Syabas Dan Tahniah Kepada Mic Selepas Ini Mca Juga Harus Berani Tinggalkan Bn






1 December 2025


MIC disahkan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PN.


Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima permohonan MIC itu dan akan membawanya kepada mesyuarat PN tidak lagi.


Berikutan permohonan MIC itu dan situasi politik negara pula tidak menyebelahi kerajaan ketika ini, adalah dijangkakan PN tidak akan melengah-lengahkan  kemasukan parti komponen BN itu.


Sejujurnya, keputusan MIC untuk menyertai PN adalah pilihan yang tepat demi suvival parti berkenaan.


Apabila MIC masuk sebagai anggota PN, ia dengan sendirinya membuatkan tiada lagi parti berkaitan kaum India dalam BN.


Dengan itu, tiada sebab lagi untuk pengundi India memberi undi mereka kepada BN pada PRU16 akan datang.


Di dalam PH juga tiada parti khusus untuk membela kaum India kerana yang ada hanyalah PKR dan DAP yang merupakan parti pelbagai kaum.


Dengan status pelbagai kaum, pembelaan kepada kaum India tidak mungkin dapat dilakukan secara khusus.


Ertinya, baik di dalam BN mahu pun, tiada parti khusus untuk kaum India selepas tindakan MIC itu.


Sebaliknya, di dalam PN selain sudah ada MIPP yang merupakan parti kaum India, kemasukan MIC ke dalam gabungan itu akan menambah-kukuhkan lagi asas pembelaan kepada komuniti tersebut.


Di waktu yang sama, PN juga mempunyai kerjasama longgar dengan dua lagi parti kaum India iaitu Urimai pimpinan Dr P Ramasamy dan MAP atau Parti  Kemajuan Malaysia yang diterajui P Waytha Moorthy.


Dengan empat parti kaum India ada bersama PN, ini bermakna pembelaan terhadap komuniti berkenaan mampu dilakukan dengan lebih berkesan lagi.


Yang penting, semua parti berkenaan mesti bersepakat dan bersatu hati dalam memastikan PN disokong semaksimum mungkin oleh pengung-pengundi India.


Jika itu dapat dilakukan, ia bukan saja mampu menyerlahkan kekuatan PN, bahkan berupaya merampas beberapa kerusi yang sekarang ini dimenangi oleh BN atau PH.


Kerusi Parlimen Bagan Datuk yang dipegang Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi misalnya, beliau menang di kawasan itu hanya dengan majoriti 348 undi, tetapi jumlah pengundi Indianya berjumlah 22 peratus.


Dengan semua parti India bersatu hati mengumpulkan sokongan kepada PN, Bagan Datuk barangkali senang-senang boleh ditawan.


Selain itu, berikutan penolakan pengundi Cina dalam PRN Sabah yang jelas menolak DAP, ini seharusnya membuatkan MCA juga harus keluar meninggalkan BN.


Hanya dengan keluar BN dan terpisah daripada kerajaan saja yang boleh memungkinkan MCA mampu merebut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.


Lagi pula dengan bersama PN yang disokong kuat oleh pengundi Melayu, MCA dan MIC lebih berkemungkinan mampu memenangi banyak kerusi pilihan raya seperti mana ketika era BN gemilang sebelum ini.


Tidak dapat disangkal lagi kemampuan MCA dan MIC menang banyak kerusi sebelum ini adalah kerana UMNO ketika itu masih disokong oleh pengundi Melayu.


Hari ini, selain UMNO semakin tidak disokong oleh pengundi Melayu, yang bererti tiada guna lagi MIC dan MCA kekal bersama BN, hanya bersama PN saja dua parti tersebut boleh berpeluang bertanding banyak kerusi.


Kekal bersama BN dan BN pula bersama PH, yang dapat banyak kerusi hanya DAP.


