Syarhah Ibu Semua Anak Terbuang


Ramieza Wahid
   


WAWANCARA | Syarhah Mohd Tahir sebak, matanya berkaca, ketika membaca sepucuk surat ibu kandung (gambar bawah) yang ditinggalkan bersama anaknya dalam peti pelindung bayi


Syarhah, 45, pegawai pentadbir projek Peti Pelindung Bayi di Petaling Jaya percaya tidak ada manusia sempurna di dunia

"Jika kita sebagai manusia pernah melakukan maksiat, jangan kita menghukum anak itu kerana mereka perlukan kasih sayang walaupun bukan dari ibu kandung,” katanya ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini.

Projek itu dikelolakan oleh Yayasan Orphancare, organisasi yang ditubuhkan pada 2008 oleh aktivis Mohd Adnan Mohd Tahir.


Syarhah Mohd Tahir Ia merangkumi program seperti Peti Pelindung Bayi atau lebih dikenali sebagai baby hatch dan rumah jagaan ibu mengandung luar nikah.

Baby hatch ditubuhkan pada tahun 2010 dan mempunyai tiga cawangan di Selangor, Johor dan Kedah

Yayasan ini meletakkan sebuah peti meletakkan bayi di luar pejabatnya yang merupakan sebuah rumah di kawasan perumahan di Jalan Gasing.

Peti itu disiapkan dengan beberapa kemudahan seperti kamera litar tertutup, tilam, pendingin hawa serta lampu untuk memberi keselesaan kepada bayi yang diletakkan di situ

Keluarga buat si cilik
Sepanjang hampir 10 tahun beroperasi, yayasan itu sudah menyelamatkan lebih 218 bayi dan menyerahkannya kepada hospital kerajaan sebelum diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Syarhah sudah menjadi sukarelawan di situ sejak awal berkata beliau melakukannya atas dasar ingin melindungi bayi yang tidak bersalah

“Meletakkan bayi dalam peti kami bukan satu jenayah. 
“Tapi bila ibu kandung membuang bayi mereka di tong sampah sehingga digigit semut atau anjing, itu jenayah,” tambahnya.


Peti Pelindung Bayi di rumah Yayasan Orphancare.Ibu seorang anak itu berkata mereka percaya usaha itu dapat memberikan sebuah keluarga kepada anak-anak terbuang

“Kenapa kami bina baby hatch? Sebab bila orang buang bayi, yang hidup semua akan diletakkan di rumah anak yatim

“Jadi kami bina baby hatch untuk memberi anak-anak ini hidup berkeluarga,” katanya

Menceritakan kemudahan di rumah itu, Syarhah berkata peti bayi disediakan dilengkapkan dengan sistem keselamatan untuk melindunginya

“Ia (peti) akan terkunci secara automatik setelah ibu kandung meletakkan bayi mereka dan lantas kami akan mendengar bunyi siren yang kuat

“Tujuan kami melakukan sedemikian adalah untuk mengelakkan masalah penculikan bayi berlaku,” kata Syarhah. 
Beliau juga mendedahkan terdapat ibu kandung yang menuntut anak mereka selepas diserahkan kepada mereka.

Bahkan, katanya, ia sering berlaku.

“Jika mereka sudah meletakkan bayi tersebut dan ingin menuntut kembali, kami akan minta untuk melakukan laporan polis dan ujian DNA (ujian yang mengesahkan hubungan antara ibu dan anak) untuk kepastian,” jelas Syarhah

Bayi kudung, sumbing
Mengimbas kenangannya, masih segar dalam ingatan Syarhah ketika mula mendapat bayi pertama dari baby hatch, seolah-olah seperti semalam kejadian itu berlaku

“Saya masuk kerja hari Sabtu dan pagi Isnin saya dah dengar bunyi siren menandakan orang letak bayi

“Ketika buka pintu, saya terlihat seorang bayi perempuan kudung tangan kanannya dan sumbing serta disahkan jantung berlubang

“Sebab anak ini tidak sempurna, mahkamah perintahkan saya untuk menjaga bayi tersebut,” katanya


Kasih ibu. Gambar hiasan.Namun begitu, Syarhah memberitahu ada yang sanggup menerima anak tersebut walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna

“Alhamdullilah, kami menemukan keluarga yang sesuai, dan saya melepaskan anak tersebut dalam jagaan mereka

“Sampai sekarang anak itu bahagia di samping keluarga angkatnya,” tambah Syarhah dengan riak wajah jelas terpapar kerinduan

Bayi istimewa itu satu-satunya anak yang dijaga mereka dari kecil kerana diperintahkan mahkamah. Si cilik kini sudah berusia 14 tahun dan sedang menuntut di tingkatan dua.

