Sweetnya Puteri Sarah Tak Kisah Pkp Lama Lama Boleh Tengok Suami 24 Jam Depan Mata
Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan ruang dan peluang buat sesetengah individu untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang sedia ada.
Ini terbukti apabila pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana yang tidak kisah jika PKP yang dilaksanakan ini diteruskan dalam tempoh yang agak lama.
Mungkin ada yang pelik dengan kenyataan tersebut, tapi menurut satu perkongsian oleh ibu kepada dua cahaya mata ini dalam Instagram miliknya, sepanjang PKP yang sudah masuk ke fasa ketiga ini, dia dapat meluangkan lebih masa bersama suami tercinta.
“RMO dengan u lama2 pun takpe, i suka Sepanjang PKP ni mengadaplah each other 24/7 pagi,petang,siang,malam.
“Kerana isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula yang melihat isteri dengan penuh kasih sayang , Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat,” tulis Puteri Sarah.
View this post on Instagram
RMO dengan u lama2 pun takpe, i suka
Sepanjang PKP ni mengadaplah each other 24/7 pagi,petang,siang,malam hihihihi…kerana isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula yang melihat isteri dengan penuh kasih sayang , Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat
#stayathome#besafeeveryone
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on Apr 19, 2020 at 11:22am PDT
Dalam pada itu, menerusi posting yang lain, Puteri Sarah Liyana yang merupakan isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Syamsul Yusof dilihat mengadakan majlis hari jadi buat anak-anaknya. Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“19th April 2020, A small birthday celebration from ayah & mama for Syaikhul Islam and Sumayyah.
“Happy birthday to my first born. You will always be my number 1. Always,always sayang adik and jaga adik no matter what.
“Moga menjadi anak yang soleh…Please jangan cepat besar sangat abang and adik,” tulisnya dalam posting tersebut.
View this post on Instagram
•19th April 2020• . . A small birthday celebration from ayah & mama for Syaikhul Islam and Sumayyah
Happy birthday to my first born. You will always be my number 1. Always,always sayang adik and jaga adik no matter what. Moga menjadi anak yang soleh…Please jangan cepat besar sangat abang and adik
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on Apr 19, 2020 at 11:11am PDT
Puteri Sarah Liyana berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel-comel iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Ternyata PKP ni bukan sahaja sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, malah ia juga dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri seperti Puteri Sarah dan suami. Semoga bahagia sampai syurga!
Sumber: Gempak
The post Sweetnya Puteri Sarah. Tak Kisah PKP Lama-lama, Boleh Tengok Suami 24 Jam Depan Mata appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sweetnya-puteri-sarah-tak-kisah-pkp-lama-lama-boleh-tengok-suami-24-jam-depan-mata/