Syamsul Yusof Akui Telah Berkahwin Dengan Ira Kazar Di Thailand Apa Cerita Seterusnya
Nampaknya tahun baru pun rakyat Malaysia tidak akan senang duduk apabila kita semua digemparkan dengan pengakuan yang dibuat sendiri oleh Syamsul Yusof apbila dia mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand menerusi instagram.
Jadi apa kisah sebenar kejadian ni? Akan ada cerita susulan ke lepas ni? Kita sedia maklum juga kan, Syamsul pun sudah berkahwin dan masih suami kepada Puteri Sarah, jadi?
ermm...
Maleh la aku dan aku taknak ulas dan aku taknak tahu pun tentang rumah tangga orang lain walaupun dia ni menjadi pengarah yang berjaya meraih kutipan filem tertinggi di Malaysia hampir RM100 juta sebelum ini menerusi Mat Kilau.
Ditambah pula, mereka yang berkahwin ni pun bukan saudara aku dari segi pertalian darah pun. Aku mungkin biasa tengok kat tv, tapi aku tak pernah jumpa depan-depan dan pastinya dia pun tak kenal aku.
Jadi buat apa nak ambil port tentang isu ni. Biarlah keluarga mereka yang setel kan. Biarlah Puteri Sarah yang berurusan dengan Syamsul dan Ira. Nak baca dan nak tahu tentang isu ni, pergi la cari portal hiburan. Kat blog aku ni takda pun pasal gosip. Tak reti la nak tulis pasal selebriti ni.
Apa-apapun aku ucap tahniah kepada yang baru kahwin dan semoga Puteri Sarah bertabah hati dan selesaikan masalah ini dengan kemenangan dan mendapat keadilan. Itu sahaja la.
Ok katanya ada isu yang sama lagi timbul kembali dengan seorang artis ni. Malas la aku ulas. Dah bagi tahu bukan blog hiburan kat sini. Pergi la cari isu apa tu.
Ok terima kasih kerana membaca...
Tepek la satu gambar jumpa kat twitter
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2023/01/syamsul-yusof-kahwin-dengan-ira-kazar.html