'Menangis sebelum serah anak'

Walaupun apa pandangan masyarakat, Syarhah berkata meluahkan rasa hormat kepada semua wanita terlanjur yang melepaskan anak mereka dalam jagaan Orphancare

“Saya hormat ibu kandung yang letak bayi di situ (baby hatch) kerana mereka utamakan keselamatan anak

“Mereka nak anak mereka hidup, saya tahu itu,” tambah Syarhah


Beliau bercerita pernah ternampak ibu kandung yang meletakkan anaknya di peti tersebut

“Saya kadang-kadang ada juga lalu ke arah peti itu dan nampak orang (ibu kandung) letak bayi

“Semua yang letak bayi mereka mesti akan menangis. Jadi tak boleh bayangkan macam mana orang tergamak hendak buang bayi mereka

“Jangan buang, beri kepada kami, kami jaga,” Syarhah berkata dengan nada merayu




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/syarhah-ibu-semua-anak-terbuang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Pegang Peluk Semua Orang Anak Oku Menangis Teresak Esak Sebelum Ibu Pergi Tenang Selepas Meninggal

Dia Pegang Peluk Semua Orang Anak Oku Menangis Teresak Esak Sebelum Ibu Pergi Tenang Selepas Meninggal

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 404 hits
Dia pegang peluk semua orang Anak OKU menangis teresak esak sebelum ibu pergi tenang selepas meninggal MACAM mana dengan Oya nanti siapa nak jaga dia bila aku dah tak ada nanti Aku takut sangat Ta Demikian kata kata Allahyarham Zatul Hejana...
Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 429 hits
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar Perkongsian daripada ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan ke...
Selalu Demam On Off Ibu Luah Perasaan Hiba Anak Meninggal Dunia Akibat Tum Or

Selalu Demam On Off Ibu Luah Perasaan Hiba Anak Meninggal Dunia Akibat Tum Or

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 418 hits
Selalu demam on off ibu luah perasaan hiba anak meninggal dunia akibat tumor Luluh hati si ibu apabila anak perempuan kesayangan pergi menghadap Ilahi setelah lama menanggung kesakitan walaupun pelbagai rawatan telah dilakukan Badan panas t...
Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 461 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Ibu kepada K Surinder Kaur hari ini merayu supaya jenazah anaknya dibiarkan bersemadi bersama bapa dan abangnya yang beragama Islam Nazirah Bibi 68 berkata anak perempuan bongsu itu baru baru ini memberitahu seor...
Akak Kan Ser Paru Paru Stage 4 Takut Tak Sempat Tengok Anak Kahwin Lepas Raya Luahan Sayu Seorang Ibu Buat Ramai Sebak

Akak Kan Ser Paru Paru Stage 4 Takut Tak Sempat Tengok Anak Kahwin Lepas Raya Luahan Sayu Seorang Ibu Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 496 hits
Akak Kanser Paru Paru Stage 4 Takut Tak Sempat Tengok Anak Kahwin Lepas Raya Luahan Sayu Seorang Ibu Buat Ramai Sebak Sayu hati memandang sayu lagi hati keluarga yang melihat keadaan isteri dan juga ibu mereka yang menderita kan ser paru pa...
Comel Gaya Inspektor Matin Realisasikan Impian Anak Ibu Sanggup Tempah Uniform Khas

Comel Gaya Inspektor Matin Realisasikan Impian Anak Ibu Sanggup Tempah Uniform Khas

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 1170 hits
Baru baru ini tular gambar seorang kanak kanak lelaki berusia 3 tahun lebih yang memakai pakaian seragam polis sempena Hari Polis yang ke 212 Aksi anak kecil itu Matin Hilman Muhammad Hafizi itu menjadi perhatian kerana wajahnya yang serius...
Sosok Dian Al Mahri Di Mata Sang Anak Tak Hanya Seorang Ibu Tapi Juga Sahabat

Sosok Dian Al Mahri Di Mata Sang Anak Tak Hanya Seorang Ibu Tapi Juga Sahabat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 324 hits
Pendiri Masjid Kubah Emas Dian Djuriah Maimun Al Rasyid atau lebih dikenal dengan nama Dian Al Mahri meninggal dunia akibat pneumonia Jumat pukul 02 20 WIB dini hari Dikatakan anak kedelapan Dian Al Mahri Ratu Ayu Novianti sang ibunda merup...
Tular Anak Pakai Uniform Polis Ibu Habiskan Ratusan Ringgit Untuk Inspektor Matin

Tular Anak Pakai Uniform Polis Ibu Habiskan Ratusan Ringgit Untuk Inspektor Matin

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 2494 hits
Tular anak pakai uniform polis ibu habiskan ratusan ringgit untuk Inspektor Matin Baru baru ini gambar seorang kanak kanak lelaki yang memakai pakaian seragam polis menjadi tular di laman media sosial Ia menjadi perhatian apabila kanak kana...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu