Swimrush Academy Menerajui Kelas Renang Muslimah Dan Kanak Kanak
Assalamualaikum..
Sekarang ni susah nak cari kelas renang yang mesra muslimah dan mesra kanak-kanak. Tambah-tambah pula selepas waktu kerja memang agak susah nak jumpa kan? Tapi hati terigin jugak nak belajar berenang. Buntu jugak nak cari kelas renang yang boleh ikut masa kita. Masalah tu semua boleh di selesaikan dengan Akademi SwimRush. Akademi SwimRush? Mesti ada yang pernah dengar dan ada yang tak. Jom Cik Nor kenalkan korang dengan lebih dengan lagi Akademi SwimRush.
Akademi SwimRush
Akademi SwimRush merupakan kelas renang untuk kanak-kanak dan wanita (muslimah). Menarik bukan akademi ni? Bukan kita sahaja yang boleh belajar berenang, anak-anak pun boleh turut serta semasa kita belajar. Dengan ini kita dapat manfaatkan masa terluang anak-anak dengan aktiviti berfaedah disamping dapat memenuhi hobi atau minat anak-anak kita. Tambah pula kalau kita hantar anak-anak yang masih kecil belajar mereka mudah belajar dan senang untuk mempraktik kan apa yang di ajar oleh juru latih. Tak ada lah kita risau sangat bila kita bawa mereka ke kolam atau pantai nanti.
Kenapa SwimRush Akademi?
Kalau ikutkan Cik Nor memang nak jugak sertai kelas renang ni tapi sayang nun jauh di sana. Tapi Cik Nor syorkan jugak pada korang yang di tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor untuk menyertai kelas renang ini. Bukan apa, sebab kelas renang ini khas untuk muslimah dan anak-anak pun boleh belajar bersama. Tidaklah kita risau kalau hantar anak-anak ke kelas berenang. Bila kita ada bersama anak-anak juga tidak jauh daei pandangan mata kita. Tambah-tambah coach yang mengajar tu berpengalaman dan bertauliah.
Sukatan pelajaran Swimrush bukan sahaja mengajar teknik berenang asas malah memberi penekanan pada program keyakinan dan water survival skills.
Antara kepakaran SWIMRUSH dalam Kelas Renang adalah :
▪️Water Safety
▪️Water Survival Skills
▪️Freestyle
▪️Breaststroke
▪️Backstroke
▪️Butterfly
SWIMRUSH menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak, bermula dari umur 5 tahun ke atas. Syllabus mereka lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak yang Zero Basic, Takut Air dan yang nak meningkatkan teknik berenang.
Korang jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab mereka akan mengajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.
Bagi wanita muslimah, agak susah nak mencari tempat belajar berenang yang khas untuk muslimah, tapi Akademi SwimRush ni memang menyediakan untuk wanita muslimah belajar berenang dan coachnya pun perempuan. Tak adalah segan segan sangat kalau kita kaum hawa ni nak belajar berenang.
Setakat ni,apa yang Cik Nor tahu, Akademi SwimRush ni mempunyai 4 cawangan iaitu :
⚜ Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
- Kelas renang kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
⚜ Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
⚜ Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
- boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
⚜ Shah Alam Seksyen 14
- Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita
Kalau korang tak dapat pergi juga tapi nak sangat belajar berenang, jangan risau sebab diaorang ada buat kelas secara private. Baguskan? Kot-kotla korang tak dapat pergi tempat mereka, boleh je suruh jurulatih Akademi Swimrush datang rumah ajar berenang. Apa yang penting ada swimming pool la dekat rumah..hehe. Tidak dikenakan sebarang cas transport tau.
Kenapa Korang Dialu-alukan Belajar Berenang Di Akademi SwimRush :
- Coach yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun
- Coach yang mempunyai background lifeguard
- Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
- Menyediakan kelas ganti
- Menyediakan water safety course
- ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita
- EMPHASIS PADA ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
- Manakan Teknik Asas: Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
- Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
- Pengalaman mengajar pelajar airphobik
- Menyediakan CLASS REPLACEMENT
- Kolam Renang PERCUMA
- Beralih dari ZERO ke Swimmer HERO
Sebelum terlupa kelas berenang untuk lelaki disediakan di Batu Caves sahaja.
Kebaikan Belajar Berenang Untuk Kesihatan
• Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
• Meningkatkan kesihatan jantung
• Renang membakar kalori
• Cegah Stress dan Drepresi
• Minimumkan risiko cedera
Tunggu apa lagi warga Kuala Lumpur dan Selangor, Jom la kita belajar berenang untuk kesihatan kita.
Bagi korang yang berminat atau nak mengetahui lebih lanjut boleh la hubungi Swimrush Swimming Academy di :
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Contact: www.wasap.my/+60133654711
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/08/swimrush-academy-menerajui-kelas-renang.html