Maka, di samping diucapkan syabas dan tahniah kepada MIC kerana berani mengorak langkah menuju perubahan, MCA juga tidak harus berlengah lagi berbuat demikian. – ShahbudinHusin 01Dsember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/syabas-dan-tahniah-kepada-mic-selepas-ini-mca-juga-mesti-berani-tinggalkan-bn/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/syabas-dan-tahniah-kepada-mic-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tembak Mati Tiga Penjenyah Selepas Koperal Dilibas Parang

Polis Tembak Mati Tiga Penjenyah Selepas Koperal Dilibas Parang

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 197 hits
Malaysiakini nbsp Tiga penjenayah ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang sawit Durian Tunggal Alor Gajah pagi tadi Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kej...
Hiburan Graduan Uitm Dikecam Selepas Arah Permaisuri Selangor Pandang Kamera Ketika Istiadat Konvokesyen

Hiburan Graduan Uitm Dikecam Selepas Arah Permaisuri Selangor Pandang Kamera Ketika Istiadat Konvokesyen

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 178 hits
Sebuah video tular di mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang graduan UiTM didakwa mengarahkan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin untuk pandang kamera ketika baginda sedang menganugerahkan skrol konvokesyen Perbuatan itu...
Aditya Zoni Kena Ganggu Di Hotel Selepas Penggambaran Menjelang Maghrib 2

Aditya Zoni Kena Ganggu Di Hotel Selepas Penggambaran Menjelang Maghrib 2

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 165 hits
Pelakon filem Menjelang Maghrib 2 mendedahkan bahawa dirinya diekori makhluk halus selepas selesai penggambaran filem ini Perkara ini didedahkan ketika sidang media filem Menjelang Maghrib 2 Menurutnya pengalaman itu ialah satu pengalaman y...
Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 174 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan orang ramai mengusung kedua dua jenazah ke sebuah tanah perkuburan TikTokJAKARTA Satu klip video tular di Banyumas wilayah Jawa Tengah memaparkan detik menyayat hati apabila seorang askar meninggal dunia...
Rawatan Awal Kena Buat Selepas Disengat Ubur Ubur

Rawatan Awal Kena Buat Selepas Disengat Ubur Ubur

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 201 hits
Rawatan Awal Kena Buat Selepas Disengat Ubur ubur Baru baru ini tular berita menyayat hati tentang seorang kanak kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari akibat disengat ubur...
Toronto Kibarkan Bendera Palestin Selepas Pengiktirafan Kanada

Toronto Kibarkan Bendera Palestin Selepas Pengiktirafan Kanada

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 125 hits
Buletin TV3 nbsp FOTO AFPTORONTO Buat pertama kali dalam sejarah bendera Palestin dikibarkan di luar Dewan Bandaraya Toronto susulan keputusan kerajaan persekutuan Kanada mengiktiraf negara Palestin September lalu Kanada sebelum ini bersama...
Pasangan Lelaki Dan Perempuan Ditahan Selepas Melihat Kereta Mereka Bergoyang Tanpa Henti Di Depan Masjid

Pasangan Lelaki Dan Perempuan Ditahan Selepas Melihat Kereta Mereka Bergoyang Tanpa Henti Di Depan Masjid

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 164 hits
Kereta bergoyang di depan masjid waktu malamKOSMOTangkap layar video menunjukkan pasangan itu ditahan warga setempat sebelum dibawa ke Balai Polis Kaligondang TikTokJAKARTA Penduduk di Purbalingga wilayah Jawa Tengah menangkap sepasang lela...
Terjun Tebing Sembunyi Dalam Hutan Selepas Langgar Anggota Polis

Terjun Tebing Sembunyi Dalam Hutan Selepas Langgar Anggota Polis

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 162 hits
HARRITH HISHAMKeadaan Honda HRV yang dinaiki suspek terbabas dan melanggar pokok berhampiran Bank Negara Malaysia hari iniKUALA LUMPUR Tiga lelaki warga Indonesia gagal meloloskan diri daripada pemeriksaan polis apabila kenderaan yang merek...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu