haji Malaysia Berdisiplin Amp Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 329 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar berkata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji dan memuji tahap disiplin serta kebersihan diamalkan jemaah Malaysi
Rombongan Bas Jemaah Haji Dirempuh Kenderaan Tentera Isr El Dipercayai Disengajakan

Rombongan Bas Jemaah Haji Dirempuh Kenderaan Tentera Isr El Dipercayai Disengajakan

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 209 hits
Sebuah bas yang membawa jemaah haji pada awal pagi Sabtu lalu di Bandar Jenin utara Tebing Barat telah dirempuh oleh sebuah kenderaan tentera Israel lapor Sinar Harian Insiden tersebut berlaku berhampiran Dataran Pentadbiran Jenin ketika ba...
Bakal Jemaah Terkandas Penipuan Haji Cemar Imej Islam Kata Mufti

Bakal Jemaah Terkandas Penipuan Haji Cemar Imej Islam Kata Mufti

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 191 hits
Penipuan dalam bentuk scam dan seumpama dengannya merupakan perkara mungkar yang perlu dicegah dengan hukuman berat kata mufti Orang ramai diminta berhubung dengan badan yang mempunyai kuasa atau dilantik oleh TH bagi merujuk kesahihan berk...
Kes Penipuan Pakej Haji Lelaki 67 Tahun Direman Jemaah Dakwa Dikurung Amp Dipaksa Redah Laluan Bahaya

Kes Penipuan Pakej Haji Lelaki 67 Tahun Direman Jemaah Dakwa Dikurung Amp Dipaksa Redah Laluan Bahaya

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 285 hits
Seorang lelaki berusia 67 tahun telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengenai kes penipuan pakej haji membabitkan tiga beranak di Mantin gambar hiasan Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Ah...
Politik Itu Tipu Muslihat

Politik Itu Tipu Muslihat

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 156 hits
Credit Saudara Hamdan Taha ZAMAN RUNTUHNYA KEPERCAYAANSejak Merdeka 1957 belum pernah rakyat Malaysia hilang kepercayaan sedalam ini Kini tahun 2025 kita hidup dalam zaman kosong Tiada pemimpin dijulang Tiada parti dipercayai Tiada janji di...
Aliff Syukri Amal Solat Jemaah Setiap Hari Dengan Anak Anak Tak Paksa Teruskan Legasi

Aliff Syukri Amal Solat Jemaah Setiap Hari Dengan Anak Anak Tak Paksa Teruskan Legasi

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 260 hits
Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan beliau tidak pernah sekalipun meninggalkan amalan solat berjemaah bersama anak anaknya setiap hari walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dan jemputan ke pelbagai acara Dalam sesi bersama Buat Saja Podca...
Selebriti Terkenal Ditahan Polis Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel Petaling Jaya

Selebriti Terkenal Ditahan Polis Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 166 hits
Pelakon dan penyanyi terkenal telah ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor semalam gambar hiasan Mangsa yang berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit...
7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Kenapa Kita Tak Boleh Berhenti Bercakap Tentang P Suara Kecil Yang Tak Patut Senyap

Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London

Exam Pksk Adam

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Keburukan Makan Jajan Sedap Sekejap Tapi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Siapa Yang Mampu Jaga Amanah Ujian Itu Dengan Baik

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Bubur Jagung Lemak Manis Rasa Tradisi Yang Buat Kita Rindu Dapur Mak